Tahukah Anda Ada 8 Jenis Rezeki Yang Allah Kurniakan Kepada Manusia ?

Tahukah Anda Ada 8 Jenis Rezeki Yang Allah Kurniakan Kepada Manusia ?

Konsep rezeki ini sangat luas kan ? Rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringit, harta benda.

Rezeki masa yang berkualiti, rezeki solat awal waktu, rezeki rasa bahagia dan lain-lain.

Kaya, bahagia dunia akhirat itu dambaan semua orang. Usah berlagak zuhud dalam ertikata yang salah. Siapa yang suka kalau dia tak ada duit? Zuhud adalah apabila cukup segalanya atau mungkin berlebihan. Namun, dia ambil sebatas keperluan sahaja. Selebihnya adalah untuk orang lain atau dalam nuansa yang lebih luas adalah untuk keperluan  ummah. Zuhud bukan hutang keliling pinggang, lalu makan apa adanya sahaja dan berkata, ” Inilah hidup kita. Kita kena zuhud ! “. Maafkan saya jika salah, tapi inilah analogi rakyat marhaen seperti saya. Hehe.

YES ! Duit bukan tujuan hidup. Tapi, banyak tujuan yang boleh dicapai dengan duit. Contoh, boleh bayar zakat banyak, boleh infaq, boleh sedekah, boleh bagi mak ayah banyak, boleh beri anak-anak pendidikan yang lebih baik dan lain-lain. Pendek kata boleh lebih banyak memberi. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah kan ?

 

Jom ulangkaji apa 8 Jenis Rezeki Yang Allah Kurniakan Kepada Manusia.

 

1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
“Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
(Surah Hud : 6)

Rezeki ini sudah dijamin oleh Allah. Rezeki setiap makhluk untuk dapat makan dan minum adalah dijamin. Ulat dalam batu juga ada rezekinya.

2. Rezeki Kerana Usaha.

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
(Surah An-Najm : 39).

Rezeki asbab usaha. Siapa yang usaha lebih pasti Allah berikan setimpal dengan apa yang diusahakan tidak kira beriman atau tidak.

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim : 7).

JanjiNya, sesiapa yang sentiasa bersyukur akan ditambah rezekinya. Orang yang banyak bersyukur hatinya tenang. Logiknya, hati yang tenang pasti membuka ruang-ruang idea lain untuk menambah rezeki dengan izin Allah. Berbeza dengan yang sentiasa merungut.

4. Rezeki Tak Terduga.

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3).

Rezeki yang Allah berikan untuk mereka yang bertaqwa. Allah Maha Mengetahui keperluan hambaNya.  Allah beri disebabkan kasih sayangNya kepada hamba yang bertaqwa.

5. Rezeki Kerana Istighfar.

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

Istighfar adalah penghapus dosa. Ianya mengundang sebanyak-banyak rahmat Allah ke atas seseorang hamba. Di saat Allah mengisytiharkan rahmatNya ke atas hamba tersebut, siapa berani menidakkannya ?

6. Rezeki Kerana Menikah.

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”
(Surah An-Nur : 32).

Rezeki bertambah setelah menikah. Jika waktunya bujang, doanya sendirian. Setelah kahwin, doanya berdua. Begitu juga dalam aspek berusaha mencari rezeki.  Namun, perlulah ada perancangan yang jelas sebelum berkahwin terutamanya lelaki. Anda adalah ketua. Sangatlah tidak wajar membebankan amanah menanggung keluarga ke bahu isteri.

7. Rezeki Kerana Anak.

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa’ : 31).

Setiap anak yang lahir sudah ditetapkan rezekinya. Kadang-kadang Allah salurkan ia melalui ibubapa.

8. Rezeki Kerana Sedekah.

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245).

Sebanyak mana yang kita beri, sebanyak itu Allah gandakan pulangannya. Usah tunggu kaya untuk bersedekah.

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Amiin.

TIP HIDUP BEBAS HUTANG :

Guru saya berpesan…

  • Sekiranya kamu mempunyai hutang, mintalah kepada Allah agar kamu dapat selesaikan hutang sekian-sekian RM…( doa spesifik ).
  • Selepas itu perbanyakkanlah istighfar 100 X, 1000 X, 10,000 X atau 100 , 000 X sehari. Tak perlu percaya. Tapi buat dulu, nanti kamu akan nampak !

Semoga bermanfaat.

February 16, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like