Cara Tulis Impian Tahun 2017 Guna Inner Power

Cara Tulis Impian Tahun 2017 Guna Inner Power

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Selamat datang 2017 ! Mudah-mudahan membawa seribu kebaikan kepada kita semua.

Dah tulis semua impian nak capai di tahun baru 2017 ni ?

Belum terlambat rasanya untuk saya berkongsi dengan semua tentang bagaimana menulis impian tahun 2017 guna inner power khas untuk mereka yang belum menulis impiannya atau yang sudah menulisnya. Kenapa nak kena tulis ? Supaya boleh tengok setiap hari, ingat, visualize dan buat perancangan macam mana nak capai. Bukan hanya berlegar-legar di minda, tersepak batu, Eh! lupa lak mak..Haaaa. gitu. Lepas tu timbul impian baru nak beli handbag LV pula. Sampai ke sudah tak fokus nak capai apa.

Cara Tulis Impian 2017 Guna Inner Power

Inner power tu apa ya? Senang cerita, tenaga dalaman. Supaya impian yang ditulis itu meresap masuk ke dalam jiwa, minda separa sedar dan seterusnya membuahkan tindakan ke arah mencapai impian tersebut.

Apa yang perlu anda ada? 

  1. Buku cantik ( tak kisah buku macam mana, Planner 2017 yang dibeli atau buku lain. Jangan guna buku 555 tu aje, kecik sangat !)
  2. Pen 3 warna ( ikut suka la nak warna apa ).
  3. Jiwa yang tenang.
  4. Suasana yang tenang

Ok. Saya kongsikan step tulis impian 2017 guna inner power.

STEP 1  – Sedekahkan Al-Fatihah kepada diri sendiri (roh kita).

Pernah sedekah  Al- Fatihah untuk diri sendiri? Kalau belum, cuba buat step ini dan akan tahu apa rasanya.

  1. Tarik nafas perlahan-lahan dengan tenang, tahan dan hembus perlahan-lahan. (Buat 3 kali).
  2. Letak tangan di dada kiri bahagian jantung. Niat sedekahkan Al-Fatihah untuk roh kita. Cakap ” Wahai (xxxx-nama sendiri) aku sedekahkan Al-Fatihah untuk kau.”
  3. Baca Al-Fatihah dan hayati maknanya dengan tenang. (3 kali ).
  4. Cakap pada diri kita (roh kita ) ” Aku sayang kamu sangat-sangat.Maafkan aku, aku tak pernah sedekahkah Al-Fatihah padamu sebelum ini. Aku hanya pentingkan makanan jasad sahaja, sedang engkau kelaparan. Nazak. Maafkan aku. Aku sayang kamu. Kau tolong aku untuk aku capai impian aku 2017 . Aku mahu bahagia kan anak-anak aku. bahagiakan suami aku.. aku mahu bahagiakan mak ayah aku…kemudian self talk dengan diri sendiri..”.

STEP 2 – Pernafasan dan Istighfar

  1. Buat pernafasan tadi ( tarik nafas dengan perut dikembungkan) tahan nafas, baca istighfar dalam hati, hayati maknanya, bayangkan lafaz istighfar itu menjalar di segenap inci aliran darah kita dari kepala hingga hujung jari kaki. Doa betul-betul, mohon ampun betul-betul, berharap sungguh-sungguh Allah ampunkan dosa noda yang jasad kita buat selama ini. Seterusnya hembuskan nafas melalui mulut.
  2. Buat 3 kali.

 

STEP 3 – Pernafasan dan  Bismillah

  1. Buat pernafasan tadi ( tarik nafas dengan perut dikembungkan) tahan nafas, baca Bismillah dalam hati, hayati maknanya, bayangkan lafaz Bismillah itu menjalar di segenap inci aliran darah kita dari kepala hingga hujung jari kaki. Allahuakbar ! Selama ini kita hidup dengan kasih – sayang , sifat Rahman dan RahimNya, tapi berapa saat sehari kita mengingatiNya ?. Seterusnya hembuskan nafas melalui mulut.
  2. Buat 3 kali.

