Pengalaman Detoks Parasit Day 1

Kali kedua menjalankan detoks parasit , kami lebih bersedia dan tahu matlamat. Haha.

Kenapa perlu detoks parasit?

Pengalaman Detoks Parasit Day 1

Setelah berbincang itu ini, kami suami isteri nekad untuk detoks lagi pada bulan ini. Badan rasa lemas. Senaman kelaut semuanya. Bulan-bulan terakhir 2016 ni rasa malas nak bersenam. Alasannya tak boleh keluar jogging sebab hujan.

Badan dah mula menaikkan beratnya. Makan tak berhenti. Haha. Bayangkanlah, saya sendiri daripada underweight, setelah berkahwin beberapa tahun, dapatlah berat ideal. Dan…setelah Hari Raya Aidil Adha tempohari memang makan sedikit ehem…faham-fahamlah. Alasan, kena makan supaya boleh release stres menulis. Awal 2017 target nak hantar manuskrip. Cuba-cuba, mana tahu rezeki kan. Jadi, bila timbang barulah terkejut sakan. Masih ideal tapi sudah sipi-sipi mahu overweight ! Aiyya…tak boleh jadi ni. Lain-lain semua ok. Namun, dilema wanita yang paling utama adalah bila melihat mesin penmbang berat menunjukkan angka menaik. Resah gelisah dah tu.

Suami pula, sejak dari dulu lagi susah nak turun berat badan. Awal perkahwinan pinggang seluar 28 , sekarang alhamdulillah kemajuan yang pesat. Pinggang seluarnya sudah 33. Cukup-cukuplah berkembang pesat ya. Marilah kita beringat. Ya! Beliau bukanlah kategori kronik namun, keadaan hari ini, banyak penyakit yang melanda jika kita tidak beringat. Lebih baik beringat.

So, dengan harapan saya akan turun 6 kg dan suami 8 kg untuk mendapatkan berat badan ideal yang cantik molek cun serta dapat menyelesaikan masalah-masalah tertentu.

Ok. Nak tahu tak apa yang kami makan sepanjang detoks parasit dan apakah kesannya ?

Kiranya hari ini adalah menu pengenalan kasih sayang kami untuk parasit-parasit yang menghuni. Tak tahu jenis apa yang ada ni. Haha. Scray bila imagine kan?

Breakfast

  • Bihun goreng ( saya masukkan blackpepper, garlic yang banyak, daun bawang, telur dan kunyit sebagai pewarna since kami decide tidak mengambil sebarang makanan terproses sepanjang detoks. Kicap dan sos adalah makanan terproses ya.)
  • Lemon tea panas ( guna stevia bukan gula putih a.ka. refined sugar).

Lunch

  • Nasi putih
  • Sambal tempoyak pedas
  • Telur dadar
  • Sup sayur
  • Buah betik
  • Air putih

Dinner

  • Yogurt ( plain yogurt ) campur buah-buahan.

( Gambar menuku tidak sempat diambil…handpone hang, perut tak hang, jadi, perutlah jalan dulu ok!)

Amacam ? Ok je kan detoks macam ni.

Cuma….

No more krup krap krup krap….
No sugar
No roti
No processed food
No kek , pai dan seangkatannya
No mee, spaghetti dan adik beradik

Since kami memang orang Pantai Timur yang perut nasi, maka ‘ dok degih pun ‘ kalau tak makan benda lain asal nasinya ada.

Apakah yang terjadi sepanjang Day 1 Parasite Detox ni?

1. Hidung bau hapak sekali-sekala ( bau yang tak tahu di mana, tapi bukan disebabkan factor luaran macam sampah ke apa tapi bau yang kat dalaaaammmm tu. Entah. Tak reti nak cakap. Saya memang acapkali bersin di waktu pagi sejak akhir-akhir ini).
2. Perut kembung dan memulas-mulas kemudian kentut. Oppps!
3. Gatal tapak kaki dan tapak tangan sekali-sekala. Bila garu tak tahu nak garu macam mana. Gatal dalam daging orang tua-tua kampung saya kata. Hehe.
4. Gatal muka terutamanya bahagian hidung.
5. Miang seluruh badan.

Tak pasal-pasal dilute Basic H tambah perahan limau purut dan ektrak kasturi untuk hilangkan rasa miang badan dan gatal muka. Alhamdulillah tahanlah sikit.

Baru hari pertama. 13 hari lagi.

Esok update lagi. Sekian.

December 9, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like