Idea Pejabat Dalam Taman Untuk Mak-Mak Bekerja Dari Rumah 2017

Bismillah…Idea Pejabat Dalam Taman Untuk Mak-Mak Bekerja Dari Rumah 2017.

Haaa…menarik bukan ? Pejabat ni sangatlah penting bagi mereka yang menjalankan perniagaan atau bekerja dari rumah. Peralatan dan keperluan yang digunakan untuk menjalankan kerja tersebut diletakkan setempat, ada meja yang proper untuk buat kerja, rak-rak untuk menyusun fail dengan baik dan sebagainya. Kan seronok !

Ini ideanya. Saya memang bercita-cita untuk ada pejabat seperti ini. Dalam taman gittew. tapi, tak nak jauh dari rumah. Sebelah rumah bersambung dengan dapur pun tak apa. Senang nak makan ! Haha. Macamlah ada orang nak tolong masakkan. Masak sendiri juga nanti…

InsyaAllah…pejabat impian saya bakal tercapai.

Di sinilah saya akan menjalankan bisnes Shaklee saya, menulis buku saya, membantu ibu-ibu bermasalah dengan Tasneem Nature, menjana income jutaan, puluh jutaan , billion an, 2.6 billion an….uhuks! Yang membolehkan saya capai impian saya…hehe…Allah ! Sangat seronok. Impian apa? Biarlah rahsia. Paling penting impian kita itu biarlah menghala ke sana. Akhirat. Okey !

Pejabat Dalam Taman

 

SOHO

SOHO, Pejabat di rumah

 

SOHO, pejabat dalm taman

Cukuplah 4 gambar tu. Amacam? Terbayang kalau mak-mak anak kecil ada office macam ni sebelah rumah, anak-anak ikut sekaki masuk office. So, keadaannya sama sahajalah..Haha. Dalam rumah ke , luar rumah ke, dalam taman ke….ujiannya tetap sama. Apapun, tekad yang jitu mesti ada, di mana pun kita bekerja, buatlah bersungguh-sungguh.

Idea pejabat idaman korang macam mana ? Cuba kongsi. Hehe.

Terima kasih kerana membaca.

 

 

January 3, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like