Diet Rendah Purin Untuk Pesakit Gout Yang Perlu Anda Tahu

Diet Rendah Purin Untuk Pesakit Gout Yang Perlu Anda Tahu

Pesakit gout harus memilih diet yang betul supaya penyakitnya tidak bertambah parah.

Apakah itu gout ?

  • Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

 

Bagaimana gout boleh terjadi?

  • Makanan yang mengandungi purin akan dimetabolismakan kepada asid urik.
    Gangguan metabolisma purin akan menyebabkan asid urik berlebihan dalam darah                           ‘hyperuricemia’.
  • Pengumpulan asid urik berlebihan tidak dapat dikumuhkan secara normal akan terkumpul di dalam badan menyebabkan batu karang dan gout.
  • Aras asid urik normal dalam darah (plasma) ialah 142-339 µmol/l.
  • Diet rendah purin disyorkan untuk mengawal beban asid urik yang sudah tinggi. Saranan pengambilan purin rendah ialah 100-150mg/hari.

 

Apakah tanda-tanda penyakit  Gout ?

  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
    Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

 

Apakah komplikasi Gout ?

  1. Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’.
  2. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  3. Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes

 

Bolehkah Gout sembuh ?

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Sebagai panduan, bolehlah menggunakan jadual kandungan purin ini untuk mengetahui jenis makanan yang sesuai diambil dan mengawal tahap pengambilan purin anda dalam makanan seharian.

gout, vivix shaklee

vivix shaklee

Bagaimana mengawal asid urik ?

  • Kawal berat badan dan sekiranya berat badan berlebihan, turunkan berat badan secara beransur-ansur kepada berat badan ideal.
  • Minum banyak air kosong 2-3 sehari untuk menggalakkan perkumuhan asid urik yang termendap dan mengelakkan pembentukan batu karang asid urik.
  • Kurangkan pengambilan lemak. Lemak yang tinggi dlam badan akan menghalang pembuangan asid urik berlebihan melalui air kencing.
  • Hadkan atau elakkan minuman beralkohol. Pengambilan alkohol berlebihan boleh menggalakkan peningkatan asid urik dalam darah.
  • Ambil makanan berprotein secara sederhana.
  • Buat pemeriksaan berkala 3 bulan sekali untuk memantau tahap asid urik anda.

Dengan mengatur diet yang sihat serta seimbang, sebenarnya banyak penyakit yang kita boleh elakkan . Betul kan? Jom amalkan diet seimbang dan sihat.

Semoga bermanfaat untuk semua. Salam Jumaat !

Sumber rujukan : 

Unit Kaunseling Diet & Pemakanan (HSNZ), Terengganu.

February 10, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like