Bahan Kimia Di Sebalik Wangian Menjadi Penyebab Kanser

Bau wangi disukai semua orang. Namun, tahukah anda bahan kimia di sebalik wangian menjadi penyebab kanser atau masalah kesihatan yang lain?

Bahan kimia yang terkandung dalam wangian boleh menyebabkan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, keguguran, penyakit sistem saraf seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain. Ia juga boleh memberi kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan kulit sama ada secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).

spa-summer-related-for-full-hd-free-206652

Kesan keracunan akut biasanya disebabkan alahan seseorang terhadap kimia wangian tertentu, ada individu yang sangat sensitif dan menunjukkan tanda alahan walaupun terdedah dengan bau atau sapuan kecil. Terdapat juga individu yang tidak menunjukkan sebarang tanda keracunan akut walaupun terdedah pada dos yang tinggi.

Keracunan kronik adalah disebabkan penggunaan yang berulang pada tempoh yang lama dan tanpa disedari sehinggalah muncul tanda keracunan.Produk yang memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan adalah seperti penyegar udara, semburan wangian badan dan rambut, pengilat kuku dan pelarutnya serta lain-lain. Semburan, wap atau gas bahan kimia ini akan memasuki saluran pernafasan dan memberi kesan kepada bahagian hidung, tekak, paru-paru dan seterusnya ke bahagian anggota badan lain melalui sistem peredaran darah.

Produk yang terlibat melalui sentuhan kulit pula ialah sabun, syampu, krim, pencukur, peluntur pakaian, barangan kosmetik, detergen, pelembut pakaian dan lain-lain. Bahan kimia ini boleh menjerap ke dalam lapisan kulit dan memasuki aliran darah seterusnya memberi kesan ke bahagian lain anggota badan.

Berikut adalah contoh bahan kimia di dalam produk wangian seperti minyak wangi, penyegar udara, sabun pencuci pinggan mangkuk, pewarna dan pencuci kuku, penyembur rambut, penyembur badan, produk kosmetik, syampu, sabun, peluntur pakaian dan pelembut pakaian, detergen dan potpuri .

capture1capture2

Bukan semua yang wangi itu baik untuk kesihatan. Berhati-hatilah terhadap wangian sintetik yang digunakan di dalam pelbagai jenis produk terutamanya produk kosmetik dan penjagaan diri. Penjagaan kesihatan haruslah dari semua aspek, ‘head to toe’.

Semoga bermanfaat.

Sumber : National Poison Center (USM)

 

September 24, 2016
Previous Post Next Post

2 Comments

  • Reply mrhanafi

    Risau juga kalau pewangi boleh merbahayakan kesihatan….

    January 26, 2017 at 12:11 pm
    • Reply Hawa Hassan

      Kena beli yang organik kot. Harga pun organik juga..Haha

      February 8, 2017 at 6:32 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like