Aiskrim Paling Mudah Dan Berkhasiat Untuk Seisi Keluarga

Hari ini terlebih rajin.Pagi-pagi lagi siapkan bahan untuk buat aiskrim special .Vita-Plus Ice Cream nama sendiri kasi sebagai alternatif kepada orang yang suka makan aiskrim bila stres. Siapa? Biarlah rahsia.Tak ada sebarang cream pun. At least, tiada isu tinggi gula dan lemaknya. Bahkan membekalkan vitamin dan mineral serta serat yang baik untuk tubuh. Yes! Aiskrim paling mudah tapi berkhasiat untuk seisi keluarga.

Inilah rupanya…

aiskrim, cara buat aiskrim

Rasa : Manis, lemak, masam sikit-sikit….sangat best makan masa tengahari yang panas !

Aiskrim, Resipi aiskrim, cara buat aiskrim

 

Bahan-bahannya :

  1. 1 liter air bertapis untuk setiap perisa
  2. 2 biji oren dan 1 batang lobak merah
  3. 1 biji buah naga sederhana besar
  4.  4-5 sudu ESP untuk setiap perisa ( jika untuk kanak-kanak boleh tukarkan dengan Meal Shakes )
  5. 1 cawan yogurt (plain) untuk setiap perisa
  6. 1-2 titis stevia ( nak manis lebih boleh tambah lagi)
  7. 1 sudu besar tepung kanji

Cara-caranya :

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan tersebut ( buat satu-satu ikut perisa)
  2. Kisar sehingga hancur
  3. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan ikat
  4. Sejuk bekukan

Mudah bukan ?

Apakah khasiatnya ?

  1. Buah-buahan – sumber antioksidan dan serat yang tinggi
  2. ESP – sumber protein, kalsium dan vitamin
  3. Yogurt – probiotik (mengandungi bakteria baik) yang menggalakkan sistem penghadaman, perkumuhan serta usus yang sihat.

Kenapa tak tambah gula?

Saya mengambil jalan selamat untuk mengurangkan penggunaan refined sugar – gula putih dan gantikan dengan stevia untuk kurangkan risiko diabetes. Buah-buahan,yogurt dan ESP sudah ada sumber karbohidratnya dengan kadar yang berpatutan dan rendah Indeks Glisemiknya.

Selamat mencuba …

October 9, 2016
Previous Post Next Post

6 Comments

  • Reply Alimie

    Wah, aiskrim Malaysia modified version ni. Selalu buat dulu guna air Milo dan bandung je tapi dah lama tak rajin nak buat 😛 Terliur pulak rasanya

    October 16, 2016 at 1:13 pm
    • Reply Hawa Hassan

      Sedap tu, rasa masam-masam manis.

      October 17, 2016 at 1:51 pm
  • Reply Uncle Zuan

    huyo. ice cream pun ada khasiat ek
    Uncle Zuan recently posted…#AboutKL: Meneroka ‘Hidden Gem’ di KLMy Profile

    October 13, 2016 at 9:06 pm
    • Reply Hawa Hassan

      Ada uncle…bergantung kepada bahan-bahannya. =)

      October 14, 2016 at 9:30 am
  • Reply sabree hussin

    Nampak penuh dengan warna warni ais krim ni bila susun macam tu. Nampak sedap ni 😀
    sabree hussin recently posted…Dapatkan Baucar Aeon, Zalora, KFC & Pizza Hut dengan menyertai Kaji Selidik OnlineMy Profile

    October 12, 2016 at 5:25 pm
    • Reply Hawa Hassan

      Rasanya pun sedap tu…masam-masam manis..hehe

      October 13, 2016 at 8:27 am

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like