8 Makanan Penyumbang Sakit Jantung

8 Makanan  Penyumbang Sakit Jantung
Ini kerana kolestrol tinggi dalam darah merupakan salah satu faktor risiko daripada penyakit jantung. Namun, kolestrol tinggi tidak terbentuk semalam tetapi perlahan-lahan. Salah satunya akibat pola pemakanan yang salah.Mungkin anda sudah menghindari makanan berlemak yang diketahui sebagai sumber kolestrol.
Namun ada juga makanan yang tak terduga tinggi kolestrol seperti berikut:
• Daging burung
• Gula tambahan
• Kentang lenyek
• Piza
• Produk kelapa ( santan dan minyak kelapa)
• Produk susu
• Pai dan kuih-muih
• Bertih Jagung
Sebelum kita bercerita lebih panjang, jom tengok video ini.

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah?

Kisah Kolesterol
Kolesterol boleh didapati dalam aliran darah dan di semua sel tubuh. Tubuh juga menghasilkan semua kolesterol yang diperlukan. Low-density lipoprotein (LDL) atau kolesterol ‘jahat’ dapat menyatu dengan lemak dan bahan-bahan lain yang kemudian terkumpul di dinding bahagian dalam arteri. Oleh itu, arteri boleh menjadi tersumbat dan menyempit, sehingga mengakibatkan aliran darah berkurangan. High-density lipoprotein (HDL) atau kolesterol ‘baik’ membawa kolesterol berbahaya dari arteri dan membantu melindungi daripada serangan jantung dan stroke.

Kedua-dua jenis lemak ini, bersama dengan trigliserida dan kolesterol Lp (a), merupakan jumlah kolesterol total, yang sering digunakan dalam pemeriksaan kadar kolesterol darah.

Kolestrol LDL
Apabila terlalu banyak LDL, low density lipoprotein beredar dalam darah, mereka perlahan-lahan boleh terkumpul di dinding bahagian dalam arteri yang mengangkut nutrisi ke jantung dan otak. Bersama dengan bahan-bahan lain, LDL dapat membentuk plak yang boleh menyempitkan arteri dan menjadikannya kurang fleksibel. Keadaan ini dikenali sebagai ‘atherosclerosis’. Jika gumpalan darah terbentuk dan menyumbat arteri yang sempit, serangan jantung atau stroke boleh terjadi.

Kolesterol HDL

Kira-kira 1/4 hingga 1/3 kolesterol darah dibawa oleh high-density lipoprotein (HDL). Kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol “baik”, kerana kadar HDL yang tinggi seolah-olah dapat melindungi terhadap serangan jantung. Rendahnya tahap HDL (kurang dari 40 mg / dL untuk lelaki dan kurang daripada 50 mg / L untuk wanita) juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Para ahli perubatan berfikir bahawa HDL cenderung untuk membawa kolesterol dari arteri dan kembali ke hati. Beberapa ahli juga percaya bahawa HDL mampu menghilangkan lebihan kolesterol dari plak arteri, dan melambatkan pembentukannya.

Trigliserida

Trigliserida merupakan salah satu bentuk lemak yang dihasilkan oleh tubuh. Peningkatan trigliserida boleh disebabkan oleh kelebihan berat badan / obesiti, aktiviti fizikal, merokok, pengambilan alkohol dan pemakanan karbohidrat yang sangat tinggi (60 peratus daripada jumlah keseluruhan kalori atau lebih). Orang yang trigliseridanya tinggi seringkali mempunyai paras kolesterol total yang tinggi juga, biasanya dengan LDL yang tinggi dan HDL yang rendah. Ramai pesakit jantung dan / atau diabetes mempunyai kadar trigliserida yang tinggi.

Kolesterol Lp (a)

Lp (a) adalah variasi genetik dari LDL (kolesterol jahat). Kadar Lp (a) yang tinggi merupakan faktor risiko yang signifikan untuk pembangunan awal penumpukan lemak di arteri. Lp (a) tidak sepenuhnya difahami, tetapi mungkin ia berinteraksi dengan bahan-bahan yang ditemui di dinding arteri dan menyumbang terhadap pertambahan penumpukan lemak.

Oleh itu, pemeriksaan kadar kolesterol LDL dapat membantu menentukan risiko penyakit jantung. Jika kolesterol LDL anda tinggi, rawatan boleh mengurangkan peluang anda untuk mengalami serangan jantung.

