Pengalaman Detoks Parasit Day 10

Pengalaman Detoks Parasit Day 10

Sudah masuk hari yang ke 10. Yeay !

Lagi empat hari je nak habis detoks parasit. Tapi, sungguh! Tak terasa sangat pun berdetoks sebab makan nasi..haha. Makanan lain tak apa tak makan pun, nasi yang penting. Tak banyak pun tak apa. Asal makan. Perut nasi orang kata.

Ok menu hari ini .

Sarapan

  • Nasi Goreng  Tom Yam
  • Buah betik
  • Yogurt
  • Air putih

Lunch

  • Tak rasa lapar sangat. Memang tak masak sebab nasi goreng tadi ada lagi. So, makan sahajalah..haha.
  • Tambah buah dan yogurt.

Dinner

  • Buah-buahan ( epal, betik, oren)
  • Yogurt

Rasa macam best je buat kerja hari ni sebab, badan dah tak lemau. Ringan. Mengantuk pun dah tak ada.

Suami juga ada peningkatan stamina. Selalunya , kalau drive tak sampai sejam pun dia dah mengantuk sangat-sangat. Menguap tak payah cakaplah. Macam-macam gaya. Pasang lagu ke apa pun dah tak lut kalau mengantuk sangat. Last, tukar driver jua.

Boleh dikatakan kesan detoks kali ini banyak meningkatkan stamina, badan lebih ringan dan cergas untuk beraktiviti.

Kami tambahkan rutin harian pagi sebelum suami ke tempat kerja. Pagi-pagi selepas Solat Subuh, ambil masa 20 minit untuk sit up. Alhamdulillah sangat-sangat. Perut suami juga sudah hampir tidak kelihatan. Hehe.

5 perkara ini adalah wajib jika anda berdetoks untuk kesan yang lebih optimum.

  1. Pemakanan yang sihat
  2. Air yang cukup
  3. Senaman
  4. Suplemen sebagai booster
  5. Rehat yang cukup

InsyaAllah sekiranya detoks parasit dilakukan dengan disiplin, konsisten, banyak kesan yang baik akan anda rasai. Berat badan mudah turun. Percayalah! Lemak-lemak tepu yang melindungi organ daripada toksin akan berkurangan sekiranya kebanyakan toksin diangkut keluar melalui peluh, najis dan lain-lain. Fungsi suplemen untuk detoks adalah untuk membantu organ detoks melakukan detoks secara semulajadi.  Kenapa perlu suplemen? Sebab, adakalanya organ detok sudah kurang kemampuan berfungsi dengan baik disebabkan toxin overload !.

Apa kaitan parasit ini dengan toksin?

Parasit yang menghuni badan bukan setakat mencuri nutrien yang kita makan, tetapi juga melepaskan toksin ke dalam badan manusia. Setiap benda hidup kan berkumuh…begitu juga parasit.

Ok..setakat ini dahulu.

Untuk tahu lebih lanjut atau mahu detoks dengan saya, bolehlah hubungi :

December 18, 2016
Previous Post Next Post

2 Comments

  • Reply Ikhwan

    Saya selalu mengantuk walau tidur awal, mungkin badan ada banyak parasit.

    January 5, 2017 at 12:44 pm
    • Reply Hawa Hassan

      Boleh cuba detoks parasit yang mudah dan tidak menyeksakan. InsyaAllah lebih bertenaga selepas detoks.

      January 9, 2017 at 3:18 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like