DTX Complex Bantu Kekalkan Kesihatan Organ Hati

DTX Complex Bantu Kekalkan Kesihatan Organ Hati

Pertama kali saya buat LFT ( Liver Function Test ) adalah semasa demam denggi 2 tahun lepas. Keputusannya sangat membimbangkan. Sedih usah cakap. Risau hati rosak. Kesan virus yang disebarkan oleh Sang Nyamuk itu berimpak besar kepada hati saya.

Ujian fungsi hati (LFT, Liver Function Test) yang meliputi enzim hati, merupakan ujian darah makmal biokimia klinikal yang direka untuk memberikan maklumat tentang keadaan hati pesakit. Kebanyakan penyakit hati menimbulkan gejala pada awalnya hanya ringan, tetapi ianya sangat penting sekiranya penyakit ini dikesan secara awal. Hati dikaitkan dalam beberapa penyakit merupakan organ yang amat penting. Ujian ini dilakukan pada serum pesakit atau sampel plasma yang diperoleh secara proses pengambilan darah.

Alanine transaminase (ALT). Enzim ditemui terutama dalam sel hati. Ia juga dikenali sebagai Serum Glutamic Pyruvate Transaminase (SGPT) atau Alanine aminotransferase (ALAT) merupakan sejenis enzim yang hadir di dalam hepatosit(sel hati). Kerosakan sel hati boleh menyebabkan enzim ini terbebas ke dalam darah di mana ianya akan dikesan dengan LFT. Peningkatan enzim ini secara mendadak di dalam darah menunjukkan kerosakan hati akut seperti ‘viral hepatitis’.ALT membantu tubuh dalam metabolisme protein. Biasanya, tahap ALT dalam darah rendah. Bila hati rosak, ALT dilepaskan dalam aliran darah dan meningkatkan kandungannya.
Julat normal adalah diantara 0 – 41 U/L .

Aspartate transaminase (AST). Juga dkenali sebagai serum glutamat oksaloasetat transaminase (SGOT) atau aspartate aminotransferase (ASAT) merupakan enzim yang serupa seperti ALT yang berkaitan ‘parenchymal cell’ hati. Kandungan enzim ini yang meningkat secara mendadak di dalam darah menunjukkan terdapatnya kerosakan hati. Namun, ianya berbeza dengan ALT dimana enzim AST ini juga terdapat dalam sel darah merah, otot jantung dan rangka, oleh itu ianya tidak boleh dikatakan berada di hati sahaja. Nilai yang didapati daripada ujian enzim ALT dan AST kadangkala berguna bagi menentukan punca kerosakan hati. AST juga merupakan enzim yang berperanan dalam metabolisma alanin, asid amino. AST dijumpai dalam kepekatan tinggi dalam sel hati. Peningkatan paras SGOT/AST dapat menunjukkan kerosakan hati atau penyakit.
Julat normal AST adalah di antara 10 – 35 U/L.
Alkaline Phosphatasee (ALP) adalah enzim dalam hati dan saluran hempedu, serta beberapa rangkaian lain. Lebih tinggi dari tahap normal ALP dapat menunjukkan kerosakan pada hati atau penyakit lain.
Julat normal bagi kehadiran enzim ini di dalam darah adalah 20 hingga 140 IU/L.

Albumin dan Total Protein. Paras albumin – protein dihasilkan oleh hati – menunjukkan keberkesanan fungsi hati untuk menghasilkan protein yang diperlukan oleh tubuh untuk melawan jangkitan dan melakukan fungsi-fungsi yang lain. Lebih rendah daripada tahap normal boleh menunjukkan kerosakan hati atau penyakit.

Bilirubin. Bilirubin hasil dari pemusnahan / pemecahan sel darah merah. Biasanya, bilirubin melintasi hati dan dikumuhkan dalam najis. Peningkatan paras bilirubin (jaundice) dapat menunjukkan kerosakan hati atau penyakit.

