Awas ! 9 Petanda Badan Anda Kurang Nutrisi Kronik.

Awas ! 9 Petanda Badan Anda Kurang Nutrisi Kronik.

Sebenarnya tubuh kita mempu menghantar isyarat sekiranya berlaku kekurangan nutrisi. Untuk itu, penting bagi kita mengawasi setiap perubahan diri kerana tiada satu pun yang berlaku tanpa sebab. Jika salah satu perkara berikut berlaku pada anda, mungkin anda perlu melihat kembali pola pemakanan anda. Itu tandanya anda kekurangan nutrisi penting.

Mari kita audit badan kita. Ada tak tanda-tanda ini?

9 tanda badan kurang nutrisi kronik

Awas ! 9 Tanda Badan Kurang Nutrisi Kronik :

1. Rambut kering, menipis, mudah gugur dan rapuh

Anda mungkin kekurangan protein, asid lemak dan zat besi. Jadi, perlu ambil sajian daging tanpa lemak, telur, susu setiap hari,2-3 sajian ikan dan boleh ambil tiram untuk zat besi. Anda juga boleh mengambil suplemen tinggi protein. Ada 9 jenis protein yang tidak dapat dihasilkan oleh badan ,perlu diambil daripada makanan harian.

2. Kurang deria rasa dan badan sering lesu

Anda mungkin kekurangan zat besi. Jadi, perlu ambil sajian daging merah, tiram, kerang, bayam dan brokoli.

3. Glossitis, lidah terasa kasar atau berlaku edema

Anda mungkin kekurangan Vitamin B. Ambil daging, sayuran dan boleh juga mengambil suplemen B- Complex. Vitamin B tidak boleh dihasilkan oleh badan.

4. Bibir mulut menjadi kering dan kulit sekitarnya mudah mengelupas

Anda mungkin kekurangan Riboflavin ( Vitamin B2 ) dan ‘nicotinic acid ‘ atau niacin atau Vitamin B3. Perlu makan telur kuning, susu, kekacang, bijirin atau nasi dari beras perang yang tinggi kandungan kedua-dua vitamin ini.

5. Mata sering merah

Anda mungkin kekurangan Vitamin A dan Vitamin B2. Perlu ambil produk tenusu, daging, buah ayau sayuran berwarna oren dan hijau.

6. Mata menjadi kabur terutama di waktu malam

Anda mungkin kekurangan Vitamin A. Makan lebih banyak lobak merah, minyak sayuran, minyak ikan kod, brokoli dan tembikai susu.

7. Gusi berdarah, Kulit kering dan mudah selesema

Anda mungkin kekurangan Vitamin C. Banyakkan sayuran dan buah-buahan terutamanya jenis sitrus.

8. Mudah letih, badan lemah (otot tak kuat) dan rendah tahap metabolisme dan mudah membawa kepada keadaan berlebihan berat badan.

Anda mungkin kekurangan protein. Pastikan anda minum susu empat gelas sehari, banyakkan pengambilan ikan, ayam (tanpa kulit) , produk kacang soya dan produk tenusu.

9. Kurang selera makan, berat badan tidak bertambah, mudah sakit dan badan terasa lemah, kulit mudah didatangi ruam. 

Anda mungkin kekurangan iodin. Perlu ambil ikan, daging, telur, susu, ayam, itik dan rumpai laut.

Secara ringkasnya, diet harian yang bagus dan seimbang adalah seprti gambarajah ini. Supaya kekurangan-kekurangan nutrien boleh diatasi.

food plate

Namun, hakikatnya kebanyakan menu harian kita adalah seperti ini. Sama ada mahu menerima atau menafikan, terlalu jarang kita menikmati makanan seperti yang diperlukan badan. Keperluan mulut dan perut lebih utama. ( muhasabah diri …heh! ).

nasi arab

Belum lagi termasuk junk food, fast food dan segala jenis makanan yang tidak sihat. Sungguh ! Banyak penyakit berasal daripada perut.

Artikel : 15 Jenis Makanan Penyebab Kanser Yang Perlu Dielakkan

” Saya dah makan , dah follow food plate setiap hari. Kenapa masih ada tanda-tanda kekurangan nutrien dalam badan saya ??. “

Ada beberapa kemungkinan yang boleh dikaitkan yang menyebabkan masih ada lompong-lompong nutrien tak terpenuhi dalam badan walaupun sudah mengamalkan diet seimbang.

1. Protein termusnah . Protein agak sensitif dengan suhu. Contohnya, kalau anda suka minum susu panas, bubuh air panas dalam susu tepung. Kemudian anda lihat susu berketul-ketul jadinya (protein curdle). Protein boleh musnah pada suhu 60 darjah celcius (protein denature). Most biological substrates lose their biological function when denatured. Baca selanjutnya.

protein curdle

2. Kandungan Vitamin di dalam sayuran yang dimasak telah hilang akibat beberapa faktor seperti suhu.vitamin loses3. Menyedihkan. Banyak sayuran dan buah-buahan yang ditanam secara komersial menggunakan  pelbagai jenis racun (pesticide).  Pesticide yang tidak terurai akan memasuki badan manusia                (pemakan) dan menjadi toksin terkumpul di dalam badan. Perlunya membasuh sayuran dan buahan dengan betul . Jalan selamat adalah memakan sayuran organik yang ditanam tanpa baja kimia sintetik dan pesticide.

Justeru, pada saya pengambilan suplemen sudah menjadi satu keperluan badan untuk mengelakkan kekurangan nutrisi. Yang palin utama dan terutama adalah diet harian yang seimbang, suplemen tidak boleh menggantikan diet harian yang seimbang.

4 perkara asas ini adalah wajib untuk kesihatan sepanjang hayat :

  1. Diet seimbang ( pemilihan makanan yang sihat dan tepat) , air mencukupi
  2. Gaya hidup sihat ( senaman )
  3. Suplemen sebagai bantuan mencukupkan lompong nutrien yang kurang
  4. Pengurusan stres

Semoga bermanfaat untuk semua. Ingin mendapatkan suplemen yang tepat untuk menampung kekuranagn nutrien dari diet harian anda boleh hubungi saya  di talian  013 931 5387 .

 

January 6, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like