4 Petua Hilangkan Jeragat Degil Di Muka Dengan Cepat Dan Berkesan

4 Petua Hilangkan Jeragat Degil Di Muka Dengan Cepat Dan Berkesan

Jeragat hodoh dan degil kadang-kadang menghantui sesetengah orang kan? Dah macam-macam cara , produk dan petua buat tapi ianya tetap tak berkesan. Sangat meletihkan.

Ada sesetengah produk yang dipakai, sangat berkesan . Akan tetapi, jika berhenti memakainya beberapa ketika, jeragat kembali ada malahan semakin teruk. Ubat jeragat , krim jeragat yang dikatakan paling berkesan di farmasi pun kadang tak jalan.

Jom tegok apakah faktor adanya jeragat.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada muka berjeragat. Antaranya adalah:

1.Sinaran Matahari

Ultraviolet atau UV daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctces’. Malah, jeragat yang pudar boleh kembali hanya dengan sedikit pendedahan cahaya matahari.

2. Keturunan
Akibat daripada genetik iaitu mewarisi genetik dalam kalangan susur galur ahli keluarga yang mengalami masalah jeragat turut membawa kemungkinan potensi risiko yang sama kepada generasi baru.

3.Wanita Mengandung/Hamil
Wanita hamil sering mendapat jeragat . Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Chloasma adalah tanda biasa melasma akibat pigmentasi kerana proses perubahan hormon. Namun ia akan pudar selepas beberapa bulan kelahiran bayi

4.Tindakbalas phototoksik
Merupakan reaksi alergi terhadap kaedah perubahan tertentu (seperti terapi kanser), penggunaan sabun dan peralatan kosmetik beracun atau berbahaya. Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.

5.Rawatan Hormon
Pengambilan pil hormon yang mengandungi estrogen atau progesterone atau kaedah pencegahan kehamilan seperti pil perancang, penggunaan alat intrauterine dan implan.

6.Hypothyroidism
Aktiviti tidak terkawal kelenjar thyroid menyebabkan ketidakstabilan kitaran hormon thyroid dan mengaktifkan pigmentasi.

7.Faktor Usia
Kekurangan kolagen dan dan kelembapan kulit merupakan salah satu sebab muka berjeragat. Usia yang semakin meningkat memyebabkan kulit kekurangan kolagen dan kering.

Bagaimana cara mengatasinya ?

4 Petua Hilangkan Jeragat Degil Di Muka Dengan Cepat

Jangan sedih dan jangan risau! Dengan usaha pasti ada jalannya. Berikut antara petua bagaimana ingin menghilangkan jeragat degil daripada ‘berkampung’ di wajah kita iaitu:

1. Pilih Pembersih Muka SemulaJadi
Terdapat pelbagai jenis pembersih muka dipasaran yang diperbuat dari bahan semulajadi dan dipercayai benar-benar berfungsi untuk pembersihan muka.  Berhati-hati dalam memilih produk skincare anda untuk elakkan sumbatan pada liang pori yang boleh menyebabkan kesan buruk jeragat.

2. Semak Bahan Produk Kecantikan Anda
Gunakan peralatan solekan yang bebas racun atau benar-benar terbukti secara klinikal tidak mengandungi unsur berbahaya seperti paraben, pewarna sintetik, phthalates dan sebagainya yang boleh menjadi penyebab kulit rosak akibat kosmetik seperti iritasi, alergi, jeragat dan kanser. Rujuk wakil penjual sah produk kosmetik tersebut. Pastikan pembersih muka bebas daripada toksik dan bahan sintetik. Pastikan juga ianya diluluskan KKM. Jom! Semak bahan dalam produk kecantikan sekarang!

3. Elakkan Terlampau Terdedah Kepada Sinaran Matahari
Elakkan beraktiviti pada waktu tengah panas atau gunakan pelindung seperti sarung muka dan topi ketika kerja lapangan (Bagi mereka yang kerja kasar). Bagi yang bertangan lembut, sila gunakan krim pelindung UV atau krim Sunscreen atau Sunblock ketika berjalan di bawah sinaran cahaya matahari secara terus.

