Pengalaman Detoks Parasit Day 11

Pengalaman Detoks Parasit Day 11

Hari Isnin datang lagi.

Azam menjelang 2017 kami adalah menjadikan Puasa Sunat rutin mingguan kami.

Jadi…..menu  simple kami hari ini adalah…

Sahur

  • Bubur Ayam
  • Air putih
  • Betik

Berbuka

  • Nasi putih
  • Ayam masak lemak cili api
  • Ulam-ulam (campur)
  • Epal
  • Betik
  • Air putih

betik, detoks parasit

Betik dan bijinya yang power untuk nyahparasit..

Badan semakin ringan. Puasa tapi tak rasa macam puasa. Aktif je sepanjang hari. Cuma, hari ini diuji dengan sakit gusi. Haha. Sakit oooo…Tercucuk apa pun tak tahu. Tiba-tiba sakit dan mula bengkak. Tapi, tahan sahajalah. Dah telan Vitamin C , harap-harap cepat baik.

Satu lagi,perasan sangat, kulit muka kurang berminyak bebanding sebelum ini. Jerawat halus hilang. Ada juga tinggal parut sedikit. Lumrahlah, jerawat tinggalkan cop mohornya. Nanti kita usaha luaran pula.

Alhamdulillah juga hari ini daya fokus semakin meningkat.  Hampir 5 artikel siap dalam masa sekejap je. Tidak seperti sebelum-sebelum ini. Kena rehat la…ambil angin la…konon nak dapatkan idea. Detoks parasit yang berkesan dengan izinNya jua.

Oleh kerana dah tulis beberapa artikel, jadi celoteh hari ini pendek sudahlah !  Haha.

InsyaAllah bersambung esok…

 

December 19, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like