Pengidap Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) Masih Boleh Mengandung

Pengidap Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) Masih Boleh Mengandung

Secara umum tentang PCOS

PCOS adalah Sindrom Ovari Polikistik, juga dikenali sebagai Sindrom Stein-Leventhal, atau nama orang putihnya adalah Polycystic Ovary Syndrome.Ianya merupakan salah satu daripada gangguan hormon yang biasa di kalangan wanita.

Membimbangkan.PCOS telah dikenali sebagai “Pembunuh Senyap”. Diagnosis awal PCOS adalah penting kerana ia telah dikaitkan dengan peningkatan risiko kesihatan yang lain seperti pertahanan insulin (insulin resistance), diabetes Type 2, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung.

Terdapat banyak tanda dan gejala menunjukkan wanita mengalami PCOS. Jadi, PCOS tidak boleh didiagnosis dengan satu ujian sahaja dan gejalanya berbeza antara wanita dengan wanita yang lain.Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia juga berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain.

5-10% wanita dalam usia melahirkan anak mengalami PCOS, dan lebih kurang 50% daripada wanita yang mengalami PCOS tidak mengetahui mereka mengalami PCOS. PCOS juga bertanggungjawab ke atas 70% daripada isu-isu kemandulan di kalangan wanita yang mempunyai masalah kesuburan.Wanita menopaus juga boleh menderita akibat PCOS.

Kajian telah menunjukkan bahawa lebih kurang 40% daripada pesakit kencing manis dan intoleransi glukosa atau intoleransi glukosa atau kedua-duanya yang berumur di antara 20-50 adalah mereka yang mempunyai PCOS.

Kalau di luar negara, siap ada Race Day Information tentang PCOS Awareness…Hehe.

Ok. Mari kita telusuri tentang PCOS ini. Sampaikanlah mana yang bermanfaat kepada semua yang memerlukan.

Apakah itu PCOS ?

Masalah kesihatan wanita yang memberi kesan ke atas:

1.Kitaran Haid
• Oligomenorea
• Amenorrhea
2.Kesuburan wanita
3.Hormon
4.Jantung
5.Salur darah
6.Rupa atau penampilan diri.

Dengan adanya PCOS, wanita kebiasaannya :

1.Mempunyai lebih banyak hormon endrogen ( lebih dikenali sebagai hormon lelaki).
2.Tiada atau haid tidak menentu.
3.Banyak sista kecil (cyst) iaitu kantung berisi cecair di dalam ovari mereka.

Ramaikah yang mengidap PCOS?
Antara 1 daripada 10 dan 1 daripada 20 wanita dalam umur subur dan melahirkan mengalami PCOS. Di US, 5 juta wanita mengalami PCOS. Malaysia? Kita tidak pernah ambil tahu. Saya lah itu. Ianya boleh berlaku seawal gadis berumur 11 hingga 13 tahun ( sejak mengalami haid yang pertama).

Penyebab PCOS
Punca PCOS tidak diketahui secara jelas. Kebanyakan pakar mengatakan ianya berpunca daripada banyak faktor termasuklah faktor genetik. Seorang ibu yang mengalami PCOS, kebarangkalian anaknya juga boleh mengalami masalah yang sama.

Masalah yang paling utama berkaitan dengan PCOS ini adalah ketidakseimbangan hormon.
Wanita yang mengalami PCOS,ovarinya menghasilkan lebih banyak endrogen melebihi paras normal. Endrogen merupakan hormon lelaki yang juga dihasilkan oleh tubuh wanita. Paras hormon yang tinggi ini memberi kesan kepada perkembangan telur dan pengeluarannya semasa ovulasi.

Kajian mendapati insulin juga dikaitkan dengan PCOS.Insulin adalah hormon yang mengawal atur gula,kanji dan makanan lain menjadi tenaga yang digunakan oleh badan atau disimpan.Ramai wanita PCOS mempunyai kandungan insulin yang tinggi kerana bermasalah untuk menggunakannya.Jadi, ia menjadi penyebab kepada peningkatan hormon endrogen.Peningkatan endrogen ini akan menyebabkan:

• Jerawat yang kronik
• Pertumbuhan rambut yang berlebihan ( contohnya di bahagian kaki,lengan dsb).
• Pertambahan berat badan
• Masalah ovulasi (masalah haid)
Simptom-simptom PCOS

Simptom PCOS adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Antaranya ialah:
• Kemandulan (disebabkan tidak berlakunya ovulasi)
• Haid tidak teratur atau tiada haid
• Hirsutism (pertumbuhan rambut di muka, dada, perut, belakang, ibu jari, atau jari kaki)

• Sista pada ovari
• Jerawat,kulit berminyak atau kelemumur
• Penambahan berat badan (biasanya berat badan berlebihan di pinggang)
• Kebotakan rambut seperti lelaki
• Tompokan tebal coklat gelap atau hitam pada kulit (leher,lengan,dada atau paha)
• Kutil pada kulit (skin tags)

• Sakit di bahagian pelvis
• Kebimbangan dan kemurungan
• Sleep Apnea ( Behenti bernafas dalam jangka masa yang pendek semasa tidur)

Boleh ‘check’ diri kita ya. Tetapi, itu hanyalah simptom. Jika ada, dan banyak simptom yang ada,adalah lebih baik untuk berjumpa pakar untuk diagnosis lanjut.