4. Kecantikan Yang Terbaik Bermula Dari Dalam
“Dari dalam” di sini bermaksud dari segi pemakanan. Pemakan yang sihat amat membantu tubuh menjalankan mekanisme fungsi penting dalaman dan luaran. Pilih diet makanan yang baik untuk kulit seperti vitamin, mineral, antioksidan dan protein. Selain untuk regenerasi sel kulit, fungsi antioksidan dan antipenuaan dalam setiap nutrien juga amat penting. Elakkan makanan berminyak, kolesterol tinggi dan garam berlebihan yang juga membawa faktor tidak baik untuk pemeliharaan kulit.

Cadangan Produk Hilangkan Jeragat Degil Di Muka Dengan Cepat Dan Berkesan:

Set Asas Kesihatan Shaklee

Petua hilangkan jeragat degil dengan cepat

Set ini mengandungi Energizing Soy Protein , Vitalea With Iron Formula, Sustained Release Vita C Plus, B- Complex.

Apakah fungsi set ini untuk mengawal seterusnya menghilangkan jeragat degil di muka :

  1. Energizing Soy Protein (ESP) – Mengandungi semua jenis Asid Amino ( protein) yang penting untuk pertumbuhan kulit yang sihat tanpa cela. Pengambilan secara konsisten bukan sahaja boleh menghilangkan jeragat malah meninggalkan kesan kulit yang gebu dan licin. Ianya juga membantu menstabilkan hormon. Ingat ! Hormon juga adalah faktor adanya jeragat degil.
  2. Vitalea With Iron Formula – Multivitamin yang sangat penting untuk sistem badan temasuk kulit. Keperluannya setiap hari sangat sedikit, namun kekurangannya boleh menyebabkan kerosakan , termasuklah kulit yang rosak akibat jeragat.
  3. B- Complex – Vitamin B- Complex penting untuk memastikan sel-sel menjadi sihat termasuklah sel kulit. Sel kulit yang sihat boleh memrangi kehadiran jeragat yang degil dan berulang-ulang.
  4. Sustained Release Vita C Plus – Vitamin C adalah penting untuk kulit. Kenapa ? Ianya bertindak untuk mengikat jaringan kolagen di bawah kulit untuk memastikan kulit lebih sihat, gebu, tegang dan menghindari jeragat atau mengurangkan jeragat degil dari semasa ke semasa.

Untuk kesan yang super cepat , adalah disarankan untuk mengambil  makanan yang tinggi antioksidan, kolagen dan yang boleh membantu hormon terutamanya wanita ( menopouse).

1. VIVIX

Untuk puan-puan yang sudah hampir putus asa kerana jeragat, boleh cuba ini.

VIVIX kaya dengan kandungan antioksidan (resveratrol).

Fungsi VIVIX untuk masalah jeragat ialah :

  • Mengatasi punca utama jeragat seperti hormon, kolagen dan  keturunan.
  • Memudar dan menghilangkan jeragat dengan  selamat.
  • Mencerahkan jeragat.
  • Memberi tona kulit yang sekata.
  • Melindungi kulit dari bintik jeragat dan masalah kulit lain.
  • Menegang dan melicinkan kulit.

vivix shaklee, khasiat vivix shaklee

2.  Shaklee Collagen Powder

Ambil kolagen yang tahap penyerapan ke dalam badan adalah tinggi. Shaklee Collagen Powder mempunyai saiz molekul yang sangat kecil iaitu hanya 1000 dalton yang bersamaan dengan 3 molekul asid amino membolehkan ia menyerap dibahagian usus dengan optimum. Sebab itu, ianya mampu memberi kesan dengan sangat pantas. Biasanya dalam 3-4 sachet sudah boleh nampak perbezaannya.

 

shaklee collagen powder

3. GLA Complex

GLA Complex boleh membantu masalah hormon. Jeragat juga timbul akibat hormon kan? Apabila hormon stabil, banyak masalah boleh diselesaikan termasuklah jeragat. Amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah jeragat teruk setelah menopouse.

Gla Complex, Haid tidak teratur, Hormon

Bolehkah saya mengambil set bajet untuk menghilangkan jeragat ?

Boleh.

Hubungi saya untuk konsultasi lanjut. Saya akan cadangkan suplemen yang sesuai dengan bajet anda.

Suplemen yang baik dan berkualiti haruslah disertai dengan cara makan dan pengambilan yang tepat supaya ianya berkesan untuk anda. Semoga bermanfaat.

jeragat hilang dalam seminggu

March 1, 2017
Previous Post Next Post

2 Comments

  • Reply Khairul Zamri

    Yang penting juga sentiasa minum air masak setiap hari

    March 14, 2017 at 10:05 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge