8 Punca Masalah Penghadaman Yang Mengakibatkan Penyakit Kronik

8 Punca Masalah Penghadaman Yang Mengakibatkan Penyakit Kronik

Rasanya ramai juga di kalangan kita yang menghadapi masalah penghadaman. Ada yang mengalaminya dalam tempoh yang panjang, ada yang mengalaminya dalam tempoh sementara.
Kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada apa yang masuk ke perut kita sudah tentu melalu usus dan kolon. Apabila usus dan kolon kita kotor dan tersumbat, kita akan menghadapi masalah penghadaman.

8 Punca Masalah Penghadaman Yang Mengakibatkan Penyakit Kronik :

  1. Stres
    Masalah penghadaman lebih kerap berlaku di kalangan individu yang sering menghadapi tekanan. Apabila mengalami stress, tubuh akan mengalihkan tenaga, darah, enzim dan oksigen daripada organ penghadaman ke tempat lain di dalam badan.
  2. Antibiotik
    Pengambilan antibiotik yang terlalu banyak boleh membunuh bakteria bersifat baik di dalam sistem penghadaman.
  3. Diet yang tidak seimbang
    Pengambilan makanan yang sudah diproses dan makanan berlemak setiap hari akan memberikan tekanan kepada sistem penghadaman kita kerana ia perlu bekerja lebih masa untuk memecahkan lemak atau mengurai makanan tersebut.
  4. Diet rendah serat
    Badan kita memerlukan makanan komponen seperti serat untuk menegluarkan sisa menerusi usus. Kekurangannya boleh mengakibatkan sembelit.
  5. Nitrat
    Nitrat yang didapati dalam ikan bakar dan jeruk pernah dikaitkan sebagai punca kanser perut.
  6. Merokok dan minum minuman beralkohol
  7. Tabiat makan
    Makan ketika bimbang, cemas atau kecewa akan mengakibatkan perut kembung serta menyebabkan ketidakhadaman dalam perut. Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan-lahan.
  8. Ubat-ubatan
    Ubat anti-radang seperti aspirin dan acetaminophen boleh menjejaskan penghadaman jika diambil dalam masa yang lama. Dapatkan nasihat pakar.

Ramai sebenarnya yang mengalami masalah penghadaman. Sembelit, membuang 3 hari sekali atau seminggu sekali adalah bermasalah untuk kesihatan. Amalkan pemakanan sihat dan gaya hidup yang aktif untuk sistem penghadaman yang sihat. Banyak penyakit kronik boleh dielakkan dengan sistem penghadaman yang sihat.

Selamatkah proses detoksifikasi ?

Detoksifikasi adalah proses membuang bahan kumuh (toksin dalam badan). Ia berbeza dari individu dengan individu yang lain bergantung kepada kandungan toksin yang terdapat di dalam tubuh.

Proses perkumuhan adalah proses detoks semulajadi. Antara kelebihan detoks adalah melambatkan kesan penuaan,meningkatkan kesuburan,mengurangkan jerawat,mengelakkan paenyakit seperti buasir,kanser usus, menguatkan imunisasi badan dan sebagainya.

Namun, proses detoksifikasi yang berlebihan terutamanya menggunakan ubat ubatan tertentu kurang digalakkan kerana ia membuatkan tubuh berada dalam kedaan lemah. Kesannya mungkin tidak ketara pada peringkat awal, namun lama-kelamaan ia akan menyebabkan loya, muntah,cirit birit dan kelesuan.

Adalah lebih baik dengan menjaga pemakanan dan juga minum air putih bagi menggalakkan proses detoks semulajadi atau memilih suplemen semulajadi yang bertindak lembut semasa proses detoks.

Detox Shaklee Way

Setakat yang saya buat detox, 7 – Day Detox Meal Plan @ Detox Shaklee Way adalah yang terbaik. Menu plan yang telah dikaji terlebih dahulu dan sangat berkesan. Bukan sahaja boleh membantu masalah penghadaman, akan tetapi membantu menurunkan berat badan yang susah turun. Menariknya, ianya bukan menurunkan kualiti otot dan metabolisma sebagaimana sesetengah detox menggunakan produk tertentu ( Contoh : Turun 4 Kg dalam masa seminggu, tetapi yang turun adalah otot dan melibatkan metabolisma badan menurun akibat pengambilan protein dan nutrien tertentu tidak diperhatikan semasa berdetox sedangkan protein dan nutrien amat diperlukan untuk pembinaan sel-sel yang sihat seterusnya otot yang kuat juga kadar metabolisma yang tinggi bagi mengelakkan berat yo-yo terjadi ).

Artikel : Cara Turunkan Berat Badan Lebih Cepat Dengan Detoks

Dengan bantuan beberapa suplemen sebagai booster, Detox Shaklee Way sangat berkesan dan membantu meningkatkan kesihatan kami sekeluarga.

Ingin Sihat ?

Ingin selesaikan masalah penghadaman ?

Ingin mencuba turunkan berat badan secara sihat dengan detoks ?

Hubungi saya di talian 013 931 5387.

January 7, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like