Apakah Kolesterol LDL ?

Kolesterol tidak semuanya buruk. Kolesterol adalah lemak esensial yang memberikan sokongan. kepada membran sel tubuh. Beberapa kolesterol berasal dari diet dan beberapa dihasilkan oleh hati. Kerana kolesterol tidak boleh larut dalam darah, sehingga protein pengangkut harus membawanya ke mana pun mereka pergi. Protein pengangkut ini dipanggil lipoprotein, LDL (low-density lipoprotein) adalah salah satu anggota keluarga lipoprotein.

Bertindak seperti bas mikroskopik, lipoprotein mengambil dan membawa muatan kolesterol melalui darah. Setiap bentuk lipoprotein mempunyai minat yang berbeza terhadap kolesterol, dan berkelakuan berbeza dengan kolesterol yang dibawanya.

Zarah LDL adalah gumpalan mikroskopik yang terdiri dari sisi luar lipoprotein yang mengelilingi sebuah pusat kolesterol. LDL disebut low-density lipoprotein kerana zarah LDL cenderung kurang padat berbanding partikel kolesterol yang lain.

Kenapa Kolesterol LDL Tidak Bagus?
Pada asalnya, kolesterol LDL tidaklah buruk,cuma kolesterol LDL dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan pertumbuhan plak pada salur darah dan atherosclerosis.
Proses Atherosclerosis

Kolesterol LDL yang beredar melalui aliran darah cenderung terkumpul di dinding arteri. Proses ini bermula sejak masa kanak-kanak atau remaja.

Sel darah putih menelan dan cuba untuk mencerna LDL, mungkin dalam usaha untuk melindungi pembuluh darah. Dalam proses ini, sel-sel darah putih menukar LDL menjadi bentuk beracun (teroksida).

Sel darah putih dan sel-sel lain berhijrah ke kawasan tersebut, mencipta keradangan tahap rendah yang stabil dalam dinding arteri.

Seiring waktu, semakin banyak kolesterol LDL mengumpul di kawasan tersebut. Proses yang sedang berlangsung mencipta benjolan pada dinding arteri yang dipanggil plak. Plak ini dihasilkan daripada kolesterol, sel, dan bahan lain.

Proses ini cenderung berlaku terus menerus, sehingga menyebabkan plak terus membesar dan perlahan-lahan menyekat arteri.Bahaya yang lebih besar kesan penyumbatan, arteri tersebut boleh pecah secara tiba-tiba. Pembekuan darah boleh terbentuk pada kawasan yang pecah, sehingga menyebabkan serangan jantung dan strok.
Jom Lihat Hasil Ujian Kolesterol LDL?

LDL

HDL

Apa yang Boleh Dilakukan Untuk Mengurangkan Kadar LDL?
Jika kadar LDL anda berada diatas angka yang disyorkan, aturlah pemakanan dan rancanglah senaman yang sesuai.

Diet kolesterol LDL
• Diet kolesterol LDL adalah diet yang terdiri daripada lemak tepu yang rendah (kurang dari 7% daripada jumlah keseluruhan kalori per hari) dan diet kolesterol (kurang dari 200 mg per hari).
• Menambah serat dan sterol (seperti marjerin penurun kolesterol) dapat menurunkan kadar LDL.
• Menjaga pemakanan kolesterol tersebut boleh menurunkan kadar LDL sehingga 30%.
• Latihan aerobik yang kerap menurunkan kolesterol LDL , dan meningkatkan kolesterol HD.

Jika diet dan sukan tidak menurunkan kadar LDL seperti yang diharapkan, rawatan mungkin diperlukan. Pelbagai ubat dapat menurunkan kolesterol LDL akan disarankan oleh doktor seperti:
• Statin (ubat kolesterol yang paling efektif dan umum digunakan)
• Niacin
• Fibrates
• Zetia
• Bile acid sequestrants
Kesemua ubatan ini kebanyakannya memberi kesan yang kurang baik terhadap kesihatan badan dalam jangka masa yang panjang.

Sebagai pengguna bijak, kita yang menentukan apa yang kita makan, jadi tidak salah sekiranya kita memilih yang lebih baik,lebih organik berbanding ‘drug’ untuk kesihatan diri.

March 6, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like