Kisah Jatuh Bangun Pengasas Syarikat Makanan Tambahan Dr. Forrest C Shaklee

Asalnya Pesakit Tuberculosis Akhirnya Jadi Founder Syarikat Makanan Tambahan. Inilah kisah jatuh bangun pengasas syarikat makanan tambahan Dr. Forrest C Shaklee .

Dr. Forrest C Shaklee

Dr. Forrest C Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature®

Berpegang kepada prinsip di atas, Dr. Forrest C Shaklee telah mengasaskan produk suplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Produk-produk ini menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee dengan konsep “Mencipta Kehidupan Yang Lebih Baik”.

Sejarah Dr. Forrest Clell Shaklee

Dr. Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Iowa. Semasa beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidap penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun.

Hati ibu bapa mana yang sanggup melihat dan mendengar anak yang dikasihi hanya boleh hidup sehingga 8 tahun sahaja bukan?

Ibu dan ayahnya lalu mengambil keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi. Kawasan lombong arang batu pasti tidak sesuai untuk membesarkan anak mereka.

Zaman kanak-kanak, Dr C. Forrest Shaklee banyak dihabiskan dengan  berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.

Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner

Dr C. Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Beliau mempunyai keyakinan berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropractic care.

Minat yang mendalam mendorong Dr C. Forrest Shaklee mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Beliau sangat mengagumi Palmer, namun, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang mengatakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau yakin perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap bidang nutrisi semakin memuncak. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Rentetan daripada minat yang mendalam inilah, terhasilnya suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals”  pada tahun 1915. Beginilah berasalnya perkataan VITAMIN ( Vitalized Minerals ) . Pada asalnya, suplemen ini dalam bentuk cecair, namun kini melalui perubahan yang berteknologi , dijadikan pil yang dikenali sebagai Vitalea. Sudah 101 tahun umurnya.

Dr. Forrest C Shaklee

Langkah beliau tidak berhenti di situ. Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada chiropractors, malah osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

Kanser Menguji Dr C. Forrest Shaklee

Selain menguruskan pusat rawatan beliau, Dr C. Forrest Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari bidang baru pada masa itu, iaitu X-ray diagnosis di mana pada asa itu, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Ujian tiba pada tahun 1921, beliau mengalami sakit di bahagian pinggul kanan dan bahu kiri.

Oleh kerana bimbang akan masalahnya itu, Dr C. Forrest Shaklee beliau menemui seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Dr C. Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.

Ujian yang berat ini hampir menjadikan beliau buntu. Apa tidaknya, kerjaya beliau sebagai doktor muda baru meningkat naik, isteri pula sedang mengandungkan anaknya. Hidup pasti lebih susah sekiranya beliau dikudungkan.

Lalu, beliau memberitau isterinya , ““Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.” Beliau percaya pasti ada jalan secara semulajadi untuk sembuh.

Bermula episod Dr C. Forrest Shaklee melawan kanser secara semulajadi.

Dr C. Forrest Shaklee akhirnya menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang lebih banyak.

Awalnya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya pasti ada sinar sekiranya beliau terus berfikiran positif dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.

Keajaiban berlaku pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Peristiwa inilah yang menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Apabila sel-sel dalam badan sihat, cukup nutrisi, secara tidak langsung  berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.

Bermulanya episod bisnes makanan tambahan Dr C. Forrest Shaklee

Pada tahun 1924, Dr C. Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan (suplemen) yang dipakejkan bersama rawatan oleh beliau kepada pesakit.

Sedihnya, sekali lagi  Dr C. Forrest Shaklee diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”

Minat yang mendalam, Dr C. Forrest Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.

Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan ceramah umum dan mendapat dua ijazah kehormat iaitu Profesor of Chiropractic dan Doctor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar subjek Biochemistry di California Chiropractic College.

Beliau akhirnya bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan serta kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1947, beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).

Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid buku tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri ceramah beliau dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.

Wujudnya Shaklee Corporation

Penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Dr C. Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentingan nutrisi dan makanan tambahan. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.

Dr. Forrest C Shaklee

Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, di negara Amerika, mereka percaya bahawa negara Amerika adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepentingan suplemen Dr C. Forrest Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.” Keadaan ini akan berterusan sehingga ramai yang akan tahu.

Pelbagai kajian dibuat, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk makanan tambahan atau suplemen yang menjadi fenomena sejak sekian lama. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr C. Forrest Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.

“Siapa yang berusaha pasti akan berjaya.” Itu sahaja yang mampu saya ungkapkan. Pelbagai ujian yang dilalui dan akhirnya membuahkan hasil. Ilmu nutrisi ini sangatlah luas, makin digali makin seronok kerana melibatkan alam semulajadi. Saya sendiri memulakan healthy  lifestyle pada tahun 2015  ( penghujung tahun ) dan mengamalkan suplemen ( setelah percaya dengan Shaklee) , sebab saya bukanlah orang yang mudah percaya dengan produk. Namun, apa yang terjadi, perubahan kesihatan kepada kami sekeluarga memang sangat baik. Trying is believing. Ianya dikukuhkan dengan landmark study yang dibuat oleh Shaklee.

Dr. Forrest C Shaklee

January 12, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like