Cara Turunkan Berat Badan Lebih Cepat Dengan Detoks

Alhamdulillah, selesai misi Detox Shaklee Way untuk batch yang kedua. Siapa kata detoks ikat perut? Makan tidak sedap atau  tidak makan atau makan yang sedikit? Hehe. Ada peserta detoks yang berjaya menyelesaikan masalah mereka dan sekaligus berjaya menurunkan berat badan yang sukar diturunkan selama ini. Bahkan ada yang mengamalkan pelbagai produk detoks , produk kurus di pasaran, namun hasilnya tidak seperti yang dikehendaki. Cara turunkan berat badan degil lebih cepat dengan detoks Shaklee Way sudah terbukti berkesan ! Saya sendiri berjaya turunkan 1 Kg dengan program detoks Shaklee ini.Walaupun berat badan sudah ideal, ada beberapa perkara yang ingin dicapai KPInya seperti  kurangkan letih-letih badan, mudah mengantuk dan jerawat-jerawat pasir yang tumbuh tanpa kebenaran!

Kebiasaannya, ingin turunkan berat badan orang kita panggil diet. Betul kan? Jom kita lihat apa perbezaan diet tradisional dan detoks.

diet vs detoks, diet, cara detoks

Nampak bukan? Berdiet secara tradisional boleh menyebabkan berat yo-yo. Bila-bila masa berat boleh kembali ke asal.

Kesimpulannya, kombinasi detoks dan eat clean diet adalah antara cara terbaik, mudah dan cepat untuk menyelesaikan pelbagai masalah termasuk susah menurunkan berat badan.

Baca :

  • Eat clean diet – pola pemakanan yang betul, bahan makanan yang tidak mengandungi pengawet, pewarna , perisa sintetik serta sebaiknya organik tanpa GMO dan dimasak dengan cara yang betul untuk mengekalkan nutriennya. (Reno, Tosca. (2007). The Eat-Clean Diet. Robert Kennedy Publishing. ISBN 1-55210-038-3.)
  • Detox (detoks) – proses membantu organ-organ detoks mengeluarkan bahan-bahan tidak perlu daripada badan termasuklah toksin.

Kenapa perlunya melakukan proses detoksifikasi (detoks)?

Jawapannya adalah untuk membuang segala toksin dalam badan untuk :

1. Lebih bertenaga

Badan yang banyak toksin cenderung terasa lemah, tidak bermaya, cepat mengantuk, tidak bertenaga.

2. Pemikiran yang lebih jelas

Hati-hati jika kita memiliki pemikiran yang sentiasa ‘blur’ , tidak jelas, tidak mampu fokus dengan kerja yang dibuat, rasa malas dan penat berfikir.

3. Nafas yang lebih segar

Nafas yang berbau kurang enak walaupun sudah menggosok gigi berkali-kali adalah tanda ada yang tidak kena dalam sistem badan kita. Rasa rendah diri bukan jika nafas berbau bila bercakap dengan orang?

4. Penghadaman yang sihat

Sering kembung, makanan tidak hadam, sembelit juga tanda-tanda banyak toksin dalam badan.

5. Kulit yang cantik berseri

Masalah jerawat, kulit kusam, tona kulit tidak sekata juga petanda banyak toksin dalam badan.

6. Badan sihat dan cergas

Badan yang lemah dan tidak bermaya, mudah jatuh sakit, tidak kebal terhadap sebarang serangan penyakit boleh jadi akibat pengumpulan toksin yang banyak dalam badan.

7. Menurunkan berat badan dengan lebih mudah.

 Ada orang bertanya , dari mana datangnya toksin dalam badan ?

Jawapannya adalah dari makanan dan persekitaran.

1. Pencemaran udara

Udara zaman kita hari ini tidak sama dengan udara di zaman datuk nenek kita dahulu. Betul bukan ? Asap kenderaan, pelepasan bahan kimia ke udara dari kilang-kilang. Mereka yang tinggal di kawasan perindustrian lebih banyak terdedah dengan pencemaran ini. Begitu juga di bandar-bandar berbanding kampung.

2. Pencemaran air

Air kita sudah ‘improve‘ banyak dari zaman dahulu kerana sudah ada sistem rawatan air yang sistematik, namun air berklorin juga tidak sihat untuk diminum. Banyak jenis penapis air yang wujud di pasaran. Namun sejauh manakah sebenarnya ianya berkesan untuk menapis air terutamanya logam-logam berat seperti raksa, plumbum. Sungai kita juga tercemar.

