Pengalaman Detoks Parasit Day 2

Pengalaman Detoks Parasit Day 2.

Hari kedua yang lebih mencabar.

Kedua-dua melepek. Letih semacam padahal bukan buat kerja berat pun.

Bukan setakat letih. Mengantuk tak boleh buka mata. Allah ! Siksanya nak buat kerja dengan mata nak tertutup ni kan? Last-last kami tidur je. Tidur tak ingat dunia.

Suami saya dari pagi asyik sakit perut dan berkali-kali bertapa dalam tandas. Haha. Kami pun rasa pelik juga sebab selama ni makan je makanan-makanan yang dikatakan membunuh parasit tapi, bila di upkan dosnya ketika menjelang pertengahan bulan Islam ini , kesannya begini.. Inilah padahnya detoks parasit. Tapi, lebih baik sakit sekarang daripada berterusan sakit di kemudian hari. Bukanlah semua penyakit itu datang dari parasit. Akan tetapi, ianya turut menyumbang bahkan dalam sesetengah kes, penyumbang terbesar pulak tu.Ops! Parasit ni nama bandar. Nama kampungnya adalah CACING. Pernah tengok kan anak kecacingan? Kita bagi ubat cacing kan? Bila last kita makan ubat cacing ???? Haha. Jawab sendiri ya.

detoks parasit, lobakungu

Inilah rupanya antara jenis cacing yang suka bertapa dalam badan manusia. Kerjanya adalah mengambil nutrien yang ada dalam badan manusia dan berkumuh melepaskan toksin ke dalam badan manusia. Antara simptom-simptom wujudnya parasit dalam badan manusia adalah :

Detoks Parasit

Apa yang kami makan ? Korang nak try tak ? Kot-kot ada parasit dalam badan. Semua orang ada kebarangkalian terkena sebab kita berjalan di atas bumi yang sama, menyedut udara yang sama. Kan?

Kami tambahkan penggunaan bawang putih dan lobak merah dalam masakan. Ini menu pengenalan hari kedua. Dapat rasa kesannya tu.

Breakfast

  • Nasi Lemak (santan dan cili merah adalah musuh parasit ) . Jangan letak gula untuk buat sambal. Gantikan denag stevia.
  • Teh kosong ( tiada gula )
  • Buah betik

Lunch

  • Bihun
  • Air kosong
  • Buah + Yogurt

Asalnya, lunch tak nak makan semua ni sebab masih kenyang makan Nasi Lemak. Tapi, rezeki orang bagi bihun. Haha. Makan ajelah. Yang peliknya…makan seperti biasa. Tapi kesan ketara pada suami, badan nampak susut. Terutamanya bahagian per** tu. Haha. Tak sabar nak suruh dia timbang. Harap-harap impiannya nak turunkan 8 Kg tercapai. BMI 21 katanya.

Eh, lupa. Ada tertinggal.

  • Dinner
  • Bubur ayam ( garlic dan carrot banyak )
  • Air kosong
  • Buah + Yogurt

Tadi kata kenyang kan? Oh…sebenarnya begini…

Pagi-pagi hari ini, suami ada program di masjid dan bawa balik satu paper bag. Dalam tu ada, biskut, air kotak dan tuala. Kami terliur nak kunyah-kunyah biskut tu. Alaaa…biskut Tiger je pun..tapi, nafsu nak makan manis tu ada. Dalam kepala dah terbayang, Eh ! Sedapnya kalau dapat makan Cheese Cake ke petang-petang ni.

Nak jadi cerita, dalam jam 3.00 macam tu kot, ada sahabat datang ziarah kami. Alhamdulillah, biskut-biskut di rumah selamat dikendurikan. Allah selamatkan detoks kami. Haha.. Jadi, apabila suami mengadu rasa lapar, saya pun masaklah Bubur Ayam tu. Memang plan menu itu daripada awal, tapi nak cancel dah sebab rasa kenyang je tengahari tadi. Tapi, akhirnya masak juga. Haha. Gara-gara rasa nak makan benda manis.

Ok. Ringkas cerita…bukan buat-buat cerita ya…

Apa yang berlaku pada kami hari ini ?

  1. Sakit perut memulas dan berulang-alik ke tandas
  2. Suami gatal-gatal bahagian anal
  3. Letih melampau (macam baru balik bersukan 3 hari)
  4. Craving benda manis ( macam duk nampak-nampak je Cheese Cake  dengan aiskrim tu )
  5. Mengantuk yang amat. ( Skala 8 daripada 10 )

Bawang putih dan lobak merah power juga ya untuk nyahparasit.

Antara Vitamin yang kami ambil untuk lebih boooost detoks kali ini adalah :

  • Alfalfa – Detoks darah
  • Herblax – Buang karat-karat pada usus dan mudahkan proses perkumuhan
  • Lecithin – Buang lemak degil ( kata nak buang inci kan? Alang-alang sekali je lah).
  • Garlic – antimikrobial dan inflamasi ( bunuh parasit juga tau !) . Kucing pun tak boleh makan makanan yang ada bawang putih. My cats memang akan cirit-birit la biasanya. Saya ada 6 ekor kucing. Hehe. Parasit yang ada pada kucing biasanya toxoplasma gondii dan fusarium (kalau tak silap la, dulu pernah belajar dalam kelas Prof Jalil ).

Ok. Sampai di sini dahulu.

12 hari to go !

 

 

December 10, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like