Bebelan Seorang Doktor : Kenapa Nutrisi Sebelum Kehamilan Sangat Penting ?

Bebelan Seorang Doktor : Kenapa Nutrisi Sebelum Kehamilan Sangat Penting ?
Sedih baca artikel ni. Bukan sedih sebab anaknya menghidap spina bifida tapi sedih juga baca komen seseorang. Adalah dia duk membebel apa benda tah. Last sekali dia cakap – mana kita tahu bila kita mengandung?

Bukankah kita boleh rancang?

Sebab tu bila dinasihat ‘rancang mengandung’ kita fikir orang tu suruh makan pil perancang. Nak sekat rezeki kita.

Merancang untuk mengandung ni maknanya kita decide bila kita mengandung, kita dah buat persediaan untuk hadapi hari2 mengandung tu.

Kalau orang mengandung tu kena makan yang sihat2, yang berkhasiat mulakan walaupun belum mengandung lagi. Bukan lah dok makan macam2 fastfood, junkfoodnya bila dah tahu mengandung, baru nak tukar p makanan sihat.

It does not work that way…! (DrFyda kalu marah, speaking laluh)

Sebenarnya, spina bifida bukan sebab kekurangan asid folik saja & asid folik bukan diperlukan semata2 untuk cegah spina bifida pada baby. Banyak lagi kerja dia untuk badan kita. Jadi, bukan ibu mengandung je yang perlukan asid folik. Semua orang pun.

Untuk mencegah spina bifida, bukan asid folik saja yang perlu, tapi menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal of Nutrition, kekurangan protein tumbuhan, magnesium & niacin meningkatkan risiko spina bifida sebanyak 2-5 kali lebih tinggi.

Ubat-ubatan tertentu terutamanya untuk merawat penyakit sawan & bipolar meningkatkan risiko masalah kecacatan pada bayi, antaranya spina bifida.

Wanita yang menghidap kencing manis dan wanita obes dengan BMI 30 dan keatas lebih berisiko tinggi berbanding wanita normal.

Dan wanita yang pernah melahirkan anak dengan masalah spina bifida juga mempunyai risiko yang lebih tinggi, sebanyak 5%.

Setiap wanita memang kena jaga diri & kesihatan masing2. Makan yang berkhasiat & sihat, bersenam & ambik suplemen yang berkualiti. Supaya badan kita fit & sihat.

Fikirkan anak kita..

Kalau pun dia sempurna, kalau kita berpenyakit & selalu tak sihat. Sapa yang nak jaga dia dengan baik?

Credit : Dr Fyda Noh

FB : Fyda Noh

Blog : www.ketamkecil.com

March 10, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like