Hati-hati Bila Suami Terlebih Rajin Basuh Pinggan Mangkuk

Sejak akhir-akhir ini, En. Suami rajin sangat membasuh pinggan mangkuk. Jika dibiarkan sekejap sahaja di dalam singki, pasti dibasuhnya habis licin.

Paling best, bila sudah selesai segala pinggan disusun, dia akan jerit kuat-kuat. Dah siap basuh dan susun katanya. Dan dia mahu kita kata. Oh! Abang sangaaaatlah rajin. Senyum sampai ke telinga.

Sekali dua saya rasa biasa. Banyak kali berlaku, saya rasa pelik dari biasa. Janganlah dia minta yang pelik-pelik. Manalah tahu, minta orang kedua ke kan? Orang kedua di luar rumah maksudnya. Faham-fahamlah.

Bila ditanya, rupanya dia mahu bereksperimen sendiri. Ya , memang betul. Semua produk yang saya beli dia akan cuba. Satu ayat yang akan dia tanya. Betul ke seperti claim? Meh sini abang try! .

Ya. Tiada sebab lain. Alhamdulillah.Hehe.

Suka basuh pinggan tidak lain dan tidak bukan kerana ada Shaklee Hand Dish Wash Concentrate. Dia ingin mencuba dan bereksperimen sendiri katanya. Harapnya rajin itu berkekalanlah.Hehe. Amin.

shaklee hand dish wash concentrate

Pada awalnya, kami membeli  Shaklee Hand Dish Wash Concentrate ini kerana tangan saya yang agak sensitif dengan sebarang pencuci. Ada beberapa jenama di pasaran yang menyebabkan tangan saya menggelupas dan kadangkala terasa pedih bahkan berdarah. Ini disebabkan bahan yang digunakan itu mungkin bersifat menghakis. Alhamdulillah, dengan Shaklee Hand Dish Wash Concentrate, tangan saya selamat dari masalah menggelupas yang hodoh. Mahu bersalaman dengan suami pun rasa rendah diri sangat waktu itu.

Saya kongsikan semoga bermanfaat untuk semua, khasnya untuk yang mempunyai kulit sensitif seperti saya. Juga untuk mereka yang ingin terus menerus menjaga kesihatan dan keselamatan diri, keluarga dan rumah.

Selamat daripada kimia berbahaya.

Apakah ciri-ciri Shaklee Hand Dish Wash Concentrate yang menyebabkan saya suka menggunakannya ?

dish-wash-concentrate

  • Lembut pada tangan
  • Semulajadi, berasaskan tumbuhan
  • Tahan lama kerana kepekatannya
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki.

Tahukah anda? 

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan Sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata. Shaklee Hand Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan tersebut dan bahan-bahan berbahaya yang lain.

Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakan sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan sesetengah pencuci pakaian. Sesetengah bahan pula mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga. Walaupun penggunaan fosfat dalam kebanyakan sabun pencuci telah diharamkan, tetapi sesetengah jenama masih lagi dicampurkan dengan bahan tersebut. Walau bagaimanapun indeks ketoksikan fosfat lebih rendah berbanding bahan-bahan pemukal lain. Sekiranya termakan bahan pencuci berfosfat akan mengakibatkan mangsa mengalami keradangan pada mukosa mulut dan muntah-muntah.

Pencuci sintetik merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap sabun asli. Di antara bahan pencuci yang di hasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate – BAS). Baru-baru ini pengunaan BAS telah pun diharamkan di Malaysia.

Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel. Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya mencemar alam sekitar. Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser.

Sumber : National Poison Center (USM)

 

Perbezaan Shaklee Hand Dish Wash Concentrate : 

dish wash concentrate

 

Selamat 

  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa Klorin
  • Lembut pada tangan
  • pH Seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan

  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang lebih tahan lama

Mesra Alam

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Penggunaan Hand Dish Wash Concentrate boleh mengelakkan kita terdedah kepada toksik harian yang membahayakan kesihatan untuk jangka masa yang panjang. Surirumah ataupun wanita sangat mudah terdedah kepada toksik harian ini.

pencuci pinggan organik

Bagaimana ingin mendapatkan Hand Dish Wash Liquid Concentrate ?

pertanyaan-pembelian-produk-crop

 

September 24, 2016
Previous Post Next Post

4 Comments

  • Reply Uncle Zuan

    tajuk bikin surprise je haha

    October 17, 2016 at 4:42 pm
    • Reply Hawa Hassan

      Risau juga kalau suami kita tiba-tiba rajin basuh pinggan kan…hehe.

      October 17, 2016 at 5:14 pm
  • Reply Ashi

    Baguslah niee.. Ngan beli dish wash ni, Semua lelaki akan rajin basuh pinggang. Maka isteri blh jadi senang sikit.

    October 15, 2016 at 3:54 pm
    • Reply Hawa Hassan

      Alhamdulillah..harapnya rajin itu berterusan tak bermusim.=)

      October 17, 2016 at 1:52 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like