Pengalaman Detoks Parasit Day 4

Pengalaman Detoks Parasit Day 4

Alhamdulillah…masih bertahan. Haha.

Hari ini dah 12 Rabiul Awal kan? Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.  Seharian di rumah , tidak ke mana-mana gara-gara makan lobak merah, bawang putih dan yogurt yang banyak dan berpantang gula putih dan segala jenis makanan berasaskan bijirin.

Sebelum itu…nak share sesuatu yang menggerunkan. Kes ini terjadi kepada seorang remaja di mana dalam badannya ada cacing pita atau nama saintifiknya taenia saginata. Kes ini rare la sangat, tapi nak ceritanya cacing pita ni boleh duduk bertapa dan membiak dalam badan manusia.

detoks parasit

Baca kisah selanjutnya di Internet Scientific Publications. Ianya didiskusikan secara detail dalam published article tersebut yang tajuk asalnya Nasal Expulsion of Taenia Saginata: a Rare Route of Expulsion oleh M Sheikh, I Sheikh, I Ali, F Reshi .

Ok. Nanti baca sendiri. Nak sambung apa cerita kami hari ini.

Apakah yang terjadi ?

Kami berulang-alik ke tandas hampir 5 kali pada waktu pagi. Bukan cirit-birit , tetapi perut sakit dan memulas , kemudian mengeluarkan isi perut tersebut secara normal. Namun….ada sesuatu yang pelik pada najis. Awww! Tak nak cerita. Tapi keadaanya tidak seperti biasa.

Secara kesimpulannya :

  • Hari ini kami tidur paling lama. Sebelum Zohor kami dah tidur. Selepas Isyak mengantuk sangat-sangat. Tidur lagi sampai jam 1 pagi.
  • Perut memulas-mulas dan adakalanya kembung. Suami terpaksa urut kaki untuk keluarkan angin. Seksa tau!
  • Rasa sesak sedikit nafas dan  bila tarik nafas rasa tak puas bernafas. Cuak !
  • Rasa lemau dan letih melampau…

Itu sahaja yang sempat rasa. Selebihnya banyak tidur.

Menu kami hari ini sangat simple. Tapi, masih lagi dalam ‘mood’ detoks parasit.

Breakfast

  • Nasi Goreng Cina (Carrot dan bawang putih banyak)
  • Air putih
  • Betik

Lunch

  • Epal
  • Yogurt

Dinner

  • Nasi putih
  • Tempe goreng
  • Sayur campur ( carrot, brokoli, garlic,bawang holland -kuantiti : banyak)
  • Ayam bakar
  • Air putih

Seperti semalam juga…dinner kami jam 5 petang. Hehe. Tapi, Alhamdulillah…malam tak craving makan bukan-bukan.

Detoks ini adalah satu usaha untuk mengurangkan rasa nak makan kami. Sebab, kami memang suka makan. Ya ! Memang cuba yang terbaik untuk jaga pemakanan yang sihat kan, namun, ada masa-masa tertentu ketika bersama keluarga besar, memang terbabas habis. Jadi, sekurang-kurangnya dengan cara ini, kami boleh buang apa yang tidak perlu dan merosakkan sel-sel badan untuk jangka masa panjang di samping mengurangkan parasit yang bersarang dalam badan. Yalah, bukannya target tiap-tiap 6 bulan nak kena makan ubat cacing kan…

Dan…yang paling menguji adalah ketika kita tengah detoks, kawan-kawan mengejek …haha. Dan paling tak menahan, siap belanja makan. Nak uji katanya. Masa tu, rasa nak…..aiiii….besar kecik besar kecik je kawan aku ni…hehe.

Tapi …Alhamdulillah setakat ini masih bertahan. Misi tetap misi. Selagi tak capai tak boleh berhenti.

Ada sesiapa mahu detoks makan sedap makan nasi cara kami ?

Jom saya guide.

Setakat ini , ada dua group detoks parasit yang saya tengah handle iaitu #FITGOJES dan #CUNRAMPING . Kelas teori di WhatApps group sahaja dan laporan ringkas setiap hari . Mudah-mudahan mereka juga berjaya mencapai target masing-masing. Mungkinkah anda orang yang seterusnya mencapai target kesihatan dan berat badan ideal ?

Jika mahu boleh hubungi saya ya. Nombor telefon di bawah.

December 12, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like