STEP  4 – Pernafasan dan lafaz ALLAH

  1. Buat pernafasan tadi ( tarik nafas dengan perut dikembungkan) tahan nafas, sebut dalam hati ALLAHHHHHH, bayangkan lafaz ALLAH itu menjalar di segenap inci aliran darah kita dari kepala hingga hujung jari kaki.
  2. Rasakah satu cahaya masuk. – park di hati…. Tangan kanan letakkan di dada.. rasakan dengup jantung..Allahuakbar !
  3. Hembus nafas – sebut ALLAHHHHHHHH
  4. Buat 3 kali.

 

STEP 5 – Baca Al- Fatihah

Letak tangan kanan di dada kiri,  bacalah Al- Fatihah dan hayati maknanya 1 kali.

 

STEP 6 – MENULIS IMPIAN 

Pilih impian yang benar-benar kita mahu capai 2017.  Tidak terlalu banyak impian supaya kita boleh fokus. 5, 6, 7 impian sudah memadai bergantung kepada diri masing-masing.

Cara Tulis Impian 2017 Guna Inner Power

Contoh lebih kurang begini.

Impian saya 2017 (guna pen warna lain).

  1. Income 20 K sebulan bermula Mac 2017
  2. Hadiahkan untuk bonda 1 dinar emas setiap bulan mula Jan 2017
  3. Sedekah RM 500 sebulan ke tabung Aman Palestin mula Feb 2017
  4. Bawa keluarga bercuti di Pulau Jeju, Korea November 2017.
  5. Hafal Juzu’ 29 ( tasmi’ 1 disember 2017).

(guna pen warna lain).

Kemudian tulis dan FEEL…

Terima Kasih Ya ALLah
Terima Kasih Ya Allah
Terima Kasih ya Allah

(guna pen warna lain)

Letak pen.

Baca satu-persatu  impian tadi dengan kuat  ( lafaz mulut ) biar telinga dengar dan hati dapat merasakannya.

Kemudian kena FEEL kita dah dapat semua impian tersebut.

Visualize ( bayangkan ) semua dah dapat – FEEL it Feel It…

Ambil buku tadi , letak di dada. Buku itu ada ENERGY.

Doa pada Allah. Semoga semua yang kita tulis tadi dimakbulkanNya.

Apa yang perlu dibuat dengan buku yang dah tulis impian itu ?

1. Kena tengok impian yang ditulis setiap hari. WAJIB sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

Mahu kesan lebih luar biasa ?

Buat STEP 1-5  7 kali sehari..

1. Selepas bangun tidur (boleh juga semasa solat malam ).
2. Selepas 5 solat fardhu
3. Sebelum tidur.

VISUALIZE ( BAYANGKAN ) impian yang kita tulis tadi telah dicapai.

Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk semua. Saya doakan impian anda semua tercapai. Jangan lupa target 2017 untuk jadi hamba Allah yang lebih baik dalam semua aspek.

Kredit ilmu kepada Cikgu Roy Fazil ( INTENSIF KUASA BAYANGAN) dan Pn Haridah Sahri.

Selamat beramal semua ya !

All the best !

January 1, 2017
Previous Post Next Post

3 Comments

  • Reply Desa

    Terima kasih atas perkongsian info. Saya ambil yang haq sahaja lain tiada. Dulu kini dan selamanya.

    February 25, 2017 at 3:41 am
  • Reply ringantangan

    Moga tercapai azam 2017.

    January 1, 2017 at 6:46 pm
  • Reply As

    Terima kasih Hawa.
    As recently posted…3 Sebab Mengapa Perlu “Follow Up” PelangganMy Profile

    January 1, 2017 at 6:27 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge