Tip Mudah Menguruskan Masa Untuk Bisnes Online

Tip Mudah Menguruskan Masa Untuk Bisnes Online

Mutakhir ini, ramai mak-mak yang berbisnes online kan? Kenapa sebut mak-mak je, ayah mana? Bukan dianaktirikan..haha , tapi nak fokus kepada mak-mak. Sebabnya…melibatkan urusan rumah tangga juga anak-anak. Secara umumnya, mak-mak lebih banyak masa bersama anak-anak dan urusan rumahtangga. Ya ! Pasti dengan bantuan suami juga.

Dan tip ini sesuai untuk mak-mak yang Work At Home Mom atau WAHU ( Work At Home Ummi)..hihi.

Untuk yang berkerjaya, bolehlah mengubahnya mengikut kesesuaian masing-masing. Anda tahu apa yang ada perlu buat dan tak perlu bukan?? Dalam hal ini, merancang masa sangatlah penting.

Allah berikan masa 24 jam kepada setiap orang. Tidak lebih tidak kurang. Bergantung cara memanfaatkan masa masing-masing.

Sejak tahun lepas saya cuba menyusun masa dengan baik..
24 jam masa sehari, bahagikan kepada 3 bahagian.

  • 8 jam kerja ( bisnes online , tulis buku , blogging, facebook. Instagram, kelas hafazan dll ).
  • 8 jam spesifik untuk bersama Dia dalam erti kata lain, solat, zikir, solat malam dll, mana yang mampu.
  • 8 jam urusan keluarga, rumahtangga , rehat…

Susun je lah elok-elok setiap 8 jam tu..

Sebab itu, saya tidak mampu berpisah dengan planner. Apa yang ingin dibuat keesokan hari, sudah siap dirancang pada malamnya.

Tip Mudah Menguruskan Bisnes Online

Ya! Kebarangkalian untuk tersasar pasti ada, dan saya juga sangat fleksibel. Namun, beza sangat kalau tak ada plan langsung.

Waktu solat 5 waktu, dhuha dan solat malam jadikan penanda untuk susun aktiviti lain seharian dengan lebih detail.

Selebihnya, doalah mudah-mudahan urusan seharian dimudahkan dan sentiasa diberi petunjuk. Kadang, perkara yang kita set masa siap dalam dua jam, boleh siap dalam 30 minit sahaja dengan izinNya.😘😘😘😘.

As-Syahid Hassan Al-Banna pula jelas mengaitkan masa dengan kehidupan, “Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”.

Ok..sekian tip mudah menguruskan bisnes online dan hidup. Apa-apa yang dilakukan seharian, bagi yang Muslim , utamakan Allah. Kerja, customer No. 2. Bisnes yang berkat pasti berkembang maju. Amiin.

January 2, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like