52 Pewarna, Aditif dan Pengawet Dalam Makanan Yang Kurang Baik Untuk Kesihatan

Dunia makanan sangat indah. Betulkan? Makanan berwarna ceria lebih menarik minat untuk dimakan terutamanya bagi kanak-kanak.

Begitu juga makanan yang ditambah perisa atau aditif untuk menyedapkannya dan memberi ‘rasa’ nak makan lagi dan lagi seperti Monosodium Glutamate (MSG) sangat disukai oleh kanak-kanak mahupun dewasa.

Makanan-makanan yang tinggi kandungan pewarna , aditif dan pengawet ini sebenarnya berimpak negatif untuk jangkamasa panjang. Sebaiknya perlu dikurangkan apatah lagi makanan yang menggunakan pewarna dan pengawet bukan daripada bahan semulajadi contohnya. Tidak mustahil menyebabkan kandungan toksik yang menimbun dalam badan yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit ternmasuklah penyakit kronik sekiranya diambil dalam tempoh masa yang lama.

Dr. Russell Blaylock reveals secrets of MSG toxicity (excitotoxins) in Health Ranger interview

Food Additives and Human Health

Hidden sources of food coloring chemicals in your diet

Kebanyakan pengawet, pewarna dan aditif ini adalah dibenarkan dalam industri makanan dalam kuantiti tertentu , namun, sebagai pengguna, haruslah memilih yang terbaik untuk kesihatan jangkamasa panjang.

Kek Pelangi dengan warna yang menarik. =)

bahaya pewarna makanan

Roti Canai juga berwarna-warni . =)

Antara bahan pewarna yang biasa diletakkan di dalam makanan (food colouring) :

  1. Artificial colours Allura red AC 129
  2. Amaranth 123
  3. Azorubine, carmoisine 122
  4. Brilliant Black BN 151
  5. Brilliant Blue FCF133
  6. Brown HT, chocolate brown 155
  7. Erythrosine 127
  8. Green S, food green, acid brilliant green 142
  9. Indigotine, indigo carmine 132
  10. Ponceau, brilliant scarlet 4R 124
  11. Quinoline yellow 104
  12. Sunset yellow FCF 110
  13. Tartrazine 102
  14. Yellow 2G 107 Natural colour Annatto, bixin, norbixin 160b

Bahan pengawet yang biasa diletakkan di dalam makanan (food preservative) :

  1. Sorbic acids Calcium sorbate 203
  2. Potassium sorbate 202
  3. Sodium sorbate 201
  4. Sorbic acid 200 Benzoic acids Benzoic acid 210
  5. Calcium benzoate 213
  6. Potassium benzoate 212
  7. Sodium benzoate 211
  8. Sulphites (sulfites) Calcium hydrogen sulphite 227
  9. Calcium sulphite 226
  10. Potassium bisulphite 228
  11. Potassium metabisulphite 224
  12. Potassium sulphite 225
  13. Sodium bisulphite 222
  14. Sodium metabisulphite 223
  15. Sodium sulphite 221
  16. Sulphur dioxide 220 Antioxidants Butylated hydoxyanisole (BHA) 320
  17. Butylated hydroxytoluene (BHT) 321
  18. Dodecyl gallate 312
  19. Octyl gallate 311
  20. Propyl gallate 310
  21. tert-Butylhydroquinone (TBHQ) 319
  22. Propionic acids Calcium propionate 282
  23. Potassium propionate 283
  24. Propionic acid 280
  25. Sodium propionate 281
  26. Potassium nitrite 249
  27. Sodium nitrate 251
  28. Sodium nitrite 250

Bahan aditif yang biasa ditambah di dalam makanan untuk perisa dan penyedap makanan (flavour enhancer, food additive, added flavour ) :

  1. Glutamates Calcium dihydrogen diLglutamate 623
  2. Disodium guanylate 627
  3. Disodium inosinate 631
  4. L-Glutamic acid 620
  5. Hydrolysed vegetable protein, vegetable protein, yeast extract
  6. Magnesium di-L-glutamate 625
  7. Monoammonium L-glutamate 624
  8. Monopotassium glutamate 622
  9. Monosodium glutamate (MSG) 621
  10. Sodium 5′ ribonucleotide 635

Selain itu, terdapat juga bahan-bahan aditif yang dimasukkan ke dalam makanan yang berfungsi sebagai anti-caking agent, bleaches,emulsifier, mineral salt, propellant, food acid, thickening agent, vegetable gums dan vitamin.

Terdapat banyak lagi pewarna, aditif dan pengawet makanan yang ada. Senarai di atas adalah sebahagiannya sahaja untuk rujukan terutamanya mak-mak seperti saya supaya tabiat makan makanan yang sihat anak-anak boleh dipupuk sejak usia kecil lagi. Mungkin boleh dikatakan bahawa kesihatan seisi keluarga bergantung kepada tangan ibu.

Sebagai ibu bapa,mari kita jadi  ibu bapa yang bertanggungjawab dan berilmu dalam memilih makanan terbaik untuk anak-anak. Jangan salahkan mereka jika sistem imun mereka tidak kuat, hiperaktif , kurang fokus , lambat dalam pelajaran, mudah jatuh sakit dan sebagainya. Sebaiknya perhatikan apa yang kita beri mereka makan dan tidak dilupakan juga didikan kita terhadap mereka.

 

Rujukan :

Healthy Foods : George D. Pamplona-Roger, M.D, 2008

Added flavours many from Clarke, L and others, Dietitians Association of Australia review paper: ‘The dietary management of allergy and food intolerance in adults and children’, Aust J Nutr ; Diet (1996) 53:3; Royal Prince Alfred Hospital Allergy Unit.

‘The Simplified Elimination Diet’, available from dietitians; Dengate, S ‘Fed Up’, Random House, 1998; and Swain A and others.

‘Friendly Food’, Murdoch Books, 1991.

Wallahu A’lam. Semoga bermanfaat untuk semua.

March 5, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like