Set Kesuburan Shaklee Bantu Hamil Lebih Cepat

Set Kesuburan Shaklee Bantu Hamil Lebih Cepat

Bukan mudah untuk bersabar hadapi ujian ber TTC. Anugerah yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. Sedih , tertekan dan macam-macam lagi perasaan yang ada. Usah mengalah dan berputus asa, teruskan ikhtiar.

set kesuburan shaklee

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu wanita yang sedang menanti kehadiran cahayamata. Anda hebat ! Ujian hebat untuk mereka yang hebat. Pasti ada manis di hujungnya.

5 Langkah ini mungkin boleh membantu :

Langkah 1

Kuatkan aspek dalaman kita.

1. Duduk sejenak, muhasabah diri mohon ampun dengan Allah.

2. Mohon maaf dengan semua orang terutamanya (ibu, ayah, ibu mertua, ayah mertua), moga hidup kita berkat asbab redha mereka. Jangan pandang enteng hal ini !.

3. Tingkatkan kualiti ibadah wajib, tambahkan dengan ibadah yang sunat. Banyakkan istighfar.
(Hati yang bersih, rezeki mudah datang. Anak itu rezeki. Allah pasti beri rezeki yang terbaik untuk kita).

4. Berdoa agar Allah mudahkan langkah dan usaha kita.

5.Banyakkan bersyukur . (Mungkin kita ada suami yang baik dan soleh, ibu bapa yang sentiasa menyokong kita, ibu bapa mertua yang baik, adik-beradik yang memahami dan banyak membantu kan?). Ada insan lain yang tiada apa yang kita ada. Fikir itu.

6. Banyakkan bersedekah dan beristighfar.

7. Cari apa sahaja yang boleh membahagiakan dan menyeronokkan kita agar hidup lebih tenang seperti hiking, shopping (ooops!), writing dan lain-lain mengikut minat masing-masing. Kawal stres.

8. Jauhi mereka yang beraura negatif. Macam mana tu? Dah tahu dia suka ‘sound’ kita tentang tiada anak dan sebagainya, cubalah wujudkan sedikit ‘gap’. Bukan bermakna tidak berkawan atau berhubungan, teruskan menghormatinya. Cuma, apa yang dikatanya, di ‘sound’ nya itu, tak payah masuk minda kita. Abaikan. Kenapa perlu begini ? Supaya kita kekal positif.

9. Banyakkan berkawan dengan orang-orang yang berjiwa besar dan positif.

10. Sentiasa buat teknik visualization untuk menimang cahaya mata. Letakkan gambar baby di Vision Board anda contohnya.

5 Tips for Creating a Fertility Vision Board

11. Self talk setiap hari . ” Saya pasti jadi mommy hebat untuk triplet saya “- contoh.

Langkah 2

Berjumpa doktor dan doktor pakar tidak kiralah hospital kerajaan mahupun swasta (ikut kemampuan masing-masing ). Bukan isteri sahaja yang perlu jumpa doktor ya ! Suami juga. Ada kes suami tidak mahu ke hospital. Pujuklah baik-baik dan berdoalah. Saya yakin suami akan bersedia untuk membuat rawatan bersama-sama . InsyaAllah suami kita semua baik-baik kan? Ngee..

Ikutilah setiap prosedur yang disarankan doktor. Rawatan kesuburan inilah satu-satunya rawatan yang paling unik kat dunia ni bagi saya. Macam-macam boleh berlaku. Pelbagai rawatan yang sesuai akan disarankan untuk lelaki dan wanita mengikut masalah masing-masing. Percaya dan yakinlah kepada Allah ! Ianya akan membuahkan hasil. Semakin cepat rawatan kesuburan dibuat semakin baik terutamanya bagi mereka yang telah berumur 30 ke atas.

Langkah 3

Ubah pola pemakanan dan gaya hidup kita kepada yang lebih sihat. Jika selama ini kita suka makan ‘fast food’ dan ‘junk food’ , Berhentilah. Begitu juga suami. Pilihlah diet yang sihat.

Kalau sebelum ini kita tidak pernah ambil pusing tentang senaman, buatlah senaman atau aktiviti-aktiviti yang sesuai . Berenang, berbasikal, jogging, aerobik sangat baik untuk meningkatkan kualiti kesihatan .Buatlah perancangan dan jadual aktiviti riadah ini serta amalkan secara konsisten. Beriadah bersama suami juga akan meningkatkan ‘mood’ dan menghilangkan stres.

Langkah 4

Carilah pelbagai rawatan yang lain juga selain rawatan pakar. Terdapat pelbagai rawatan alternatif yang boleh dicuba. Kita tidak tahu dengan cara mana rezeki kita diberi (rezeki anak) kan ? :

  • Mengurut, betulkan urat saraf ( suami dan isteri ).
  • Berbekam
  • Perubatan Islam
  • Akupuntur

Namun, nasihat saya carilah ilmu terlebih dahulu dengan cara membaca, bertanya pakar  kesihatan, bertanya orang-orang yang berpengalaman. Pilihlah yang sesuai.

Langkah 5

set kesuburan shaklee

Ambil suplemen atau makanan tambahan. Kenapa ? Makanan yang kita makan setiap hari tidak cukup nutriennya untuk aktiviti sel yang sihat. Diet harian juga kadang-kadang tidaklah seimbang mana. Ya kan? =)

Dunia akhir zaman ini juga penuh pencemaran, radikal bebas, kepesatan pembangunan ekonomi yang menyebabkan makanan kita juga tercemar. Apakah kaitannya?.

