Pengalaman Detoks Parasit Day 8

Pengalaman Detoks Parasit Day 8

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke 8 detoks parasit.

Ianya sudah menjadi aktiviti yang menyeronokkan untuk kami sekeluarga. Suami siap ajak bosnya detoks parasit. Itu yang tak menahan. Sedikit kesian, bila ada jamuan makan-makan dengan client atau training, dia memang memilih makan. Air manis tolak ke tepi. Saya tahu dia mahu. Tapi, punya kuat kemahuannya untuk detoks menyebabkan air sedap-sedap itu dipandang sepi…

Hari ini makan agak banyak sedikit. Almaklumlah hari minggu. Hehe.

Breakfast

  • Nasi Lemak Sambal Kerang
  • Pulut pisang
  • Teh panas kosong
  • Betik

Lunch

  • Buah epal entah berapa biji
  • Yogurt entah berapa banyak

Dinner

  • Nasi putih
  • Sambal tempe
  • Ayam bakar
  • Sayur campur
  • Air putih
  • Betik

Seperti biasalah , dinner kami jam 5.30 petang macam tu. Malam kami kunyah buah-buahan atau sayuran sahaja sementara tidur.

Walaupun mood penat dan rasa malas nak keluar ke mana-mana, tapi gagahkan diri untuk ke Kuantan ambil Abang Hensem Pak Cik PC ini. Let go Adik Asus yang manja itu walaupun sangat sayang, tapi disebabkan asyik kena baiki dan hangggggg memanjang, makanya selamat tinggal. Moga jumpa tuan baru yang lebih sabar menunggu dikala hang itu. Alhamdulillah CPU nya Acer i3 juga. Tak canggih mana tapi cukuplah untuk kerja-kerja saya ini.

Balik dari Kuantan,penat yang amat. Sempat masak untuk dinner terus. Lepas dinner, sembang-sembang boleh terlelap. Sedar-sedar orang azan Maghrib. Ya Allah ! Tak sedar. Kalau sedar memang tak tidurlah kan lepas Solat Asar tu. Rasa penat yang bila orang tanya kita banyak-banyak rasa nak moody je…nak cakap pun malas. Haha. Teruknya perangai.

parasite die off,detoks parasit

Malam pun tidur awal. Penat tak bertempat.  Nak kata penat berjalan di Kuantan, memang tak pusing ke mana pun. Pagi ke CIDB menemani suami selesaikan urusan kerjanya di sana. Balik terus ke kedai computer dan terus balik ke Kemaman. Singgah solat Jumaat di Masjid Chendor, dalam kereta sementara tunggu suami solat, orang baca khutbah sempat ku tidur satu round. Best ! Letak kereta bawah pokok, angin sepoi-sepoi bahasa pula tu. Haha. Mujur tak ada apa-apa berlaku.

Mungkin sini simptom parasite die-off !

Ok. Bersambung ke Pengalaman Detoks Parasit Day 9.

December 16, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like