Bebola Protein Lemon Chia Bersalut Kelapa Untuk Minum Petang

Minum petang yang indah. Tapi mahu jaga ‘body’. Aha! Bebola Protein Lemon Chia Bersalut Kelapa adalah idea minum petang atau makan malam yang simple tetapi sangat mengenyangkan. Boleh dibuat untuk makan malam juga. Selain itu, ianya membekalkan protein, karbohidrat, vitamin dan mineral untuk kesihatan badan.

Khasiat setiap bahan yang digunakan untuk Bebola Protein Lemon Chia Bersalut Kelapa ini adalah :

Soy Protein ( ESP /Cinch) ;

  • Mengandungi kesemua asid amino perlu dan tidak perlu, kalsium, zat besi, Vitamin B6, Thiamin, Riboflavin,Niacin,Panthothenic acid (kesemua ini adalah Vitamin B Complex).
  • Cepat kenyang
  • Tenaga segera
  • Tiada kolesterol

Protein sangat diperlukan oleh badan.

Kurma 

  • Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
  • Kaya dengan serat dan potassium
  • Baik untuk wanita mengandung/bersalin
  • Mengubati gangguan usus dan sembelit

Chia seeds

  • Bantu stabilkan gula dalam darah
  • Cepat kenyang
  • Kaya dengan Omega-3
  • Baik untuk kesihatan jantung
  • Mengandungi serat yang tinggi

 

Boleh buat lebih kurang 18 biji bebola protein ( bergantung saiz yang anda suka).

Bahan-bahan :

  • 1/2 atau 1 cawan Energizing Soy Protein / Cinch ( Vanilla, Chocolate, Latte)- ikut selera masing-masing.
  • 1 cawan kurma yang direndam di dalam air panas (lebih kurang 10-15 biji kurma) 15 minit , kemudian toskan.
  • 1 cawan kelapa parut yang lembut (yang biasa buat buah melaka)- bahagikan kepada 2 bahagian.
  • 1/4 cawan badam yang dikisar sederhana hancur.
  • 1/4 cawan chia seeds yang sudah direndam.
  • Sedikit perahan jus lemon
  • Garam ( sebaiknya gunakan Pink Himalayan salt) – secukup rasa

Cara-caranya :

  1. Masukkan kurma ke dalam food processor/pengisar biasa . Kisar sehingga hancur.
  2. Masukkan badam yang sudah dikisar, 1/2 cawan kelapa, Energizing Soy Protein/Cinch serta chia seeds.
  3. Gaul sehingga sebati. Atau jika menggunakan food processor, boleh dimasukkan sekaligus.
  4. Masukkan jus lemon dan  garam . Kacau sehingga sebati atau biarkan di dalam food processor selama 1 minit sehingga membentuk doh.
  5. Tambahkan sedikit air jika terlalu keras.
  6. Bulat-bulatkan doh menjadi bulatan sederhana besar ( seperti buah melaka).
  7. Salut kelapa diluar doh dengan 1/2 cawan lebihan kelapa parut tadi (seberti buah melaka).
  8. Siap untuk dihidangkan. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk seketika jika mahu.

Nota :

1.Boleh tambah tolak bahan di dalam resepi anda. Jika suka boleh letakkan kismis juga.

2. Tidak perlu tambah gula. Kurma sudah manis!

Jom kita cuba!

October 6, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like