Pengalaman Detoks Parasit Day 12

Pengalaman Detoks Parasit Day 12

Yeay ! Dah 12 hari.

Hari ni langgar sedikit pantang….Hoho.. Maaflah.

Sebelum ini pantang makanan terproses seperti kicap dan sos.

Tapi, cuba lihat menu detoks parasit hari ini..

Breakfast

  • Nasi putih
  • Ayam masak kicap tomato
  • Betik
  • Yogurt
  • Air putih

Lunch

  • Snek sayuran dan buahan

Dinner

  • Daging bakar
  • Bawang Holland ( dipotong seperti makan dengan satay )
  • Salad sayur
  • Buah-buahan campur
  • Yogurt

Nampak tak ? Guna kicap. Hehe. Tak apalah. Pantang utama belum lagi langgar.

Menariknya, bila suami nak beli barang, semua ditanya. Ini boleh makan tak untuk detoks? Ini boleh tak? Haha. Alhamdulillah , mudah-mudahan lebih cakna makanan sihat selepas ini.

Ok. Perubahan hari ini tak banyak . Lebih kurang semalam sahaja.  Cuma, bangun pagi rasa lebih segar dan ringan badan. Suami pula ada sekali-sekala gatal telinga secara tiba-tiba tiba-tiba. Hari ini dia juga kerap ke tandas. Apabila ditanya, nampak apa-apa tak? Jawabnya, tak tengok pun tapi najis rasa pelik bila keluar. Bergumpal-gumpal. Uhuks! Sama seperti saya juga. Ngeri ! Tapi saya tahu ada yang tak kena dengan bahan kumuh tersebut. Ada ‘sesuatu’ yang panjang dan tidak putus. Oh! Tak perlu cerita. Naik seram pula. Biarlah…asal kami lebih sihat sudah cukup baik.

Baiklah sekadar itu perkongsian hari ini.

Esok bersambung detoks hari yang ke 13….Sudah ke penghujungnya. Selepas ini tak ada detoks dah. Tunggu tahun depan la pula ya.

Sekian.

 

December 20, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like