Belajar Cara Ibu Ini Buat 9 Tabung Sehingga Boleh Pergi Umrah Dan Bawa Anak Ke Universal Studio Singapore

Belajar Cara Ibu Ini Buat 9 Tabung Sehingga Boleh Pergi Umrah Dan Bawa Anak Ke Universal Studio Singapore

Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ini rasa nak share sesuatu yang semua orang perlukan. Selalunya cerita tentang kesihatan je kan.  Post Puan Wani  (Norazwani Shaari)  sudah lama, namun masih relevan untuk dijadikan panduan. Mudah-mudahan bermanfaat untuk saya dan pembaca sekalian. Saya suka cara beliau menguruskan kewangan. Saya share dengan izin beliau.

Cara menabung, Puan Wani

Puan Wani

Alhamdulillah, hampir ke penghujung 2015 yg penuh pahit manis. Tahun yang agak mencabar dengan kenaikan kos sara hidup dan kemelut kewangan. Tiada cara lainuntuk mengatasinya, hanya 2 cara iaitu:

1. Menambahkan pendapatan
2. Mengurangkan perbelanjaan

Disclaimer:
Yang saya kongsikan disini hanyalah cara tabungan seorang marhein amatur ya. Jika anda ada idea tabungan lain yg lebih menarik, boleh kongsikan diruangan komen. Sharing is caring gitu 😀

Bismillah…

Ini tabungan fizikal saya sepanjang 2015… Setiap tabung ada fungsi masing².. Setakat ni, Alhamdulillah berjaya disiplinkn diri dan tak tergoda utk seleweng duit tabung, walopun x berdosa pun seleweng tabung sendiri.. Mari berdisiplin menabung… Menabung amalan mulia

cara menabung

 

1.TABUNG KECEMASAN

cara menabung

Jumlah Tabungan:
RM300 setiap bulan.

Tempoh Matang:
Setiap bulan, bila² masa memerlukan.

Contoh Penggunaan:
Rawatan perubatan anak di klinik.. Since kami suami isteri ni civil servant, tiada klinik swasta yg nak bg rawatan percuma, terpaksa la wujudkan tabungan khas… Kalau dlm bln tersebut, duit ada baki, just carry forward utk next month..

Utk mereka yg mmg dah ada klinik panel, boleh guna tabungan ni untuk situasi lain… Contohnya, tetiba bateri kereta kong ke, nk kena tukar tayar ke.. Definisi cemas tu sndr berbeza bg setiap keluarga, kan? smile emoticon

2016:
Tabung ini akan dikekalkn dgn jumlah yg sama (masih juga share 50:50 dgn suami). Penambahbaikannya, nak simpan semua resit yg nk claim guna tabung ni, so bleh tau apa, berapa, bila yg cemas benoo tu

 

2.TABUNG PERCUTIAN

cara menabung

Jumlah Tabungan:
RM200 setiap bulan.

Tempoh Matang:
Cuti sekolah pertengahan penggal atau cuti sekolah akhir tahun.

Contoh Penggunaan:
Tahun ni, Abg Hadif berzikir nk gi Legoland.. Kalau sesaja nk pergi tanpa bajet, azab jugak kot.. Tiket mahal, minyak, tol, hotel, mkn minum etc… Jadinya dr awal tahun dah set nk g Legoland hujung thn nanti, dengan syarat Abg Hadif kena habiskan Iqra 3 dan Bacalah Anakku 6..

Bulan Okt yg lps, Abg Hadif berjaya habiskan Iqra 3,tp kurang lancar pada hukum ‘nun mati’ dan ‘sabdu’maka kita repeat blk sepanjang awal cuti sekolah… Kat kedai mkn sementara menanti order pun baca Iqra jugak…

Hasilnya dpt la g Legoland beberapa hari lps.. Selepas tolak duit beli tiket masuk Legoland, short vacay di Bukit Tinggi n check in hotel kat Terengganu, ada baki dalam 1.5k lagi utk 2 malam stay kat hotel, minyak, tol, makan minum dan belanja2 lain…

Seronok ada tabungan ni.. Selain untuk reward kejayaan anak, dapat juga reward diri sendiri yang penat bekerja.. Gini je la marhein reward diri.. Takde la smpai gi London, Ostolia bagai .