Begini. Untuk tujuan komersial, sumber makanan kita ada yang disuntik hormon, ada yang diubah secara genetik, ada yang disembur racun untuk menghalang kehadiran serangga perosak. Hal-hal ini menyebabkan kandungan nutrien dalam makanan turut terjejas bahkan dalam jangka masa yang panjang akan membawa mudarat kepada kita. Oleh itu, kekurangan-kekurangan ini memang wajar untuk ditampung dengan makanan tambahan yang sesuai dan selamat.

Pemilihan suplemen juga memainkan peranan. Boleh sahaja jika kita ingin mencuba apa-apa suplemen sekalipun, namun ada beberapa perkara yang perlu kita lihat.

1. Disahkan Halal (JAKIM).
2. Diluluskan KKM.
3. Pilih dari sumber bahan semulajadi.
4. Jika ada ‘clinical study’ atau published paper mengenainya, itu lebih baik.
5. Sudah terbukti berkesan .

Apakah nutrisi wajib sebelum hamil (untuk kesuburan lelaki dan wanita serta persediaan hamil) ?

Cadangan Set Kesuburan Shaklee untuk lelaki dan wanita.

1. B Complex (with folic acid )

set kesuburan shaklee
Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk di dalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir. Sebaik-baiknya diambil 3 bulan sebelum merancang untuk hamil. Ianya juga  boleh meningkatkan kesuburan.

2. Vita-Lea ( iron formula )

set kesuburan shaklee
Multivitamin lengkap untuk kesihatan. Diformulakan dengan zat besi.Zat besi sangat penting untuk membantu pembentukan sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mengelakkan anemia.

3. Ostematrix

set kesuburan shaklee
Sumber kalsium lengkap bersama Vitamin D. Bersiap sedia untuk hamil. Cukupkan kalsium untuk mengelakkan gejala kebas atau kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ianya juga membantu wanita untuk mengelakkan osteoporosis.Kajian juga menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak akan memperbaiki masalah haid wanita.

4. Omega Guard

set kesuburan shaklee
Suplemen Omega 3 terbaik di pasaran. Omega 3  tidak boleh dihasilkan di dalam badan kita. Omega 3 ini boleh membantu mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon wanita di samping mencegah penyakit saluran darah dan strok. Umum mengetahui, ia juga mampu meningkatkan sistem imun dan menentang kanser.

5. GLA Complexset kesuburan shakleeGLA complex mengandungi Gamma Linoleic Acid .  Gamma Linoleic Acid juga dikenali sebagai Omega 6. Penting untuk kestabilan hormon dan kesuburan. Membantu mengawal selia estrogen dan testosteron iaitu mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan , mood swing, retensi air dan sakit payudara. Pengambilan dalam jangka panjang dikatakan akan melambatkan menopous dan melambatkan penuaan.

6. Energizing Soy Protein (ESP)

set kesuburan shaklee
Membekalkan kesemua jenis protein untuk pembentukan sel yang sempurna.Elemen paling penting untuk pembentukan sel-sel yang sihat termasuklah sel ovum dan sperma. Badan manusia memerlukan 20 jenis asid amino ( merupakan rantaian asas untuk protein) . 9 daripadanya tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada pelbagai makanan.Ianya juga penting untuk penghasilan hormon, sel darah merah,pemulihan tisu,ketahanan badan dan sebagainya.

7. VIVIX

set kesuburan shaklee
Mengandungi antioksidan tinggi dari anggur muscadine, japanese knotweed, elderberi dan lobak ungu. Makanan yang mengandungi antioksida yang tinggi boleh membantu menentang radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan. Sel-sel yang rosak juga berkemungkinan DNA nya juga rosak dan menghasilkan sel baru yang tidak sempurna. Melindungi sel sperma dan ovum daripada rosak serta membaik pulih kerosakan sel. Secara tidak langsung, tahap kesuburan akan meningkat dan akan lebih mudah hamil.

8. Zinc Complex

set kesuburan shaklee
Membantu memperbaiki masalah prostat dan ovulasi wanita. Pengambilan zink dalam jangka masa yang panjang boleh memperbaiki kemampuan seks lelaki dan kualiti sperma.

9. Vitamin E Complex

set kesuburan shaklee
Pengambilan vitamin E 600IU-800IU bagi lelaki boleh membantu meningkatkan kemampuan reproduktif dan meningkatkan kiraan sperma.

10. Sustained Release Vita-C Plus

set kesuburan shaklee
Sumber Vitamin C terbaik daripada bahan semulajadi. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. Begitu juga sel ovum. Ianya bertindak sebagai antioksida yang mengurangkan kerosakan sel.

Apa kata mereka yang mengamalkan suplemen Shaklee untuk kesuburan ?

set kesuburan shaklee

Master Nana – TTC 3 tahun, akhirnya hamil dengan izinNya setelah mengamalkan VIVIX secara konsisten dengan dose tertentu.

set kesuburan shaklee

Dengan izin Allah, hamil setelah mengamalkan suplemen shaklee, set kesuburan shaklee basic.

set kesuburan shaklee

Testimoni set kesuburan shaklee. Alhamdulillah disahkan hamil setelah 1 bulan setengah mengamalkannya.

 

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan ingin mencuba berikhtiar untuk hamil dengan Set Kesuburan Shaklee boleh hubungi  Hawa Hassan – 013 931 5387 (Shaklee Expert ).

Konsultasi percuma untuk Set Kesuburan Shaklee ( tips, doa, cara pengambilan suplemen dan lain-lain) terbaik berdasarkan pengalaman. Ikhtiar terbaik. InsyaAllah semoga bermanfaat.

Semoga kita dikurniakan anak-anak yang soleh solehah penyejuk mata yang akan sentiasa mendoakan ibu ayahnya fiddunya wal akhirah. Amiin Ya Rabbal Alamin.

March 14, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like