Pengalaman Detoks Parasit Day 14

Pengalaman Detoks Parasit Day 14

Alhamdulillah….Last day.

Tapi, sungguh tak terasa 14 hari yang dah berlalu dengan detoks itu. Rasa nak teruskan je lagi….Mudah je kan, bukan kena makan menu teruk-teruk pun. Jaga dua pantang dahla kan..

Hari ini juga dapat resepi membuat tepung untuk kegunaan harian. Nak buat pasta, mee, roti, pizza base dan cekodok dan lain-lain tanpa gluten. Secara mudahnya tak guna gandum langsung. Thanks to K. Mira, teman detoks hamba dalam group #FITGOJES. Ada canlah nak teruskan pemakanan tanpa gandum. Asalnya adalah daripada kawannya yang mempunyai anak yang alah dengan gluten. Subhanallah ! Terkagum dengan usaha ibunya research macam-macam. Tercabar dan malu sendiri jugalah. Budak footech ini malas mahu fikir maaa…..

Buat yis sendiri, yang dinamakan sourdough tu. Teringat Prof Chek Zaini yang ajar kelas bakeri semasa di USIM dulu. Oh ! Rindunya bau roti dan kek semerbak dalam makmal dulu-dulu dan hiruk-pikuk pelajarnya yang macam-macam perangai termasuk daku..Haha. Lagi rindu bebelan beliau. Hehe… Dan lagi tak boleh blah bila buat kek, roti laju je, time hantar report dan task,liat sungguh…malas betul nak fikir discussion, kenapa jadi macam tu kenapa jadi macam ni..haha…the chemistry behind, sebab kami budak Food Biotech , memang kena tahu semua itu. Fuh ! Kenangan terindah.

Ini dia resepinya… ( untuk persediaan tepung tanpa gluten )..

Resepi tepung gluten free 1

1 cawan tepung beras
2/3 cawan potato starch
1/3 cawan tapioca starch
2 tsp arrowroot

Resepi tepung gluten free 2

2cwn tpg beras
1/2 cwn tpg jgung
1/4 cwn tepung ubi kayu

Suamiku sudah bersemangat tu…

Ok lah.. nanti kita buat satu tong, mudah nak guna ambil je ok..

Baiklah. Apa menu kami hari last ??

Breakfast

  • Nasi  Goreng  Garlic
  • Air putih
  • Epal
  • Yogurt

Lunch

  • Nasi Putih
  • Ikan Masak Merah ( without sugar, ganti molasses atau stevia )
  • Sayur campur
  • Air putih
  • Betik

Dinner

  • Salad buah dan sayur + Yogurt
  • Ayam bakar
  • Air putih

Perasan tak ? Banyak minum air putih atau air masak sahaja? Sebab apa tau ???? Sebabnya dah tak terasa nak minum air manis. Kuih manis pun kami pandang sepi je…kek , pai , tart , roti dan seangkatan dengannya pun tak teringin nak makan sangat. Magic juga detoks parasit ni.

Cuma, makanan seperti spaghetti, sizzling mee dan sebarang jenis mee saya masih rasa nak makan. Ini sebab kegemaran. Kalau ada mee sup , atau apa-apa yang berkuah memang saya tak pilih nasi dah. Boleh je tak makan nasi walaupun perut nasi..hehe. Dan, saya merasakan ianya adalah disebabkan memang kegemaran, bukan parasit …haha.. sebab, kalau nak kata craving sangat pun tak juga. Ada , saya makan, tak ada saya taklah craving .

Ok. Alhamdulillah, 14 hari berdetoks dengan cara ini, detoks parasit, kesannya sangat best ! Jujur cakap badan ringan, mengantuk dan lemau hilang macam tu je. Daya tumpuan meningkat. gatal-gatal miang pun tiada. Bab berat badan tu je, belum lagi timbang ,insyaAllah sooner.

Saya memang sangat-sangat mencadangkan kepada mereka yang mempunyai masalah-masalah kesihatan seperti berat susah turun, letih, selalu migrain, blur, cepat penat, stres memanjang, nafas berbau, badan berbau, keputihan, ekzema, resdung dan lain-lain,cubalah detoks parasit.

Sila hubungi saya jika mahu saya bantu.

Sekian. Mudah-mudahan bermanfaat.

December 23, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like