Tip Kurangkan Racun Dalam Sayur-sayuran Dan Buah-Buahan

Tip Kurangkan Racun Dalam Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan

Tanaman yang dikomersialkan rata-rata menggunakan pelbagai cara untuk memastikan tanaman tersebut mengeluarkan hasil yang banyak dan tidak rosak untuk menampung permintaan di pasaran.

Biasa dengarkan, penggunaan pestisid untuk sayur-sayuran dan buah-buahan?
Nak tahu tak jenis-jenis pesticide yang digunakan untuk tanaman seperti sayuran, buah-buahan dan lain-lain ?

Pengkelasan berdasarkan bahan aktifnya adalah :

1.Organic pesticide : Bahan aktifnya adalah bahan organik yang berasal daripada tanaman atau binatang, contohnya neem oil daripada pokok neem.

2.Elemental pesticide: bahan aktifnya daripada alam seperti sulfur.

3.Syntetic pesticide: hasil daripada campuran bahan-bahan kimia sintetik.

Anda rasa antara ketiga-tiga jenis ini, yang manakah paling banyak digunakan terutamanya untuk ladang sayuran atau buahan komersial ? Hmm….

Pesticide digunakan untuk melindungi tanaman daripada serangga, haiwan perosak, kulat, virus , mengelakkan pertumbuhan lalang, rumput dan lain-lain.

Pesticide yang digunakan kepada tanaman akan diserap oleh akar, batang, daun dan buah. Pesticide yangg susah terurai akan berkumpul di dalam badan haiwan pemakannya atau manusia juga.
Secara tidak sengaja, pesticide residue yang ada akan menambahkan kandungan toksin dalam badan manusia setelah sayuran dan buahan tersebut dimakan.

Tips kurangkan kesan pesticide/pesticide residue pada sayuran dan buahan yang dimakan harian :

1. Basuh sayuran dan buah dengan betul ( rendam dengan air garam untuk meneutralkannya atau boleh juga tambahkan perahan lemon).

2. Boleh juga gunakan Basic H Shaklee untuk merendam sayuran dan buahan.(Basic H diperbuat daripada 100 % bahan organik ).

basic H

3. Beli sayuran organik . Macam mana nak kenal organik atau tidak ? Cari label ( certified organic ) atau label (organic). Boleh didapati di pasaraya ataupun kedai-kedai yang menjual makanan dan barang basah (sayuran, buah, ayam dll ) organik. Susah juga nak jumpa sebenarnya..
.
4. Tanam sendiri sesetengah sayuran seperti sawi, tomato, bendi dan lain-lain serta gunakan baja organik dan rajin-rajinlah cabut rumput tak perlu racun. Untuk halang serangga perosak , boleh juga disembur dengan Basic H. InsyaAllah berkesan. ( Dah buat dah…sebab tu cakap..hihi ).

Dah makan semua yang yang organik, sihat semua….so, tak perlulah nak makan suplemen dah…Kan? Kan ?

Kami mengambil kesimpulan, masih perlu pengambilan suplemen untuk mencukupkan nutrien ( vitamin dan mineral ) dari pemakanan harian. Sebabnya :

1. Hakikatnya, sayuran dan buahan yang diambil seharian tidak cukup pun sebenarnya…makan nasi dan lauk je banyak..ye kan?? Haha.

2. Vitamin dan mineral banyak hilang semasa proses memasak.

3. Kalau travel , makan apa adanya…atau lebih tinggi kemahuan untuk makan benda lain berbanding sayur dan buah kan? Kan?…kadang merapu juga…

Jadi, pilihan yang lebih baik, top up kekurangan vitamin dan mineral dengan suplemen semulajadi.

Keputusan di tangan masing-masing.

Wallahua’lam.

January 9, 2017
Previous Post Next Post

2 Comments

  • Reply puan pv

    Thanks 4 sharing 🙂

    January 10, 2017 at 3:54 pm
    • Reply Hawa Hassan

      Sama-sama puan, moga bermanfaat.

      January 11, 2017 at 8:37 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like