Pengalaman Detoks Parasit Day 3

Pengalaman Detoks Parasit  Day 3

Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk detoks hari ni. Belum lagi teruji dengan kenduri-kendara.
Kalau kenduri pun apa salahnya. Untung ada gulai daging, ayam goreng, ulam-ulam…boleh je makan. Air manis dan desertnya sahaja yang perlu dielakkan. Dan..kalau ada ayam masak merah juga. Sebab biasanya kalau masakan Pantai Timur, ayam masak merah pasti banyak gula yang digunakan. Pedas-pedas manis kan..

Menu kami hari ini tidak jauh berbeza.

Breakfast

  • Nasi Goreng Cina
  • Air Kosong
  • Buah Epal

Lunch

  • Yogurt + buah + salad sayur

Dinner

  • Nasi putih
  • Ulam Carrot dan tomato
  • Sambal tempoyak
  • Ayam goreng
  • Salad buah dan sayuran

Dinner kami makan awal, dalam lepas Solat Asar macam tu. Nampak macam banyak kan? Tapi, portion untuk karbohidrat tu biasa-biasa sahaja. Tujuannya adalah supaya malam kami boleh bertahan untuk tidak makan roti dan apa yang dimakan dicerna dengan baik. Makanan ambil masa lebih kurang 4 jam untuk dicerna. Sebab, biasanya memang kami tidur awal malam. Bangun tengah malam jam 1 atau 2 pagi masuk ofis saya.

Apa yang berlaku kepada kami di hari ketiga detoks parasit ?

1. Sembelit
2. Perut kembung
3. Rasa nak makan itu kurang tapi craving makanan manis. Cheese Cake!
4. Gatal-gatal di muka semakin berkurangan, jerawat pasir yang naik tiba-tiba juga semakin hilang. Wah! Tak sabar nak mencantikkan diri.
5. Rasa tak selesa di kerongkong… geli tekak ! Asyik nak terbatuk je..
6. Rasa mengantuk yang tak sudah-sudah- ini suami saya la.
7. Gatal telinga tiba-tiba.

Rasa nak makan memanjang atau makan tak kenyang-kenyang tu dah tak ada. Yes! Memang boleh kurus detoks parasit ni kan? Cuma….perlu istiqamah dan jangan langgar pantang.

Teman-teman detoks saya juga mengalami macam-macam healing sepanjang detoks parasit ni. Ada yang gatal langit-langit sampai kena garu dengan hujung sudu. Lepas kunyah bawang putih fresh, hilang terus. Nah! Ambik kau. Tapi…yang kelakarnya, memang rasa pijarla kan kunyah bawang putih fresh. Hehe. Kesian. Tapi, ok lah tak menderita dah gatal lelangit tu.

Sampai di sini dahulu celotehnya. Kita tunggu esok macam mana. Manalah tahu keluar cacing bersama najis.

Eh ! Jangan tak percaya. Memang ada kes macam tu.

Stay tune !

December 11, 2016
Previous Post Next Post

2 Comments

  • Reply Ameerah

    Detoks parasit ni sesuai tak untuk ibu menyusu?

    March 14, 2017 at 11:00 pm
    • Reply Hawa Hassan

      Boleh..cuma kita cadangkan soft detox sahaja. Hubungi saya untuk panduan – 0139315387 =).

      March 15, 2017 at 7:35 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like