Tip Melegakan Batuk Dan Mengeluarkan Kahak Secara Semulajadi

Kali ini saya ingin berkongsi Tip Melegakan Batuk Dan Mengeluarkan Kahak Secara Semulajadi.

Tip ini asalnya saya dapat dari seorang penjual minyak wangi, Kak Marwa, orang Indonesia.

Ketika solat Zohor di sebuah masjid di Shah Alam baru-baru ini, saya terbatuk-batuk kecil. Rasa macam ada bendasing di kerongkong dan geli-geli hingga terbatuk. Pernah tak alami situasi seperti ini ?

Lalu, selepas solat beliau pegang tangan saya, lalu berkata ” Dik, nanti balik rumah , carikan madu asli, tambahkan sedikit serbuk lada hitam dan perahan limau, minum 3 kali sehari, insyaAllah batukmu hilang “.

Wah ! Ilmu baru. Biasanya kita minum madu dengan perahan limau je kan. (Orang Indonesia memang guna petua ini, saya aje yang tak tahu).

Rupanya, bila campur sedikit serbuk lada hitam, keluar habis bendasing yang menyebabkan tekak kita kurang selesa tu. Jadi, tak wujud rasa macam nak batuk tak puas tu. Alhamdulillah.

Rasa lega sungguh!

Anda juga boleh cuba :

💎Madu + Perahan limau nipis + Secubit serbuk lada hitam. ( Jangan bubuh banyak! Kang pedas pulak )
💎Minum 3 kali sehari

Untuk kesan yang lebih bagus dan membantu meningkatkan kekebalan tubuh badan, saya juga cadangkan untuk amalkan Vita C plus , Nutriferon dan Omega Guard. Pengalaman sendiri, rasa nak demam, makan suplemen ini tak jadi demam.

Nutriferon

Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun Dr Yashuka Kojima. Produk ini menjalani ujikaji beribu-ribu kali lebih 40 tahun penyelidikan.

nutriferon

Bahan-bahan semulajadi yang digunakan di dalam Nutriferon mampu membantu meningkatkan kekebalan tubuh untuk melawan penyakit.

Best ! Saya memang lama dah tak makan ubat demam. Dulu setiap bulan mesti ada bermacam jenis ubat. Nama ubat pun dah boleh hafal. Sekarang sudah tiada. Saya lebih memilih untuk amalkan hidup sihat dan pengambilan makanan yang tepat serta suplemen yang diperlukan. Bukanlah bermakna doktor tidak diperlukan. Tidak sama sekali. Namun, prinsip kami sekeluarga, mencegah lebih baik daripada merawat. Alhamdulillah, kualiti hidup dan kesihatan meningkat.

pertanyaan-pembelian-produk-crop

 

November 13, 2016
Previous Post Next Post

1 Comment

  • Reply Khairul Zamri

    Terima kasih, bagus cara ini boleh amalkan tak perlu kos yang tinggi pun semua ini.
    Khairul Zamri recently posted…Cara Buat Iklan Facebook Yang EfektifMy Profile

    November 23, 2016 at 6:33 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like