Comel Atau Obes ? 12 Tip Elak Anak ‘Dijangkiti’ Masalah Obesiti

Masalah obesiti di Malaysia semakin membimbangkan. Kita bukan sahaja mengungguli seantero Asia Tenggara, malahan kanak-kanak kita juga menghadapi masalah yang sama,obes. Menurut Astro Awani yang sumbernya daripada Laporan Serantau mengenai Jaminan Zat Makanan di ASEAN, lebih 7% kanak-kanak berusia bawah lima tahun di Malaysia dikenal pasti mempunyai berat badan berlebihan manakala 8% lagi mengalami kekurangan zat makanan akut. Laporan itu juga menyatakan hampir seorang daripada setiap lima kanak-kanak di Malaysia terbantut atau terlalu rendah bagi usia mereka dan trend itu semakin meningkat di beberapa negara anggota ASEAN seperti Indonesia, Filipina dan Thailand. 11 Tip Elak Anak ‘Dijangkiti’ Masalah Obesiti  ini mungkin boleh membantu ibu bapa menangani dan mengelakkan anak-anak obes.

Tidak dapat dinafikan, ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap pemakanan anak-anak. Cara , gaya dan pola pemakanan mereka adalah daripada didikan ibu bapa. Ibulah orang pertama yang memainkan peranan penting dalam hal ini.

Apakah faktor obesiti di kalangan kanak-kanak ?

Antara faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai penyumbang kepada masalah ini termasuklah:

  • gaya hidup
  • pengaruh rakan sebaya
  • pemilihan pemakanan
  • genetik
  • kekurangan kesedaran tentang obesiti di kalangan kanak-kanak oleh penjaganya

Kebiasaannya, jika kedua ibubapa dan penjaga bekerja sepenuh masa, kekangan masa dalam pemilihan dan penyediaan makanan yang sihat kepada anak-anak juga berlaku.

Pilihan pelbagai jenis rangkaian makanan segera yang menawarkan makanan yang boleh dimakan dengan cepat dan mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi tetapi bernutrisi rendah , menyebabkan mereka yang obes terjebak ke dalam perangkap pemakanan tidak sihat ini dengan lebih mudah.

Kanak-kanak di kawasan bandar terutamanya, juga kurang mengamalkan gaya hidup lebih aktif seperti berjalan ke sekolah, bermain kejar-kejar, bermain kasut roda dan menunggang basikal berbanding dengan menonton televisyen, bermain dengan tablet dan ‘PlayStation’.

Satu kajian menunjukkan bahawa jika kedua ibu bapa obes, terdapat 70% peluang untuk anak-anak mereka juga menjadi obes. Jika hanya ibu adalah obes, kebarangkaliannya adalah 50%. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai berat badan yang normal, masih terdapat peluang sebanyak 10% untuk kanak-kanak untuk menjadi obesiti. Sebelum kita menyalahkan gen kita, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa ia bukan disebabkan oleh DNA sahaja, tetapi juga pemerhatian dan kelakuan dipelajari oleh kaum keluarga.

Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk cegah masalah ini? 

Kata kuncinya adalah, ubah gaya hidup anda. Ibu sihat. Ayah sihat. Anak-anak juga tidak obes.

12 Tip Elak Anak ‘Dijangkiti’ Masalah Obesiti :
  1. Membuat pemilihan makanan yang sihat , tinggi kandungan nutrisi yang diperlukan.
  2. Sedari awal, penyusuan badan dapat melindungi obesiti pada tahun-tahun akan datang
  3. Galakkan kanak-kanak untuk memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin
  4. Pilih ikan, ayam, daging tanpa lemak dan pejal sebagai sumber protein
  5. Hadkan pengambilan lemak tepu, minuman manis dan lain-lain manisan
  6. Pilih penyediaan makanan sihat iaitu mengukus, memanggang, membakar berbanding dengan menggoreng
  7. Berikan bahagian makanan yang bersesuaian dan jangan memaksa mereka untuk makan sekiranya mereka telah kenyang (kebiasaannya,kanak-kanak tahu apabila mereka telah pun kenyang).
  8. Galakkan mereka untuk minum banyak air suam
  9. Galakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal sederhana berat sekurang-kurangnya 30 minit sehari melalui permainan seperti bermain kejar-kejar, menunggang basikal ataupun lompat-tali.
  10. Kurangkan masa yang dihabiskan di hadapan TV televisyen, bermain permainan atau melayari web untuk tidak lebih daripada 2 jam sehari.
  11. Ibubapa boleh memperkasakan diri secara pro-aktif dengan mencari lebih informasi tentang gaya hidup sihat melalui buku-buku atau tulisan-maya dan disediakan oleh sumber-sumber yang telus.
  12. Mula mengamalkan pemakanan sihat sejak dari kehamilan atau sebelum kehamilan.

Masalah anak tidak suka makan sayur dan buah atau terlampau memilih makanan ? Apakah yang perlu ibu bapa buat untuk cukupkan nutrisi anak-anak?

Sogokkan dengan fast food setiap hari ?

Biar mereka makan kek, aiskrim, manisan-manisan, gula-gula, jajan (junk food) ?

