Pengalaman Detoks Parasit Day 5

Pengalaman Detoks Parasit Day 5

Keseronokan berdetoks semakin terasa. Alhamdulillah…Boleh je sebenarnya hari-hari berlalu tanpa kuih-muih manis dan tanpa gula putih. Ya lah ! Detoks yang best, semua benda boleh makan asalkan seimbang sendiri mau ingatlah kecuali makanan-makanan yang perlu pantang sahaja.

Menu detoks hari ini biasa-biasa sahaja, sebab kami suami-isteri sepakat untuk berpuasa sempena Hari Putih (13,14,15) setiap bulan Islam. Wow! Jimat tenaga tak perlu masak tengahari..Haha. Teruk betul.

Sebelum bersahur, biasanya lepas bangun tidur dalam jam 3 atau 4, saya akan bancuh 2-3 sudu besar ESP untuk tenaga dan bekalan protein yang cukup sepanjang hari. Bantu metabolisma tubuh untuk bekerja lebih baik dan otot-otot juga terbina lebih baik.

Ini sahajalah menu ringkas kami sekeluarga.

Sahur

  • Nasi putih
  • Tempe Goreng
  • Sayur Bening (Sayur Air)
  • Ikan Kukus Goreng
  • Buah betik
  • Air putih

Berbuka

  • Nasi putih
  • Ayam Bakar
  • Sayur Campur ( sawi , carrot, bawang putih banyak,ikan bilis )
  • Jus epal dan madu
  • Yogurt jadi jajan sambil-sambil sembang malam.

Mudahkan? Jimat sungguh ! Pandai-pandailah adjust bagi mak-mak yang mahu join detoks parasit untuk menu anak-anak. Tidak semestinya mesti masak 2 kategori menu. Mungkin hanya boleh tambah 1 jenis lauk lain untuk anak-anak. Untung kalau suami boleh berdetoks bersama kita.

Apa yang perasan, hari ini penatnya lain macam. Mungkin juga sebab dah lama tak puasa. OOOOOPSSS! Maksudnya, agak jarang puasa sunat 3 hari setiap bulan dan puasa Isnin dan Khamis. Insya Allah lepas ni nekad untuk lebih rutinkan puasa sunat. Bukan untuk detoks lahiriah sahaja, namun…insyaAllah tujuan utamanya adalah untuk lebih dekat dengan Allahlah kan..

Dan…hari ini juga rasa nak marah-marah orang. Puasa tapi, moody . Apakah? Jarang saya nak moody macam ni. Sesak nafas kadang-kadang tu dan rasa pening. Tak mengapa, tahan sahajalah, selagi medical check up tidak menunjukkan tanda-tanda ada penyakit lain. Mungkin detoks tubuh ¬†sedang berjalan.

Hari ini juga menerima berita tergempar daripada group detoks saya #FITGOJES.

Apa dia ?

Cacing keluar hidup-hidup. Awww! Geli mak. Ini saya share chat kami..

detoks parasit, testimoni detoks parasit

Cacing keluar hidup-hidup ! Korang rasa????…

detoks parasit, testimoni detoks parasit

Memang nampak depan mata setelah suluh dengan torchlight. Gigih sungguh kawanku ini. Saya lebih rela, kalau ada pun golongan parasit ini , biarlah hancur lumat dalam perut dulu dan keluar sahajalah melalui perkumuhan…tak sanggup !

detoks, testimoni detoks parasit

Ewwww!!!!! Nguit-nguit pula tu. Gerun. Buatnya dia panjat balik . Oh ! Tak dapat nak bayangkan. Mintak jauhlah…huhu…menangis rasanya. Geli kot..

detoks, testimoni detoks parasit

Taenia yang dimaksudkan adalah sejenis parasit yang suka menghuni usus manusia. Taenia Saginata a.k.a cacing pita.

detoks parasit, testimoni detoks parasit

Haha…tak sempat tanya nama cacing tu apa.

Ok. Sekian celoteh kali ini. Ikuti perkembangan detoks parasit hari seterusnya. Stay tune!

 

December 13, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like