Pengalaman Detoks Parasit Day 13

Pengalaman Detoks Parasit Day 13

Sedar tak sedar sudah  13 hari mengamalkan menu detoks.

Alhamdulillah, banyak kesan yang baik yang dapat dirasakan. Pada awalnya rasa macam tak mampu nak teruskan berdetoks sehingga 14 hari. Namun, apabila sudah nekad, segalanya dimudahkan. Suami juga tidak banyak komplen. Segalanya jadi mudah.

Mungkin tergambar di fikiran kita kan, nak sihat , nak detoks perlukan kos yang tinggi. Jika ada yang berfikir seperti itu, ianya satu tanggapan yang silap. Perbelanjaan keluarga labih jimat dengan menu detoks. Contohnya, kalau sebelum ini, kami banyak juga makan makanan seperti roti, kek, pai dan lain-lain yang berasaskan gandum, namun sepanjang detoks, langsung tak sentuh. Apatah lagi, burger, pizza dan seangkatannya itu. Memang makan apa yang perlu bukan apa yang mahu. Alah! Bukannya mahal . Berkira sangat. Haha. Bukan! Maksudnya duit yang selalunya kita gunakan untuk saja-saja beli burger, pizza,kek…kadang-kadang tu kan…haaa ianya boleh disalurkan ke tempat lain. Beli buku, sedekah dan banyak lagi.

Menu  seharian kami masih lagi sangat ringkas.

Breakfast

  • Nasi Goreng Cina
  • Epal
  • Air putih

Lunch

  • Nasi putih
  • Ikan singgan
  • Ulam-ulam (sawi dan bnedi kukus)
  • Sambal
  • Air putih
  • Nenas

Dinner

  • Bihun goreng
  • Epal
  • Yogurt
  • Air putih

fresh after detox

Alhamdulillah. Penghujung detoks parasit yang mengujakan. Saya sendiri rasa seronok. Fresh sangat bila bangun pagi!  Apa tidaknya, masalah kembung perut dah tiada. Kalau sebelum ini selalu juga kembung perut.

Satu lagi adalah masalah gatal-gatal dan miang seluruh badan sudah berkurangan. Dan, yang paling menyeronokkan adalah daya tumpuan yang meningkat tinggi. Dalam masa 2 jam boleh siapkan 12 page penulisan. Alamat cepatlah kerja saya yang satu ini siap. Boleh menaip tanpa henti. Jika sebelum ini, banyak berhenti dan makan-makan , sekarang boleh focus dan tak terasa pun nak kunyah-kunyah. Best ke best??

Suami juga mengalami perubahan yang sama. Kalau sebelum ini, beliaulah yang selalu mempengaruhi saya untuk mengunyah. Haha. Memang beliau suka membeli makanan seperti roti, kek, kerepek dan seangkatan dengannya. Buat kunyah-kunyah sambil buat kerja katanya. Dah, ada depan mata, kita pun ngap sahajalah. Hehe. Alhamdulillah selain sihat, jimat belanja bab itu.

Setakat ini dahulu. Jumpa esok hari terakhir detoks parasit.

 

December 21, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like