Sebagai peringatan, sikap tidak ambil peduli tentang perubahan diri mungkin memberi kesan yang buruk. Perlu diingatkan bahawa gejala ini boleh berlaku bermula seawal kali pertama haid
(kebiasaannya umur 11 -13 tahun) dan juga boleh berlaku setelah kelahiran anak pertama atau bila-bila sahaja dalam keadaan tertentu.

Bila membaca dan menggali tentang hal ini, betapa saya merasakan sangat perlu untuk pengetahuan tentang ini disampaikan lebih awal kepada anak-anak. Kenapa? Sebab,kalau macam saya sendiri, bila dah macam-macam berlaku baru akan ambil tahu. Lagi-lagilah kalau ‘period’ tidak berapa bermasalah.Sekali sekala sahaja lewat. Memang terasa berada di dalam ‘comfort zone’ sokmo lah.’Stress kot’…. ‘Aku tak ada masalah apa kot’. Ayat biasa kan? Hehe.

Untuk lebih faham…

Mengapa wanita yang mengalami PCOS mempunyai masalah dengan kitaran haid mereka dan kesuburan?

Senang cerita, ovari (kilang telur yang menghasilkan telur atau ovum), mempunyai kantung yang berisi cecair yang dipanggil folikel atau sista.Semasa telur berkembang, folikel akan membina cecair dan apabila telur matang,folikel akan pecah dan telur akan dilepaskan. Telur tadi akan bergerak melalui tiub fallopio ke rahim untuk persenyawaan. Ianya dipanggil ovulasi.

Apa yang terjadi kepada wanita yang mengalami PCOS,ovarinya tidak menghasilkan hormon yang diperlukan untuk mematangkan telur sepenuhnya.Folikel juga boleh berkembang dan membina cecair, tetapi ovulasi tidak berlaku.Sebaliknya, folikel akan tinggal sebagai sista. Atas sebab-sebab ini, ovulasi tidak akan berlaku dan hormon progesteron tidak dirembeskan. Tanpa progesteron, kitaran haid tidak akan teratur atau tiada haid. Ditambah pula, ovari menghasilkan hormon endrogen yang berlebihan yang menghalang ovulasi.

Adakah PCOS akan berakhir setelah monopouse?

Ya dan tidak. PCOS memberi kesan yang banyak kepada sistem badan. Simptom itu tetap kekal walaupun fungsi ovari dan paras hormon berubah apabila monopous.Sebagai contoh, pertumbuhan rambut berlebihan yang berterusan, kebotakan atau penipisan rambut seperti lelaki menjadi lebih teruk selepas monopous.

Selain itu, risiko masalah kesihatan daripada PCOS seperti diabetes,serangan jantung dan strok akan meningkat seiring dengan umur wanita.

Bagaimanakah diagnosis PCOS dibuat?

Doktor anda akan mengesahkan pesakit itu menghidapi PCOS sekiranya 2 daripada 3 kriteria tersebut di bawah dipenuhi:

• Kitaran haid yang tidak teratur
• Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang
• Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’

Untuk mengetahui samada kita mengalami PCOS atau tidak, adalah lebih baik untuk kita berjumpa pakar.

Walaubagaimanapun, secara umumnya berikut adalah rawatan-rawatan atau saranan yang akan dicadangkan untuk pengidap PCOS terutamanya yang ingin menimang cahaya mata.

• Turunkan berat badan bagi pesakit yang gemuk. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat badan sebanyak 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan baik seperti haid menjadi teratur semula.

• Pill perancang atau hormon untuk memperbetulkan kitaran haid yang teratur

• Ubat kencing manis i.e metformin terutamanya pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, menghidapi kencing manis atau kadar hormon insulin yang tinggi.

• Ubat fertiliti untuk merangsang ovulasi contohnya ‘clomiphene’ atau ‘Gonadotrophin’.

• Pembedahan ‘ovarian-drilling’. Ini bukanlah ‘first line’ treatment. Kebiasaannya, ini adalah untuk pesakit yang ‘resistant’ kepada ubat rangsangan ovulasi.

Rasanya tidak perlu takut berlebihan. Ada ramai je pengidap PCOS berjaya hamil..
Selain pertemuan dengan pakar dan mendapatkan rawatan sepatutnya, adalah disarankan juga untuk menjaga pemakanan, dan mengambil suplemen yang boleh membantu. Ini antara yang dipesan oleh doktor kepada saya. Sebab itulah sehingga kini, saya masih lagi mengamalkan suplemen Shaklee kerana bahan yang digunakan adalah semulajadi dengan harapan boleh membantu kesihatan luar dan dalam secara optimal dan badan kita siap untuk menerima ‘tetamu’ istimewa itu..InsyaAllah part of ikhtiar… gabungan pemakanan dan rawatan adalah yang terbaik bagi saya. Kita merawat secara holistik.

Namun, pilihlah yang terbaik yang kita yakin KESELAMATAN dan KEBERKESANANNYA untuk jangka panjang.

Antara set yang dicadangkan dari produk Shklee..Saya juga mengambilnya untuk kesihatan optimum walaupun disahkan bukan PCOS.

Hubungi saya untuk tahu lebih lanjut apa yang sesuai untuk anda juga sesuai dengan bajet yang ada.

Ikhtiar terus! Jangan pernah mengalah…Allah tahu masa yang terbaik..

Semoga bermanfaat. Wallahu a’lam..

March 2, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like