3. Racun serangga dan baja tanaman

Tanaman yang mahu dikomersialkan kebanyakannya sangat tinggi penggunaan racun serangganya untuk mengelakkan tanaman itu rosak. Begitu juga penggunaan baja yang bukan organik. Kedua-duanya akan memberi kesan yang tidak baik (toksik) kepada sayuran dan buahan yang kita makan setiap hari. Jadi persoalannya , selamatkah makanan kita?

4. Makanan tidak sihat

Makanan seperti ‘ fast food‘ seringkali menjadi alternatif disebabkan kesibukan kita walaupun kita tahu ianya tidak sihat, tinggi kandungan lemak tepu, garam mahupun gula. Terdapat juga yang suka makan ‘junk food‘ yang tinggi perisa, pewarna , pengawet dan sebagainya. Dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan timbunan toksin dalam badan jika tidak dibuang dengan cara yang betul.

Begitu juga pemilihan makanan harian kita yang jarang atau jauh dari skala diet seimbang dan sihat. Rata-rata rakyat Malaysia memilih makan untuk kenyang dan sedap. Bukan setiap hari ‘aware‘ dengan pemakanan sihat. Keadaan ini menyumbang kepada badan yang semakin hari semakin terbeban dengan toksik dan lemak terkumpul.

5. Gaya hidup yang tidak sihat

Rata-rata mereka yang bekerja, keluar awal pagi dan balik lebih kurang jam 7.00 malam. Desakan ekonomi memaksa kita untuk bertindak demikian. Bebanan dan tekanan kerja tidak perlu diungkapkan lagi. Semua orang tahu. Tekanan juga menyebabkan kesihatan terjejas. Ditambah pula jarang melakukan senaman setiap hari. Biasanya hujung minggu barulah ada masa untuk bersenam. Betul kan?

12 simptom toksin yang banyak di dalam badan :

  1. Berat badan bertambah-tambah, obesiti
  2. Sembelit
  3. Kulit kusam dan berjerawat
  4. Tekanan
  5. Selalu letih
  6. Susah tidur
  7. Mudah jatuh sakit
  8. Penyerapan nutrien berkurangan (makan pelbagai jenis produk, vitamin tetapi tiada kesan).
  9. Fokus jangkamasa pendek
  10. Keinginan makan bertambah-tambah (food craving).
  11. Hidung terlalu sensitif dengan bau tertentu yang boleh menyebabkan terbersin ( contohnya minyak wangi).
  12. Sakit-sakit otot atau lenguh-lenguh sendi.

Apakah organ- organ yang menyingkirkan toksin dari badan ?

Sistem penyingkiran semulajadi yang Allah ciptakan untuk badan kita yang berfungsi untuk menapis toksin keluar dari badan dan meneutralkannya. Complete Allah ciptakan seorang manusia. Namun, kita yang kurang bersyukur dan tidak menjaganya dengan baik bukan?

  • Kolon ( mengeluarkan najis, toksin, parasit dan bakteria)

colon, colon detox, detoks usus

  • Buah pinggang (menapis kotoran dalam darah)

kidney, buah pinggang, detoks

  • Hati ( menapis racun dan bakteria dalam darah)

detoks, detox, detox hati

  • Peparu (mengeluarkan gas seperti karbon dioksida)

detoks peparu, peparu

  • Limfa (mengeluarkan toksin daripada sel badan)

sistem limfa

  • Kulit ( mengeluarkan toksin berlebihan melalui peluh dan liang roma)

struktur kulit , kulit manusia, detoks

Adakah badan kita akan terus-menerus dimasuki toksin ?

Organ-organ ‘detox‘ di atas pada mulanya dapat menjalankan tugasnya dengan amat baik. Namun demikian, toksin yang masuk ke dalam badan kita daripada makanan , persekitaran yang terlalu banyak menyebabkan ianya menjadi beban kepada organ tersebut.

Jadi,lama kelamaan, fungsi yang tergendala itu menyebabkan toksin tidak boleh dikeluarkan dan terus-menerus akan berkumpul di dalam badan. Secara tidak langsung boleh merosakkan organ tersebut juga untuk jangka masa yang panjang.

