Set Kehamilan Shaklee Bekalkan Nutrisi Lengkap Untuk Ibu hamil

Set Kehamilan Shaklee Bekalkan Nutrisi Lengkap Untuk Ibu hamil

Alhamdulillah, sujud syukur terlebih dahulu buat ibu-ibu yang positif hamil. Kurniaan Allah yang tidak terhingga kerana ramai yang inginkan cahaya mata tetapi belum lagi dikurniakan Allah anugerah terindah ini.

Selain pemeriksaan antenatal sebaik sahaja seorang ibu disahkan hamil bagi memantau kesihatan diri dan bayi dalam kandungan, sudah semestinya pelbagai perkara lagi yang perlu dititikberatkan terutamanya soal pemakanan dan nutrisi ibu. Kenapa? Gaya pemakanan dan nutrisi ibu semasa hamil menentukan kesihatan bayi di dalam kandungan bahkan untuk jangka masa panjang memberi kesan baik atau buruk apabila anak tersebut dewasa.

Poor maternal diet during critical periods may permanently alter body functions such as blood pressure, glucose tolerance and immune functions that influence disease development. (Sumber rujukan : American Journal of Clinical Nutrition 76 : 2002 & 80 : 2004)

set kehamilan shaklee

Kekurangan nutrisi semasa fasa kritikal seperti perkembangan pancreatic cell (sel pankreas) berkembang boleh menyebabkan anak mengidap Diabetes Type 2 ketika dewasa. ( G. Wolf, Adult Type 2 diabetes induced by intrauterine growth retardation, Nutrition Reviews 61:2003 176-179).
Ini kerana, pankreas adalah organ penting untuk menghasilkan insulin dalam badan.

Apakah  yang perlu seorang ibu sedang hamil atau bakal hamil ambil tahu?

  • Keperluan nutrisi ibu hamil adalah satu kemestian kerana ianya akan melibatkan nutrisi bayi yang dikandungnya.Ibu hamil yang kekurangan nutrisi akan menyebabkan anak yang dikandungnya tidak sihat dan boleh menyebabkan komplikasi tertentu. Jadi, sangat penting bagi seorang ibu menjaga pemakanannya bukan?.
  • Nutrisi untuk ibu hamil ini boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan. Mungkin agak sukar bagi ibu yang mengalami ‘morning sickness’ di awal kehamilan, namun perlu diingat, ianya sangat penting untuk si ibu dan anak tetap sihat.
  • Nutrisi adalah zat,nutrien yang terdapat di dalam makanan dan diperlukan oleh tubuh.

Kenapa perlu ? 

  • Lebih spesifik, ianya diperlukan oleh semua organisma atau makhluk hidup ini termasuk manusia untuk membolehkan ianya bertumbuh, berkembang dengan baik dan mampu berfungsi dengan baik.
  • Nutrisi adalah zat atau nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat, menjaga pertumbuhan dan juga memastikan organ boleh menjalankan tugasnya secara normal.

A healthy pregnancy diet will promote your baby’s growth and development. Understand which nutrients you need most and where to find them.
Apakah nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil ?

Secara umumnya :

 

  • Protein

Turut dikenali sebagai sumber zat pembangun yang dapat diperoleh daripada daging lembu, ayam , ikan, makanan laut, telur putih, susu dan kekacang. Walaupun begitu, kita digalakkan untuk mengambil protein yang kurang berlemak. Tanpa protein yang mencukupi, terutamanya daripada sumber ikan , anda sukar untuk memperoleh kebaikan asid lemak yang baik untuk perkembangan otak janin. 71 gram protein sehari diperlukan untuk ibu hamil.

  • Karbohidrat

Sumber makanan ini sangat penting bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan tubuh. Namun, ia perlulah diambil dalam jumlah yang sederhana. Makanlah pelbagai jenis sumber makanan karbohidrat kompleks yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti roti, mi, pasta,kekacang, syuran berkanji (kentang) dan karbohidrat ringkas seperti buah-buahan, susu,produk tenusu dan sayur-sayuran. Ketahuilah kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan kita mengalami kelesuan dan keletihan apatah lagi ketika sarat mengandung.

