Pengalaman Detoks Parasit Day 7

Pengalaman Detoks Parasit Day 7

Semakin banyak hari detoks parasit ni semakin malas rasanya nak menulis diari. Oh ! Diari la konon kan..Haha.

Setiap hari detoks parasit, bukanlah setiap hari turun berat badan ke apa kan. Sebab tu, yang namanya mahu detoks, haruslah sabar. Anggaplah ianya sebagai journey untuk hidup lebih sihat. Saya selalu nasihatkan tetapkan matlamat sebelum melakukan sesuatu supaya ianya jelas termaktub dalam minda dan minda separa sedar kita apa yang ingin kita capai.

1. TARGET. Apa yang ingin dicapai setelah detoks?

2. KEMAHUAN YANG TINGGI ( DESIRE ). Sejauh mana push factor dalam diri untuk capai target tersebut. Contoh nak detoks sebab nak cuba turunkan berat badan, kalau kekal gemuk suami ugut nak kahwin lain. Jadi, kemahuan nak detoks akan tinggi kalau kita memang tak nak suami kahwin lain sebab kita gemuk. Ops ! Ini contoh ya…untuk lebih mudah faham. Kalau takat cakap nak detoks sebab nak sihat, sangat subjektif dan tidak spesifik.

3. PELAN DAN STRATEGI yang tepat.

4. BIMBINGAN . Perlukan bimbingan. Boleh mencuba-cuba dengan ilmu google dan sebagainya, akan tetapi dikhuatiri sekiranya tidak menjadi , semangat dan kemahuan meluntur.

5. BERJEMAAH. Haruslah bergaul dan buat bersama-sama kawan supaya boleh saling menguatkan semangat. Boleh buat sendiri sekiranya anda adalah orang yang disiplin tahap 100%. Jika tidak , carilah geng !.

Apa yang ditulis di atas adalah berdasarkan pengalaman berdetoks dan handle group detoks sebelum ini. Jika kurang tepat, harap dimaafkan kekurangannya.

Secara peribadinya, saya kurang setuju dengan budaya detoks bila nak kurus…dah lepas detoks pulun makan segalanya seperti qadha makan. Lepas tu datang balik bila badan naik semula. Apakah? Sia-sia je tau detoks kalau macam tu tau…haha…

Namun demikian, sebenarnya kesan yang pernah saya rasai ketika detoks parasit yang lepas adalah, berkurangnya rasa nak makan bukan-bukan, makan benda-benda manis, air manis dan jenis kek-kek dan seangkatannya. Secara tidak langsung, ianya mengurangkan kalori yang diambil setiap hari. Ambil yang perlu untuk badan sahaja.
Jika selepas detoks parasit 14 hari masih lagi rasa nak makan bukan-bukan, nafsu makan membuak-buak, makanya itu adalah nafsu yang tak terbendung…haha.. maka , disarankan untuk berpuasa sunat bagi yang Muslim. Dan..satu lagi yang boleh dibuat, ketika makan,ingatlah orang-orang susah, anak-anak di Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain. Mungkin separuh duit makan kita itu boleh dimasukkan ke dalam tabung untuk mereka. Tujuannya adalah untuk mengekang nafsu makan yang mneggunung ittew !

Ok…panjang membebel.

Apa yang kami makan hari ini?

Sahur

  • Nasi Putih
  • Ikan Goreng
  • Sayur sawi dan lobak merah
  • Air putih
  • Buah epal

Berbuka

  • Nasi putih
  • Ayam goreng berempah
  • Sup sayur
  • Jus buah tanpa gula + yogurt

Buah-buahan seperti betik dan epal makan sebagai snek malam. Jemu aih juga asyik makan betik je kan…tapi apakan daya, suami tak bagi makan buah nenas.

Tidak banyak perubahan yang berlaku, masih mengantuk di siang hari. Pening juga masih ada. Pendek kata, letih semacam je…harapannya esok makin baiklah kan..

Ok. Stop sini dahulu…To be continue..

December 15, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like