Hal inilah yang menyebabkan ianya keluar sebagai jerawat di permukaan kulit, sembelit, sukar bernafas, dan kesan yang tidak baik kepada organ detoks tadi.

10 syarat detoks untuk proses detoks yang berkesan :

1.Udara yang bersih – cuba elakkan tempat-tempat yang udaranya kotor atau pakai PPE (personal protective equipment) dengan betul jika kerjaya anda memerlukan anda berada di tempat-tempat yang udaranya tidak bersih. (Kes suami sendiri..=))

2.Air yang bersih – minum air bersih, sebaiknya yang ditapis. Pastikan air yang diminum mencukupi.

air yang mencukupi

3. Fikiran yang positif – wajib tahu kenapa mahu detoks? Ingin kurus? Ingin selesaikan masalah-masalah tertentu?. Faktor ini menyebabkan proses akan berlaku dengan istiqamah. Ingat ! Hari ini mula detoks, esok bukannya boleh terus hilang masalah. Perlu istiqamah.

4. Cegah kemasukan toksin – elakkan makanan yang tinggi pengawet, pewarna, makanan segera, makanan terproses, tinggi knadungan gula putih, garam dan lain-lain daripada persekitaran serta gaya hidup.

5. Rawat – bekalkan badan dengan nutrisi ( vitamin dan mineral)  yang mencukupi untuk badan (terutamanya organ detoks ) untuk bekerja dengan baik.

6. Ubah tabiat makan – cuba elakkan makan cepat,makan terlalu kerap,makan banyak,makan berat selepas 8 malam dan makan disebabkan emosi.

7. Tingkatkan keupayaan sel dengan bersenam – Tidak boleh mengelat ! Formula detoks tanpa perlu bersenam perlu difikirkan semula kerana dengan cara bersenam, sel-sel, tisu-tisu , organ-organ dan sistem badan diaktifkan semula.

8. Rehatkan sistem badan – selalu berpuasa ( boleh amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis bagi Muslim).

9. Teman detoks – cari teman-teman yang mahu berdetoks bersama supaya lebih bersemangat jika dilakukan secara berkumpulan.

10. Pantauan detoks – sebaiknya program detoks yang dibuat ada panduan dan ada yang memantau supaya lebih disiplin.

Saya membantu kumpulan peserta detoks Shaklee di bawah kelolaan saya dari A-Z dan memastikan detoks yang dibuat berjaya dan ada kesannya. Mereka mesti menghantar report setiap hari. Ada juga yang minta saya guide secara persendirian, bukan berkumpulan.

Apakah makanan yang boleh membantu organ detoks berfungsi dengan optimum?

10 sumber makanan semulajadi ini boleh membantu mengoptimumkan fungsi sistem penyingkiran badan yang sudah lemah :

  1. Daun Senna – sebagai julap semula jadi untuk kesihatan usus.
  2. Peppermintmeredakan ketidakselesaan perut dan usus, penghadaman,merangsang penghasilan saliva dan jus penghadaman.
  3. Polifenol– terdapat dalam buahan dan sayuran, sumber antioksida dan anti radang yang bermanfaat mengurangkn risiko masalah jantung , penuaan dan kencing manis serta baik untuk baikpulih sel.
  4. Alfalfa – mengandungi 300 jenis nutrien untuk membantu menormalkan pH , detoks darah ,anti radang, dan menyokong sistem penghadaman.
  5. Arthicoke – tinggi kandungan asid folik, vitamin c dan vitamin K , ianya merangsang pengeluaran cecair hempedu yang normal.
  6. Kunyit – anti radang dan anti bakteria, melindungi hati daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas.
  7. Milk Thistle Extractmelindungi hati daripada toksin, termasuk bahan kimia, dadah, ubatan dan bahan kimia; merawat masalah hati, mencegah batu karang serta membantu dalam masalah kulit.
  8. Cendawan Reishi-membina imuniti, mengurangkan kelesuan, mengurangkan masalah resdung.
  9. Dandelion-merendahkan paras gula dalam darah, membantu fungsi hati, membantu dalam masalah sembelit.
  10. Schizandra Chenensis-merangsang sintesis protein, memperlahankan pembentukan toksin.