Dah ada tabung ni, berenti makan pun, order je apa nak… Kat restoran ikan bakar pun, order segala jenis seafood tanpa ragu2 sbb tau ada tabung nak bayarkan… Makan kat restoran dalam Legoland yg serba mahal tu pun, boleh la mkn tanpa susah hati… Syok sebab tak kacau duit simpanan tabung haji or gaji bulanan…

Tahun2 sblm ni, pernah guna tabungan ni utk ke Melaka, Morib Gold Coast, USS Singapore etc… Dekat2 je pun bercutinya .

2016:
Tabungan ini dikekalkn dgn jumlah yg sama dan pencarum yg sama 50:50 husband n wife… Baki 2015 ada lg RM179… grin emoticon

P/s: semua org mampu bercuti… Berapa nk contribute monthly bergantung bajet masing².. Paling tidak, if simpan sorang rm25 pun, sebulan husb-wife dah ada rm50, setahun dah ada rm600… Ok la tu kan.

 

3.TABUNG ABANG & ADIK

cara menabung

Jumlah Tabungan:
Tidak tetap.. Mengikut berapa jumlah yg disedekahkan oleh saudara mara dan rakan taulan.

Tempoh Matang:
Setiap kali selepas musim perayaan. Biasanya setahun sekali, lps habis Syawal akn bank in duit ni ke Tabung Haji… Kalau sblm Syawal dah byk terkumpul, akn belikn emas for both kids.

Contoh Penggunaan:
Bukan untuk digunakan sewenang²nya.. Ini wang milik anak².. Ibubapa hanya pemegang amanah.. Boleh digunakan untuk tujuan pendidikan anak² shj… Jgn dok guna buat tukar sport rim plak.

Utk abg dan adik, seawal usia 2bln, mereka dah ada tabungan sendiri di Tabung Haji dan akaun emas di Kuwait Finance House.. Sumber dana utk 2 tabung ini, selain sedekah org ramai, dicarumkan juga RM25 seorang setiap bln melalui potongan gaji terus ke akaun Tabung Haji…

Duit adik setakat ni belum terusik… Duit abg ada dh guna 2k masa g umrah n few hundreds utk cover yuran tahunan tadikanya yg mencecah 1.8k tu…

2016:
Tabung masih dikekalkan.. Actually, saya byk follow arwah abah bab pengurusan kwgn ni.. Abah dulu gaji kecik je, ank 7org.. Tapi ttp buat potongan gaji rm5 setiap ank terus masuk ke TH.. Duit² raya plk masuk akaun BSN.. Masa form 1 dok kat asrama, abah bgpegang buku BSN sndr utk kegunaan jika perlu.. Bila masuk metrik plak, dpt pegang buku akaun TH sndr..
RM5 yg abah simpan bulan² tu, menghasilkan lebih dari 1k jugak masa saya di metrik.. TQ abah.

 

4.TABUNG TONE EXCEL

cara menabung

Jumlah Tabungan:
Tidak tetap. Mengikut jumlah komisyen diberikan.

Tempoh Matang:
Erkk.. Belum tetapkn tempoh matang.. Tabung baru bermula Mac 15.

Contoh Penggunaan:
Belum pernah digunakan. Cadangan asal nk reward diri beli apa² yg disukai tapi rasa mcm membazir pulak.. InsyAllah akn digunakn sbg modal awal pelaburan ke mana² unit trust yg patuh syariah.

Komisyen tone excel adalah pendapatan pasif saya. Bila topup, dpt komisyen.. Rekemen pd kawan², dpt komisyen lg… Kawan² topup fon pun kita dpt komisyen… Nilai sen² tu bila dikumpul byk jugak rupanya grin emoticon

Saya tak gunakn duit ni sbb mmg anggap duit ni x wujud… Apa tak nya, berbelas tahun guna meksis, sekupang pun x dpt apa… Hihihi.

 

5. TABUNG SYILING

cara menabung

Jumlah Tabungan:
Tidak tetap. Mengikut jumlah lebihan syiling yg ada.

Tempoh Matang:
Serentak dgn tempoh matang Tabung Abg Adik… Akan bank in sekali di Tabung Haji..

Contoh Penggunaan:
Sama seperti kegunaan tabung abg adik..

 

6. TABUNG BISNES

cara menabung

Jumlah Tabungan:
Modal maksima hanya RM1.2k..

Tempoh Matang:
Sekiranya melebihi 1.2k, akn di bank in ke akaun bisnes di bank.

