Cara Paling Mudah Buang Angin Dalam Badan

Cara Paling Mudah Buang Angin Dalam Badan

Pernah atau tidak mengalami ‘angin’ satu badan?. Allah! Memang siksa rasanya.

Pengalaman saya sendiri mengalaminya memang menangis. Sampai satu tahap, badan rasa berat,setiap sendi rasa sakit,kepala jadi ‘ting tong’, mulalah angin ‘kus-kus’ yang lain itu menjelma. Rasa malas nak buat sebarang kerja. Tidur pun salah, bangun pun salah,makan dan minum pun lagi salah. Semuanya salah tingkah. Selalunya suami akan gelakkan saya smapai tergolek-golek bila saya tidur dalam keadaan sujud untuk menahan rasa tidak selesa pada seluruh badan terutamanya dalam perut. Buatlah macam mana sekali pun, angin degil tak mahu keluar. Sedih kan?

Saya pun tak tahu dari mana datangnya angin. Jadual makan diikuti dengan disiplin, makanan berangin pun saya elakkan, cuma adelah kadang-kadang termakan sayuran atau buah-buahan bersifat sejuk. Tapi, memang angin yang teruk selalu berlaku.

“Banyak telan angin kot..haha. Tak pun saya banyak cakap,tu yang masuk angin sokmo.”

Memang kalau nak kata ada penyakit-penyakit yang menjadikan perut selalu kembung seperti sistem penghadaman yang tidak baik, gastrik dan lain-lain. Puas sudah saya ‘check up ‘ di hospital. Isu angin je.

” Awak makanlah makanan yang tak berangin, banyak lagi makanan tak berangin yang Allah cipta.”
-Dr Ibrahim, Klinik Homeopati Ikhtiar, Kuala Terengganu.

“Perut awak dah macam tong gas.Haha.”
-Dr X, Klinik Hijrah,Chukai Kemaman

Masukkan halia dan air ke dalam periuk dan masak sehingga air mendidih lama,agak-agak tinggal 5 gelas. Sejukkan. Boleh minum bila-bila masa. Seeloknya tidak minum ketika perut kosong.
Alhamdulillah, sangat membantu dan kesannya agak cepat. Rasa ringan je badan bila angin dah keluar.Lagi sedap bila ditambah perahan lemon dan dimasukkan juga daun stevia. Manis, masam,pedas. Air tiga rasa! Bukan ikan je tiga rasa.

Cuma, ianya bermasalah bagi saya bila ‘travel’. Nak masak di mana air halia tu? Hihi…

Alternatif bagi saya, memang saya akan ambil Peppermint-Ginger Plus. Lagi bagus sebenarnya sebab ada 4 bahan utama yang boleh membantu merawat masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

PUDINA
• Melegakan otot perut , ia mempunyai kesan penenang.
• Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat.
• Membantu melegakan kesakitan gastrik,pedih ulu hati dan cirit-birit.
• Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan selepas kemoterapi.
• Merangsang mengeluarkan peluh.
HALIA
• Merangsang rembesan enzim Saliva untuk pencernaan makanan.
• Membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid,loya,dan mual angin ketika mengandung dan selepas melahirkan anak.

POKOK ADAS
• Membantu menghilangkan kembung perut.
• Melegakan sakit perut.
• Melegakan gejala flu.
• Membantu masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS
• Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
• Merangsang perembesan jus gastrik untuk pencernaan.
• Memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut.
• Melegakan haba di musim panas dan lembab.

Amaran keras!
Dilarang makan ketika ingin menghadiri ‘red carpet’ dan sebagainya demi menjaga kesopanan dan keayuan sejagat berdasarkan pengalaman saya.Haha…

March 3, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like