  • Zat besi

Sumber makanan ini sangat diperlukan untuk mengelakkan anemia. Tanpa zat besi yang cukup, tubuh tidak dapat membuat sel-sel darah merah dan jaringan tubuh serta organ tidak akan mendapat oksigen yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Jumlah keperluan harian adalah 27 hingga 30 mg zat besi. Jadi, makanlah lebih banyak sayuran hijau, buah-buahan kering (prun, kurma atau kismis hitam),daging, ikan salmon dan kuning telur.

  • Kalsium

Amat diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi janin serta melindungi kita daripada osteoporosis dan gigi rapuh. Jika keperluan kalsium bayi tidak mencukupi, maka bayi akan menyerap dari ibunya! Sumber yang kaya dengan kalsium ialah sayuran hijau, kekacang, susu dan produk tenusu. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 1000 – 1500 mg kalsium setiap hari.

  • Asid Folik

Banyak terdapat pada sayur-sayuran berwarna hijau gelap seperti bayam dan brokoli.Keperluan asid folik adalah 800mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangannya boleh menyebabkan neural tube defect seperti spina bifida.

  • Vitamin B- Kompleks

Sumber makanan ini berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar dapat berfungsi dengan normal. Ianya boleh ditemui di dalam biji-bijian, kekacang, sayuran hijau, telur dan produk tenusu.

  • Vitamin D

Amat baik dalam pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi . Sumbernya boleh didapati di dalam minyak hati ikan, kuning telur dan susu. 600 IU vitamin D diperlukan ibu hamil setiap hari.

  • Vitamin C

Sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan sistem imun badan ibu bagi mengelakkan sebarang jangkitan dan penyakit. Kekebalan tubuh ibu sangat penting semasa hamil demi kebaikan ibu dan anak yang dikandung.

  • Omega 3

Berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. Kandungan DHA yang terdapat di dalam Omega 3 berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.

set kehamilan shaklee

Apakah akibat kekurangan nutrisi semasa kehamilan ?

  • Malnutrisi
    Malnutrisi adalah kekurangan gizi yang boleh terjadi kepada janin dan juga ibu hamil. Akibatnya ibu hamil dan janin mudah terkena berbagai penyakit. Organ janin pun tidak mampu berfungsi secara sempurna akibat malnutrisi.
  • Berat badan bayi tidak normal
    Kekurangan nutrisi semasa kehamilan menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat yang tidak normal.
  • Anak Memiliki IQ Yang Rendah
    Kekurangan nutrisi sepanjang kehamilan dikaitkan dengan anak yang memiliki IQ yang rendah. Hal itu disebabkan nutrisi adalah sangat penting untuk perkembangan saraf pusat dan kecerdasan otak bayi. IQ, kecerdikan anak adalah subjektif, namun, sebagai ibu bapa, terutamanya ibu haruslah membekalkan nutrisi yang terbaik untuk otak bayi sepanjang kehamilan.
  • Ibu hamil kekurangan tenaga
    Jika ibu hamil tidak cukup nutrisi, akibatnya adalah ibu hamil akan merasa lesu dan tidak bertenaga.
  • Anemia
    Jika ibu hamil kekurangan zat besi dan beberapa nutrisi yang penting untuk pembentukan sel darah merah,ia boleh menyebabkan anemia.

Banyak lagi sebenarnya akibat kekurangan nutrisi semasa kehamilan. Jadi, menjadi tanggungkjawab untuk seorang ibu untuk mencukupkan nutrisi anak sepanjang kehamilan. Hakikatnya, sebelum kehamilan lagi, soal nutrisi ini wajib diambil tahu dan diamalkan.

