Tentang Kami

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji dan puja hanya bagi Allah,pencipta dan pemilik alam ini.
Syukur padaMu Ya Allah, dengan rahmatMu, hambaMu ini masih lagi bertapak di bumiMu.
Peluang untuk berbuat sebanyak mungkin kebaikan yang sering kali tidak disyukuri.

 

  • Nama diberi Siti Hawa Bt Mat Hassan ( Hawa Hassan )
  • Bekas pelajar Bioteknologi Makanan
  • Suka ambil tahu dan pergi kursus Halal, HACCP, GMP, ISO dan sebagainya yang berkaitan dengan makanan.
  • Pernah bekerja di beberapa industri makanan a.k.a kilang makanan (bahagian kualiti dan penyelidikan).
  • Menulis sebagai hobi , Alhamdulillah sudah terbit antologi cerpen bersama penulis-penulis lain dan Insya Allah akan ada lagi beberapa karya yang akan menyusul nanti . Amiin.
  • Menulis untuk menyampaikan dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca yang dihormati.
  • Sangat meminati dunia nutrisi dan kesihatan . Banyak mengikuti kelas nutrisi secara online atau offline. Kebetulan memang pernah belajar tentangnya sewaktu di universiti.
  • Percaya setiap jenis sumber alam yang dijadikan Allah itu ada fungsi dan kebaikan tersendiri kepada manusia.

Bagaimana saya memilih untuk mengamalkan suplemen Shaklee dan menjadi pengedar yang sah ?

Rentetan kisah cinta saya menyebabkan saya terus memilih produk Shaklee sebagai sumber makanan tambahan harian dan produk kegunaan harian saya hingga ke saat ini.

Kali pertama terjatuh cinta dengan produk Shaklee ini setelah mengambil Energizing Soy Protein untuk ‘lactose intolerance’. Suka minum susu tetapi tidak boleh minum susu. Alhamdulillah, ada alternatif.

Saya memang obses dengan kesihatan, pemakanan, kecantikan dan segala keunikan tetapi jarang terpengaruh dengan iklan-iklan penjualan produk kesihatan mahupun kecantikan. Saya akan makan atau guna apa yang saya yakin dan sudah dibuat pelbagai penelitian sebelum itu…Dengan Shaklee ini pun saya menjadi pemerhati hampir setahun.Memendam rasa, nak cuba ke tak???..Cari info dulu, baca jurnal dulu, tanya orang terlebih dahulu.

Kali kedua jatuh cinta apabila membuat sedikit ‘research’ tentang sejauh mana Shaklee menggunakan bahan-bahan semulajadi yang bukan GMO di dalam produknya, apatah lagi bahan sintetik.

Kali ketiga jatuh cinta ketika diserang denggi sehingga hampir ‘bleeding’ kerana platlet merudum. Sudah ada tanda-tanda seperti hidung berdarah ketika itu. Tawakal konsisten makan Nutriferon dan yang lain-lain seperti ESP, Vitamin C.Paksa telan walaupun mulut ini terasa pahit. Akhirnya Alhamdulillah dapat keluar wad sehari sebelum Hari Raya Puasa 2015 dengan platlet 58 tetapi WBC (White Blood Cell) ketika itu sudah meningkat secara mendadak. Kagum juga doktor berani beri kebenaran untuk keluar wad dengan platlet jauh di bawah paras normal. Seminggu setelah itu saya ke klinik untuk rawatan susulan. Platlet sudah sangat jauh di atas paras normal !. Badan juga sudah terasa ringan dan bertenaga walaupun kata kawan-kawan kesan denggi sebulan masih terasa, tetapi tidak bagi saya.

Kali keempat jatuh cinta semasa program detoks tempohari. VIVIX ! Daripada kurang percaya menjadi teman baik setiap hari kini. Resdung yang sekian lama dihidapi makin pulih. Juga sudah tiada lagi UTI (Urinary Tract Infection), demam, selesema,batuk yang kerap bertandang suatu ketika dahulu. Pantang cuaca panas, pasti melepek!

Dan…pasti kisah cinta saya ini tidak akan berakhir. Malah akan berkali-kali lagi jatuh cinta.“ Trying Is Believing !”. Kita akan tahu bila kita mencuba. Paling penting pilihlah yang terbaik. Saya dan keluarga memilih Shaklee sebab ianya semulajadi.

Bersama Shaklee juga, saya menjadi orang yang lebih positif kerana bersama dengan mereka yang sentiasa positif. Satu nikmat yang besar setelah beberapa kali ‘jatuh terduduk’. Love ‘them’ all !.

Selain menyediakan dan mendidik masyarakat tentang pengambilan makanan tambahan untuk kesihatan yang lebih optimum, Shaklee juga menyediakan ‘platform’ untuk sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan potensi diri, ilmu perniagaan, menjana pendapatan dari rumah bersama anak-anak dan banyak lagi kelebihan lain.

You have a lifetime of work, BUT children only young once – Polish Proverb

Bercita-cita untuk mengubah kehidupan dari pelbagai sudut termasuk kualiti hidup dan meletakkan impian untuk memberi manfaat sebanyak mungkin kepada masyarakat dan ummat ini secara umumnya.Amin.

Sekiranya anda berminat untuk :

  • Berkongsi cerita masalah diet dan penyakit.
  • Mendapatkan pandangan tentang makanan dan pemakanan.
  • Mendapatkan tip-tip pemakanan dan nutrisi untuk seisi keluarga.
  • Membantu memilih makanan tambahan yang tepat dengan konsultasi khas untuk anda berkaitan masalah kesihatan anda.
  • Ingin detoks tetapi tidak tahu caranya dan tiada guideline, saya ada group detox esklusif.
  • Ingin bersama-sama saya membina hidup lebih baik.
  • Ingin menjana pendapatan sampingan dengan kos yang minima.
  • Ingin membantu suami menambah pendapatan keluarga.
  • Ingin menjadi surirumah yang ada pendapatan sendiri.

Saya bersedia membantu secara PERCUMA 24/7.
Kawasan COD Cukai, Kerteh, Dungun, Kuantan dan Setiu.

Your Trusted Shaklee Independent Distributor

Hawa Hassan ( ID : 1109479)

No Tel : 013 – 931 5387

FB : Hawa Hassan

September 18, 2016