Beri makanan yang mereka suka biarpun tinggi lemak, gula, garam, asalkan mereka kenyang ?

Tak apalah, asal makan. Nanti lapar.

Nope ! Tolonglah sayangi anak-anak kita. Jangan asbab kita, ibu bapa lalai alpa dan buat tak tahu nutrisi anak-anak, mereka tumbuh menjadi anak yang mengalami obesiti, diabetes , darah tinggi dan masalah jantung akibat pemakanan sejak kecil. Bagaimana mereka mahu mendepani hari-hari seterusnya dalam keadaan begini? Sedih bukan?

Tulisan seterusnya penulis tujukan untuk para ibu. Kenapa ibu ? Kerana ianya lebih sinonim dengan tugas, aktiviti dan tindakan insan bernama ibu.

Apakah tindakan ibu untuk menangani masalah anak obes, anak tidak suka makan makanan sihat seperti sayur dan sebagainya ?

  • Revamp our kitchen. Dalam erti kata lain, bukan ‘renovate’ fizikal dapur itu, akan tetapi, cubalah sedaya upaya menggantikan makanan, bahan-bahan masakan di dapur kita dengan yang lebih sihat. Elakkan makanan segera dan perisa makanan. ( Say No to MSG !).
  • Be creative ! Buatlah apa sahaja untuk anak makan makanan sihat terutamanya sayur dan buah-buahan.
  • Ubah cara memasak. Jika selama ini lebih garam dan gula, suka menggoreng, kurangkan. Mula-mula mungkin rasa kurang sedap, namun, apabila jadi kebiasaan, TRUST ME ! Sedap akan kita fikir No.2, sihat No. 1. Dan, perlu ingat, makanan sihat sebenarnya boleh sahaja diolah menjadi lebih sedap !
  • Sediakan snek sihat untuk keluarga.
  • Tambah ilmu tentang pemakanan sihat. Banyak kelas offline mahupun online. Tanya pakar juga boleh.
  • Bekalkan suplemen yang betul untuk seisi keluarga untuk cukupkan nutrisi yang kurang dan lompong. Ada yang kita tidak mampu untuk dapatkan dari diet harian. Tip Memilih Suplemen Yang Betul, Selamat dan Berkesan.

Alternatif untuk cukupkan nutrisi anak-anak dan juga membantu mengelakkan obesiti di kalangan kanak-kanak:

Set Kanak-Kanak Shaklee

Meal Shake

  • Mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan : Penting untuk tumbesaran yang sihat.
  • Meal Shake  kaya dengan protein : Ia membantu dalam pembinaan sel- sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain -lain lagi.
  • Membantu tumbesaran: Ia mengandungi asid folik, biotin yang kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses tumbesaran.
  • Anti oksidan: Meal shakes mengandungi vitamin A, C, E, Zinc, selenium yang bertindak sebagai anti oksida yang melawan jangkitan kuman dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan Seri wajah : Mengandungi vitamin B yang lenbgkap, zat besi dan copper yang membina sel darah merah dan memberikan wajah yang cantik.
  • Detoksifikasi : Kaya dengan serat larut yang membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Rasa Yang Lazat : Mudah untuk diambil oleh dewasa dan kanak- kanak.

Vita-Lea for Kids

  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
  • Membekalkan kalsium untuk tulang, otak dan gigi
  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
  • Lengkap dengan vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
  • Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
  • Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan
  • Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik
  • Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
  • Rasa yang sedap dan memang digemari kanak-kanak

Omega Guard

  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak (DHA, EPA).
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Lecithin

  • Lecithin adalah lipid yang terdiri daripada kolina dan inositol. Kolina adalah nutrien penting yang dapat membantu fungsi normal sel-sel badan, metabolisma hati, otak dan fungsi saraf serta membantu mengangkut nutrien melalui badan. Inositol atau lebih dikenali sebagai Vitamin Bh adalah bahan asas membran sel dan diperlukan untuk fungsi yang betul bagi saraf, otak dan otot dalam badan serta membantu sel-sel berkomunikasi antara satu sama lain supaya badan berfungsi dengan baik dan memberikan tahap kesihatan yang bagus.
  • Acetilkolina dalam lecithin adalah makanan untuk otak ( untuk ingatan yang lebih baik ).

Chewable Vita C

  • Tingkatkan sistem imun untuk lebih kebal melawan penyakit.

Kesimpulannya, menangani masalah obesiti di kalangan kanak-kanak mestilah bermula dari rumah. Peranan ibu bapa sangat penting dalam menentukan gaya hidup anak sejak dari kecil lagi…

Semoga bermanfaat ya. Jom mommies, kita lakukan yang terbaik untuk anak-anak demi masa hadapan mereka.

pertanyaan-pembelian-produk-crop

November 14, 2016
Previous Post Next Post

2 Comments

  • Reply Ilham

    kalau melihat anak gemuk memang menggemaskan, tapi kalau sudah berlebihan bisa bisa menjadi sumber penyakit

    November 29, 2016 at 10:07 pm
    • Reply Hawa Hassan

      Betul. Montel tak salah, jangan obes..perlu diperhatikan corak pemakanan mereka.

      January 9, 2017 at 3:20 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like