Apakah suplemen Shaklee yang kami amalkan untuk detoks ?

detox,detoks, detox shaklee, detoks shaklee

  • DTX Complex -mengandungi milk thirstle extract, dandelion, cendawan reishi dan Schizandra Chenensis  sangat membantu fungsi hati.
  • Herblax -membantu fungsi usus
  • Peppermint Ginger Plus – melegakan sistem penghadaman sepanjang detoks
  • Alfalfa Complex – membantu detoks darah dan membantu penghadaman yang baik
  • VIVIX – mengandungi polifenol, bahan antioksida yang tingi untuk membantu merawat sel dan mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas.

Jika saya ingin menurunkan berat badan, berkesankah detoks cara ini ?

Buang apa yang tidak perlu dari dalam badan. Makan apa yang perlu bukan yang mahu serta ikuti guideline yang akan diberikan. InsyaAllah, kesannya positif . Anda yang menentukan pilihan terbaik. Mahu detoks atau diet yo-yo ? Atau mahu cuba-cuba detoks sendiri sahaja yang tidak diketahui kesannya.

Berikut adalah di antara testimoni peserta detoks yang saya guide dari A – Z. Alhamdulillah, saya tumpang gembira atas kejayaan mereka. Betapa seronoknya apabila mereka boleh menurunkan berat badan secara alami, dan menyelesaikan masalah-masalah kesihatan mereka.

testimoni detoks, set detoks shaklee

Testimoni ‘fresh‘.Baru sahaja selesai misi detoks bersama mereka. Alhamdulillah.

set detoks shaklee,detoks,cara detox

Another group yang berjaya. Sukanya hati saya kan? Mudah-mudahan mereka sekeluarga terus mengamalkan pemakanan sihat selepas detoks. Persediaan hari tua yang lebih indah,sihat, cergas, cerdas hingga ke akhir usia bukan?.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan guideline, Set Detoks Shaklee, atau personal coaching untuk memulakan detoks yang berkesan?

pertanyaan-pembelian-produk-crop

Apakah yang anda dapat sekiranya membeli Set Detox Shaklee dari kami ?

  1. Free postage & Free membership Shaklee seumur hidup.
  2. Jimat RM 253.80
  3. Guideline A-Z cara memulakan detoks
  4. Personal coaching atau berkumpulan sehingga berjaya
  5. Group detoks yang eksklusif
  6. Konsultasi eksklusif hanya untuk anda
  7. Panduan lengkap menu sepanjang program detoks (pdf)
  8. Ebook 27 Tip Detoks Berkesan
  9. Ebook 10 Menu Salad Yang Best!
  10. Ebook 20 Jus Detoks
  11. Perancangan Menu Detoks (Pdf)
  12. Buku Rekod Detoks (Pdf)

Psst…. mungkin ada satu lagi persoalan yang bermain di fikiran bukan?

Selamatkah detoks dengan cara ini ?

Ya. Terbukti selamat berdasarkan kajian.

detox, shaklee

Bacaaan lanjut bolehlah ke SINI.

InsyaAllah pelaburan yang memberikan  pulangan yang berbaloi untuk kesihatan anda sepanjang hayat. Ramai yang sudah merasai kesannya termasuk kami sendiri.

Usah segan jika ada pertanyaan, boleh hubungi nombor atau email yang tertera.

Semoga bermanfaat.

With love ,

Hawa Hassan

October 5, 2016
Previous Post Next Post

6 Comments

  • Reply OYONG ILHAM

    boleh la dicoba ni produknya
    OYONG ILHAM recently posted…Sudah Benarkah Sholat Kita ??????? (Bag. Pertama)My Profile

    October 13, 2016 at 9:22 pm
  • Reply KiD

    clean detox yang tak menahan tu. hehehe
    KiD recently posted…Owlery Cafe Tampilkan Menu Hidangan Menggegar JiwaMy Profile

    October 11, 2016 at 7:57 am
    • Reply Hawa Hassan

      Ok je sebenarnya, tak adelah makan sayur je, western semua ada. Boleh try tu nanti. Hehe.

      October 13, 2016 at 8:30 am
  • Reply Farah Alina

    Wah sharing yang sangat bermanfaat! Tak sabar rasanya nak detox! 🙂

    October 8, 2016 at 12:00 pm
    • Reply Hawa Hassan

      Tunggu lepas pantang dulu ye! Hehe…

      October 9, 2016 at 11:05 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like