Elak Sakit Kronik Dengan Cipta Suasana Pejabat Yang Sihat

Elak Sakit Kronik Dengan Cipta Suasana Pejabat Seperti Ini

Bagi mereka yang berkerjaya, pejabat kadang-kadang menjadi tempat yang paling lama dihuni berbanding rumah sendiri. Tuntutan kerja kadang sukar dijangka.

Tempoh yang lama di pejabat seringkali mengundang penyakit seperti :

  • Obesiti

Tekanan. Kecenderungan untuk menikmati snek ringan sepanjang tempoh waktu bekerja dan kurangnya aktiviti fizikal mampu mengakibatkan seseorang itu menjadi obes. Kegemukan atau obes ini pula akan mengakibatkan serangan beberapa penyakit kronik jika dibiarkan berlarutan.

  • Serangan jantung

Menurut pengkaji di British mendapati bahawa individu yang menghabiskan masa di pejabat 10 hingga 11 jam akan meningkatkan serangan jantung sebanyak 67%. Tekanan, jarang bersenam dan gaya pemakanan yang kurang sihat menjadikan mereka yang terlibat lebih mudah diserang masalah jantung.

  • Kanser kolon

Individu yang bekerja lpan jam sehari selama 10 tahun dan kebanyakan masanya adalah di atas kerusi akan meningkatkan risiko mendapat kanser kolon. Jadi, berikan masa tubuh untuk bergerak atau melakukan aktiviti ringan seperti berjalan atau mendaki turun naik tangga pejabat dan sebagainya.

Apa nak buat dengan suasana di pejabat atau ruang kerja anda ?

  • Kerusi yang argonomik

Kerusi yang sesuai amatlah perlu. Pastikan selesa, boleh dilaras ketinggiannya. Ketika duduk, kaki mesti mencecah lantai dan bahagian belakang tubuh anda lurus tegak. Kedudukan tangan pula mestilah 90 darjah ketika menaip.

  • Tumbuhan hijau menghiasi meja

Tumbuhan hijau mampu mengurangkan ketegangan mata dan memberikan kesegaran segera. Rehatkan mata setiap 30 minit fokus pada skrin.

  • Pencahayaan yang tepat

Penggunaan lampu ‘full spectrum tubes’ mampu memberikan anda ruang kerja yang lebih baik kerana cahayanya bersifat semulajadi dan bukan seperti lampu kalimantang yang lain yang mampu menyakitkan mata untuk tempoh masa yang lama.

  • Harumkan ruang kerja dengan aromaterapi

Boleh gunakan diffuser dan letakkan essential oils yang sesuai seperti lavender. Segar dan boleh mengurangkan stress. Cari yang teraphutic grade. Paling best jika digabungkan rose, ylang-ylang, lemon, oren, bergamot. InsyaAllah mampu meningkatkan fokus dan mengurangkan tekanan.

  • Ada iringan muzik

Kadang-kadang alunan muzik boleh membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja. Bukan pasang lagu kuat-kuat ya, pilihlah yang sesuai dan tidak mengganggu orang lain.

smart office

SOHO idaman..haha..

elegant office

Happy je nak datang kerja kalau office macam ni kan?

Kalau dah memang office saya kecil dan padat bersemak dengan barang dan pekerja macam mana ?

Ushakanlah untuk buat gotong-royong sekali sebulan misalnya agar ada mood baru. Dan, usah fokus buat kerja terlalu lama di depan komputer. Setiap 2 jam mungkin boleh bangun dan buat regangan, tarik nafas dan buatlah apa-apa yang  boleh mengurangkan stres dalam masa 5 minit .

Ini lebih bagus untuk otak yang lebih fresh dan fokus selepas 5 minit tersebut.

Semoga bermanfaat.

 

February 20, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like