Contoh Penggunaan:
Belian barang niaga dan terimaan hasil jualan secara cash..

Sedikit info, saya mulakan bisnes dgn modal RM0.. Berniaga secara dropship shj.. Ada org order brg dan bayar duit, baru saya placed order pada supplier.. Mmg tak berani langsung nk keluarkn modal sndiri.. Nk buat loan utk modal bisnes lagi laaa tak mungkin… Jadinya simpan la sikit² duit untung berniaga.. Untung dua ringgit pun simpan jugak… Alhamdulillah,
hasilnya dah mampu borong barang niaga, ada stok sndr dan ada ejen dropship sndr… Modal utk borong barang
semuanya hasil keuntungan seringgit dua yg disimpan berdikit² tu…

Berniagalah sekalipun engkau telah kaya.

 

7. TABUNG UMRAH / KERETA

cara menabung

Jumlah Tabungan:
Tidak tetap. Mengikut jumlah lebihan gaji yg ada. Ok, klu nk diikutkan mmg takkan ada lebihnya gaji klu kita belanja sblm menabung.. Disiplinkn diri menabung sblm belanja..

Kenaikan gaji tahunan TANPA penambahan tanggungan adalah WAJIB disimpan. Contohnya gini, Julai 2015
saya dpt kenaikan gaji tahunan RM225.. Tiada penambahan tanggungan bermaksud tiada baby baru atau
hutang baru ketika itu.. Jadinya RM200 wajib simpan.. Selain tu, saya main kutu sekolah RM300 sebulan Jan-
Okt, jadinya lebihan 300 pada Nov dan Dis wajib disimpan juga..

Tempoh Matang:
Akan di bank-in ke Tabung Haji jika mencapai 1k..

Contoh Penggunaan:
Sehingga Feb 2015, Alhamdulillah tabungan mencukupi utk kami sekeluarga ke tanah suci, maka bermula Mac. 2015 target adalah utk settledkn loan kereta yg masih berbaki puluhan ribu (pitam sat)

 

8. TABUNG PENALTI

cara menabung

Jumlah Tabungan:
Bergantung kpd kutipan. RM5 penalti jika menggunakan smart phone pada family prime time (6pm to 10pm)

Tempoh Matang:
Ntah la bila nk matang.. Kutipan tak memberangsangkn sbb byk ngelat.

Contoh Penggunaan:
Ada pun sikit.. Tak gamak nk guna..

2016:

Tabung dikekalkan. Penalti di tambah, selain penalti 2015, RM5 turut dicaj sekiranya menggunakan gajet di meja makan.. Saya personally mmg rasa bersalah kat anak²… Pergi keje seawal pagi, blk sekitar jam 2.30pm.. Uruskn bisnes, pos brg, layan kastemer.. Ptg dah penat… Uruskan kerja² dirumah pulak (tu pun husband bykkk bantu).. Bila ank blk dr tadika, dah penat nk layan depa.. Bila penat, mula la nk marah…
Kesian anak².. Moga² 2016 ini, segala khilaf dpt dibaiki.. Saya berazam nk gunakn masa 6-10pm sebaik mungkin utk ank² tanpa gangguan gajet.. Saya mengaku kecanggihan teknologi dan kos sara hidup yg tinggi sememangnya telah menarik masa² emas yg sepatutnya diluangkn dgn anak² .

 

9. TABUNG MATA WANG ASING

cara menabung

Jumlah Tabungan:
2-3 keping je setiap mata wang.

Tempoh Matang:
Tiada tempoh matang.. Untuk kenang²an shj..

Contoh Penggunaan:
Bkn utk digunakan .

Menarik bukan ?

Setiap orang ada cara masing-masing  dalam menguruskan kewangan keluarga. Tak kisah bagaimana berdasarkan ilmu dan keperluan serta matlamat yang nak dicapai oleh keluarga tersebut.

Paling penting adalah DISIPLIN. Jangan sibuk nak korek tabung ! Haha.

Dah tak cukup duit macam mana ?

Usahalah , cari paip-paip income yang lain. Biar ada 1, 2, 3, 4, 5 ‘paip income’ selain gaji hakiki kalau yang bekerja. Sekarang dah ramai buat macam ni kan..

Okay. Sekian perkongsian. Jemput juga baca artikel ini :

6 Tabung Ini Sangat Membantu Di Saat Ekonomi Nazak

 

February 14, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like