7 Vitamin Penting Untuk Elak Masalah Mata

Mata memerlukan set pemakanan khusus bagi mengekalkan fungsi retina serta kesihatan mata yang menyeluruh sama seperti tulang memerlukan kalsium untuk kekal sihat. 7 vitamin penting untuk elak masalah mata perlu dititikberatkan sejak dari awal usia.

Usah menunggu  proses penuaan bermula untuk mendapatkan mata sihat, tetapi ia sebenarnya bermula dari dalam kandungan lagi.

Silau, Katarak, glaukoma,rabun

Pemakanan yang betul supaya mata kekal sihat adalah dengan mengambil nutrisi seimbang di samping mengutamakan sumber makanan yang mempunyai warna kehijauan, kekuningan dan kemerahan.

Ini kerana kumpulan makanan tersebut kaya dengan Lutein dan Zeaxanthin serta vitamin dan mineral yang terbukti baik untuk kesihatan mata yang optimum. Ia sinonim dengan vitamin penting untuk mata.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Diet Sihat Untuk Penglihatan Yang Baik?

Vitamin mata, nutrien mata

Menurut Dietary Guidelines for Americans yang dikeluarkan oleh U.S. Department of Health and Human Services and the Department of Agriculture, diet sihat bermaksud :

  • Mengutamakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, susu dan produk susu tanpa lemak atau rendah lemak.
  • Merangkumi daging, ikan, kekacang dan telur.
  • Rendah lemak, kolesterol, garam dan gula tambahan.

Hasil dari kajian oleh National Eye Institute, AREDS (The Age-Related Eye Disease Study) telah menunjukkan kombinasi agen antioksidan yang tinggi bersama Vitamin A, C dan E serta mineral mampu menurunkan risiko masalah penyakit mata Degenerasi Makula (Macular Degeneration) dan Katarak.

Terdapat empat penyakit mata utama yang berisiko tinggi akibat kekurangan vitamin iaitu:

  • Katarak
  • Degenerasi Makula
  • Mata kering
  • Lebam di sekeliling mata

Apa Itu Lutein Dan Zeaxanthin?

Kerapkali dikatakan lobak merah, sayuran dan buah-buahan bewarna oren-kuning sangat baik untuk kesihatan mata.

Vitamin mata, silau, katarak, glaukoma, rabun

Kenapa?

Ini kerana Lutein dan Zeaxanthin merupakan pigmen semulajadi yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau, buah-buahan, jagung dan kuning telur di mana ia memberi warna kepada bahan-bahan tersebut.

Ia membekalkan nutrisi pada mata dengan bertindak sebagai antioksida yang menghalang daripada radikal bebas yang berbahaya.

Set Pemakanan Untuk Mata Sihat

Untuk mengelakkan penyakit mata yang boleh membawa risiko kebutaan, secara ringkasnya mata memerlukan vitamin dan zat tambahan seperti berikut :

  • Vitamin A dan Beta-carotene
  • Vitamin B kompleks
  • Vitamin C, D dan E
  • Lutein dan zeaxanthin
  • Antioksidan
  • Asid lemak Omega-3

7  Vitamin Penting Untuk Mata Yang Sihat :

  • Protein
    Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.
  • Kalsium
    Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan mata. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.
  • Vitamin A
    Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.
  • Vitamin B
    Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.
  • Vitamin C
    Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.
  • Vitamin E
    Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.
  • Zink
    Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.

Bagi melengkapi diet sihat setiap hari, kita disarankan mengambil lima kumpulan makanan di bawah ini dalam rutin diet seharian iaitu :

  • Sayuran hijau berdaun : Sumber makanan semulajadi terbaik untuk lutein dan zexanthin yang turut mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan beta-karotin yang tinggi, mineral dan serat
  • Telur : Kuning telur adalah sumber utama Lutein dan zeaxanthin dan menjadi alternatif bagi yang kurang menggemari sayuran hijau
  • Buah-buahan sitrus dan berry : Buah-buahan ini kaya dengan Vitamin C
  • Badam : Ia kaya dengan vitamin E dan mampu melambatkan degenerasi makula. Satu auns (oz) badam menyediakan kira-kira separuh daripada dos harian yang disarankan.
  • Ikan berlemak  : Tuna, salmon, ikan kembung, ikan bilis dan trout sangat kaya dengan DHA iaitu asid lemak yang ditemui dalam retina. Kekurangannya dikaitkan dengan sindrom mata kering.

Namun begitu,  kebanyakan daripada kita kurang makan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan yang kaya dengan nutrien lain, sebaliknya memilih makanan berkalori tinggi, rendah-nutrien yang boleh memudaratkan badan, termasuk mata.

Pengambilan suplemen multivitamin dan mineral setiap hari boleh membantu mengisi kekurangan nutrisi dalam diet dan boleh membantu melindungi daripada penyakit-penyakit degeneratif, termasuk penyakit mata.

Vitamin Mata, vitamin silau, makanan mata, silau, katarak, glaukoma, 7 vitamin penting

  • ESP – Protein terlengkap termasuk 9 asid amino perlu.
  • Vita-E Complex – Sumber Vitamin E
  • Ostematrix – Sumber Kalsium dan Vitamin D
  • B- Complex – Sumber Vitamin B lengkap
  • Vita-C Plus – Sumber Vitamin C
  • Carotomax – 6 variasi karotena daripada pelbagai sumber semulajadi

Penjagaan mata sangat penting dan mesti bermula sejak awal perkembangan deria penglihatan. Vitamin untuk mata juga sangat penting untuk kesihatan mata sepanjang hayat. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Rujukan

Portal MyHealth KKM

Healthy Foods George D. Pamplona-Roger, M.D.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan suplemen mata?

pertanyaan-pembelian-produk-crop

 

September 23, 2016
Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like