Ujian-ujian lain yang boleh digunakan untuk menilai fungsi hati termasuk:
• Gamma-glutamyltransferase (GGT). Ujian ini mengukur paras GGT enzim dalam darah. Lebih tinggi dari tahap normal boleh menunjukkan kerosakan hati atau saluran hempedu.
• L-laktat dehidrogenase (LDH). LDH adalah enzim yang dijumpai dalam tubuh, termasuk hati. Peningkatan kadar LDH dapat menunjukkan kerosakan hati.
• Prothrombin masa (PT). Ujian ini mengukur masa pembekuan plasma. PT Peningkatan juga dapat menunjukkan kerosakan hati.
Ujian fungsi hati dilakukan kerana:

• Untuk mengesan jangkitan hati, seperti hepatitis
• Untuk memantau perkembangan penyakit seperti hepatitis virus atau alkohol dan menentukan kesan rawatan yang dilakukan.
• Untuk mengukur tahap sesuatu penyakit, terutama sirosis
• Untuk memantau kemungkinan kesan-kesan sampingan dari ubat tertentu
credit to : http://mylab2u.blogspot.my

Saya punya keputusan ketika itu adalah…ALT =112 , AST = 176….Allah!..Ujian. Doktor kata kemungkinan sebab virus tu. Tambahan pula ketika itu, saya period. Doktor sangat risau dengan platlet makin turun dan result LFT macam ni. Saya buat-buat rileks. Think positive. InsyaAllah tak ada apa-apa.

Kita tahu bahawa hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai ‘pusat industri pemprosesan’. Hati adalah organ unik yang mampu membina dirinya sendiri. Oleh itu organ hati boleh didermakan sebahagiannya, kerana ia mampu memperbaiki dan membina organnya semula.

Antara fungsi hati adalah:

• Merembeskan cecair hempedu untuk pencernaan lemak
• Bertindak sebagai ‘penapis’ dan ejen detoksifikasi.
• Mengawal paras gula dalam darah.
• Penting untuk metabolisma lemak.

Namun begitu, dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran dan serangan dari pelbagai ancaman, hati kita terpaksa ‘kerja lebih masa’.Bukan saja ia terpaksa melaksanakan tugas-tugas ‘wajib’ bagi hati, malah memerlukan lebih masa untuk membaikpulih dirinya sendiri.

Tanda-tanda dan gejala penyakit hati termasuk:

• Kulit dan mata yang kelihatan kekuningan (jaundis)
• Sakit perut dan bengkak
• Bengkak di kaki dan pergelangan kaki
• Kulit gatal
• Warna air kencing gelap
• Warna najis pucat, atau najis berdarah atau tar berwarna
• Keletihan yang kronik
• Loya atau muntah-muntah
• Hilang selera makan

Jangkitan Parasit dan virus juga boleh menjangkiti hati, menyebabkan keradangan dan dapat mengurangkan fungsi hati. Virus yang menyebabkan kerosakan hati boleh merebak melalui darah atau air mani, makanan atau air yang tercemar, atau hubungan yang rapat dengan orang yang dijangkiti. Jenis-jenis yang paling biasa jangkitan hati adalah virus hepatitis, termasuk:

• Hepatitis A
• Hepatitis B
• Hepatitis C

Hati juga memerlukan makanan selain perlu detoks untuk baik pulih fungsinya. Saya amalkan NUTRIFERON semasa dan selepas denggi serta Shaklee DTX Complex untuk pulihkan fungsi hati. Alhamdulillah…alhamdulillah..sihat sehingga hari ini dengan izin Allah. Keputusan LFT lebih kurang sebulan lebih selepas itu juga normal. Nikmat yang tidak terhitung.

Shaklee DTX Complex mengandungi bahan-bahan terbaik untuk menjaga kesihatan hati.

Ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle seed) – melindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.

Artichoke – membina semula sel hati dan merangsang pengaliran hempedu

Dandelion – merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit

Kunyit – mengandungi curcumin yakni sejenis antioksidan dan mengurangkan kesakitan & keradangan

Reishi mushroom (Ling Zhi) – membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung

Schizandra – merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin

Saya yakin setiap penyakit ada ubatnya.. Ikhtiar, doa,letakkan keyakinan sepenuhnya kepada Allah.
DTX Complex mempunyai formulasi yang dipatenkan. Hanya yang terbaik dari Shaklee.
Dapatkan DTX hari ini untuk membantu hati anda menjalankan fungsi terbaik!

“Trying Is Believing”

Semoga bermanfaat. Wallahu a’lam.

March 12, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like