Pengalaman Detoks Parasit Day 6

Pengalaman Detoks Parasit Day 6

14 Rabiul Awal bersamaan 14 Disember.

Sudah masuk hari keenam mengamalkan menu detoks parasit. Teruskan puasa sunat hari putih 13,14,dan 15 haribulan Islam hari ini. Alhamdulillah. Macam terbiasa tak makan benda manis, ok je. Ada yang tanya, tak pening ke, tak rasa nak pengsan ke tak makan manis. Nanti kurang gula dalam badan kita. Tak ada tenaga.Tak elok ! InsyaAllah tiada masalah. Nasi , buah, ubi juga adalah salah jenis-jenis makanan yang membekalkan karbohidrat untuk tenaga manusia sama seperti gula putih dan roti , cuma ikatan kimia sahaja yang berbeza-beza.

Menu kami hari ini juga simple sangat-sangat :

Sahur

  • Nasi putih
  • Sayur Campur
  • Ulaman
  • Sambal
  • Ayam Bakar
  • Air putih
  • Buah epal

Berbuka

  • Nasi putih
  • Kacang Buncis Goreng Ikan Bilis
  • Sup Ayam
  • Sambal
  • Air putih

Salad buah kami makan sambil-sambil chit-chat malam bercerita aktiviti harian masing-masing. Yogurt pastilah tidak ketinggalan.

Apa yang kami alami hari ini tidak jauh beza daripada semalam. Cuma, penatnya semakin menjadi-jadi. Mengantuknya Ya Allah ….depan laptop tengah menaip pun boleh tersengguk-sengguk. Sudahnya, tarik bantal tidur. Selesai !

Ini adalah antara simptom ‘kematian ‘ parasit. Harap-harap sudah banyak parasit yang arwah la ye..tak sanggup nak bela bagi makan hari-hari tapi badan sakit-sakit.

detoks parasit

Sebelum terlupa . Walaupun kami makan nasi dan makanan-makanan lain, tapi masih lagi mengikuti diet seimbang.

detoks parasit

Sayur dan buah-buahan kam cuba makan sebanyak mungkin. Air putih juga banyak sesuai berat badan kami. Dalam masa yang sama, kami top up kekurangan nutrien ( vitamin, mineral, essential amino acid -protein ) dengan mengambil suplemen. Alhamdulillah.

Dan…mengejutkan hari ini.

” Yang, perut abang dah kurang buncitnya !”. Dan badannya rasa makin ringan walaupun letih dan mengantuk masih lagi menghantui. ¬†Allah ! Tiada yang lebih mengembirakan melainkan biala orang yang kita sayang sihat walafiat bukan? Tahu kan? Perut buncit mengundang macam-macam penyakit. Cegahlah sebelum parah ! Dah sekali kena penyakit tu…kos rawatannya lebih mahal sebenarnya berbanding kos semasa menjaga kesihatan. Beringat sebelum kena.

Bagi mereka yang ingin menjalani detoks parasit , dan memerlukan panduan dan tunjuk ajar boleh hubungi Hawa. Kami sebagai Shaklee Independent Distributor memang didedahkan dan diajar secara eksklusif oleh Nutritionist dan doktor-doktor  bertauliah melalui kelas-kelas yang didakan setiap bulan. Kelas-kelas tersebut merangkumi pelbagai aspek seperti detoks, pregnancy, breasfeeding, immune system dan lain-lain.

Stay tune ! Detoks Parasit Day 7 pula…moga-moga istiqamah.

December 14, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like