Biar Cantik Dari Dalam Daripada Hati Rosak Akibat Skincare Beracun

Biar Cantik Dari Dalam Daripada Hati Rosak Akibat Skincare Beracun

Wanita dan kecantikan tak boleh berpisah. Sekarang ni, lelaki pun dah macam sama naik je kan? Hehe. Maklumlah, Lee Min Ho and the gang semuanya nampak peloles. Hm…plastic surgery pun tak tahulah. Tapi, nak ceritanya bab cantik gebu gebas.

Hari ni nak share makanan yang dikatakan boleh mencantikkan wajah dari dalam. Tak perlu nak tempek alas bedak 5 inci atau pakai skincare yang memutihkan dalam masa sekejap je tapi berbahaya.

15 makanan ini boleh mencantikkan kulit jika diamalkan secara secara istiqamah :

  1. Buah-buahan sitrus yang mengandungi Vitamin C yang bertindak membantu kolagen kulit dan hasilnya, kulit yang mulus lagi gebu.
  2. Yogurt tanpa lemak yang kaya dengan kalsium untuk tulang dan gigi dan mengandungi protein untuk sel-sel kulit. Ia juga kaya bakteria baik untuk sistem penghadaman.
  3. Kranberi, bluberi,strawberi, elderberi . Adikberadik beri ini kaya dengan vitamin dan antioksidan semulajadi untuk bantu cegah radikal bebas dari bertindak merosakkan sel kulit.
  4. Keju boleh menghalang bakteria di dalam mulut dan menghalang kaviti. Tapi, hati-hati, usah makan berlebihan, impak kurang baik terhadap diet jika diambil berlebihan.
  5. Lobak merah kaya beta carotene, bukan hanya untuk mata, tetapi untuk membantu mengelakkan penuaan.
  6. Bawang putih bukan sekadar perencah masakan namun, mampu berkesan menghalang kedutan dan meremajakan tisu-tisu kulit.
  7. Cuka epal menjadikan kulit lebih lembut. Ianya boleh membuang sel kulit mati dengan mudah. Boleh ditambah dalam skrub DIY.
  8. Tomato sangat mesra dengan kulit, kaya dengan Vitamin C , Vitamin A dan potasium.
  9. Ubi keledek ada Vitamin A yang bersifat anti-kedutan.
  10. Germa gandum mampu membantu mengatasi masalah jerawat dengan pantas dan berkesan.
  11. Sayur-sayuran adalah wajib untuk dapatkan vitamin dan mineral supaya sel-sel badan dapat nutrien yang cukup.
  12. Daging sebagai sumber protein. Namun, usah makan berlebihan ya..makan juga prrotein dari sumber lain seperti ikan.
  13. Buah-buahan pelbagai jenis untuk vitamin dan mineral.
  14. Sumber tenusu. Susu kambing contohnya, sangat bagus diamalkan untuk kulit yang cantik.
  15. Lemak baik seperti Asid Lemak Omega 3 dan Omega 6 sangat bagus untuk dimakan bersama untuk kulit yang gebu dan mulus.

Wow ! Kalau dapat diamalkan kesemua jenis makanan ini setiap hari, pasti kulit wajah dan tubuh badan impian dapat dicapai dengan mudah.Masalah terbesar bagi saya sendiri adalah, kadang-kadang tak termakan dan tak sempat nak beli stok. Dah habis stok makanan , tak jadilah nk istiqamahnya. Haha.. Inilah antara sebabnya saya tambah pelengkap diet harian yang lompong dengan suplemen. Suplemen apa yang nak kekal kulit cantik ? Nak kulit macam retis kan…Paling kurang macam Neelofa kan..haruslah..Haha.

Ini yang diamalkan :

  • Energizing Soy Protein
  • B- Complex
  • Sustained Release Vita-C Plus
  • Vitamin E Complex
  • Vita Lea
  • GLA Complex
  • Omega Guard

Lagi bagus jika ditambah :

  • VIVIX Shaklee
  • Shaklee Collagen Powder

Untuk luaran pula , bolehlah menggunakan NutriWhite Shaklee atau Enfuselle Shaklee. Set basic pun sudah memadai. Kenapa ? Dalam dah cantik, tak perlu nak cover kulit tak sekata la, jerawat la, parutla kan…Set skincare Shaklee bebas kimia berbahaya ya. Insya Allah saya akan share sedikit masa lagi.Memang best gunakannya. Kulit saya sangatlah sensitif terhadap bahan kimia. Suatu ketika dulu, memang try macam-macam, orang lain cantik gebu gebas, katanya produk tak ada bahan kimia, saya pakai terus naik gatal-gatal atau bengkak muka atau jadi bertompok gatal macam eczema tu. Sah ! Ada bahan kimia yang tidak ditulis pada produk. Tak mau cerita jenama apa. Tapi,memang tak berdaya dah nak try bukan-bukan. Bila kenal Shaklee, kesedaran lebih tinggi, no more try try…rosak hati kang !..

Kenapa perlu pilih skincare ?

Pastikan selamat. Organik. Tiada bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit bahkan hati.

skincare beracun

So, berhati-hatilah ye. Jangan kerana nak kulit putih melepak, hati pula yang rosak.

Sihatkan dalaman.

Gunakan produk bebas kimia atau organik untuk luaran.

January 20, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like