Untuk kehamilan, nutrisi lengkap sangat penting demi kesihatan ibu dan bayi. Shaklee menyediakan suplemen tambahan yang cukup baik pada pendapat saya, yang boleh memenuhi setiap lompong vitamin,protein, mineral yang tidak cukup melalui diet harian kita sepanjang kehamilan.

Ianya bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan kerana diet harian kita yang kurang seimbang. Percaya atau tidak, sebenarnya tidak sampai 3% pun masyarakat kita mengamalkan diet yang seimbang dengan memakan semua jenis makanan di dalam setiap kelas makanan secara cukup dan konsisten setiap hari. Termasuklah kita. Belum cerita makanan yang dimakan adalah organik tanpa racun dan sebagainya. Ya kan?

Mari kita lihat apakah yang ada di dalam Set Kehamilan Shaklee ?

1. Energizing Soy Protein sebagai sumber asid amino penting yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ bayi. 20 jenis asid amino diperlukan untuk ini. Dan 9 daripadanya tidak boleh dihasilkan oleh badan.

Keperluan protein sewaktu hamil perlulah mencukupi bagi membantu perkembangan sel, tisu , organ dan sistem badan bayi, pertumbuhan plasenta, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang meningkat  serta memberi tenaga kepada ibu sepanjang kehamilan. Ianya menjadi semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

set kehamilan shaklee

2. Vita-Lea with Iron Formula (Multivitamin). Sudah dibincangkan mengenai keperluan zat besi sepanjang kehamilan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan si ibu lemah, mudah pitam atau pengsan, Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat.

set kehamilan shaklee

3. B- Complex . Mengandungi semua jenis keperluan tubuh terhadap vitamin B termasuk Asid Folik. Ianya juga membantu menukarkan makanan kepada tenaga untuk ibu dan pembentukan sel-sel yang sihat untuk bayi.

set kehamilan shaklee

4. Sustained Released Vita-C .Membantu sistem imun dan penyerapan asid folik serta zat besi.

set kehamilan shaklee

5. Omega Guard ( Omega 3). Kandungan DHA yang ada di dalamnya penting untuk pembentukan dan perkembangan otak bayi.

set kehamilan shaklee

6. Ostematrix. Sumber kalsium yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi serta mengelakkan ibu mengalami osteoporosis. Ianya juga boleh membantu mengurangkan kekejangan, lenguh-lenguh , sakit pinggang, sakit belakang yang dialami oleh ibu mengandung. Selain itu, Ostematrik mampu membantu masalah sembelit di kalangan ibu hamil.

set kehamilan shaklee

 

Keperluan mengikut Trimester :

Trimester 1

  • ESP
    Vita-Lea
    SR Vita-C
    Ostematrix
    B-Complex

Trimester 2 & 3

  • ESP
    Vita-Lea
    SR Vita-C
    Ostematrix
    B-Complex
    OmegaGuard

Yang bestnya suplemen ini tidaklah perlu dibeli kesemuanya banyak kali sepanjang kehamilan. Ada yang boleh dimakan sehingga 6 bulan! Dan…sehingga berpantang dan menyusukan anak nanti. Memang jimat berganda.

Testimoni Set Kehamilan Shaklee

set kehamilan shaklee

 

SET KEHAMILAN SHAKLEE

 

Cara pengambilan Set Kehamilan Shaklee

Bagaimana cara pengambilannya adalah bergantung kepada individu dan permasalahan masing-masing. Ada yang Hb rendah, ada yang sering kejang kaki dan sebagainya. Jadi, ianya berbeza-beza. Hubungi saya untuk konsultasi di talian  013 931 5387.

 

Ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee mengikut bajet anda ?

Ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee lebih murah ?

Mahu konsultasi terbaik pengambilan  Set Kehamilan Shaklee ?

HUBUNGI HAWA :  013 931 5387

 

Sumber rujukan :

Healthy Foods George D. Pamplona-Roger, M.D ,2008

Understanding Nutrition Ellie Whitney & Sharon Rady Rolfes ,2008

http://www.mayoclinic.org

February 1, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like