7 Jenis Buah-Buahan Yang Biasa Dijumpai Tapi Mempunyai Khasiat Luar Biasa

7 Jenis Buah-Buahan Yang Biasa Dijumpai Tapi Mempunyai Khasiat Luar Biasa

Suka makan buah tak ?

fruits, buah, khasiat buah

Hawa, kalau tak makan buah sehari rasa tak lengkap hidup. Bermula tahun lepas, lepas kena denggi memang serik oii masuk hospital, dahlah dekat nak raya, orang lain sibuk 10 malam akhir Ramadhan, kita sibuk duk tanya doktor. ” Platlet saya ok ke belum? WBC saya cane ek? Hati saya ok tak? Kena virus denggi ke ? Hehe. Ya ! Memang masa tu cuak sebab bacaan LFT ( Liver Function Test) saya menunjukkan result yang kurang elok. Sampai hati kau nyamuk !. Haha. Lepas denggi tulah hidup saya berubah. Gaya hidup lebih sihat, pemakanan lebih sihat. Alhamdulillah dengan izin Allah, selepas denggi tempohari, kami sekeluarga tidak pernah demam, batuk dan sebagainya yang teruk. Kalau terjangkit demam selesema pun, telan Vitamin C dos sedikit tinggi , petang dah elok, tak sampai sehari demamnya. Settle. Sihat itu mujahadah.

Apa yang kami buat ?

Jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai jajan. ( Sebelum ini agak merapu juga ). Budak ‘food’ yang derhaka dengan ilmunya. Haha. Suplemen sebagai penambah baik kesihatan selain diet harian. Dan kami amalkan detoks berkala. No fast food, no junk food. try to avoide preservatives, food additives dan sebagainya. Elakkan kuih-muih manis dan gula putih semampu boleh.

Best ! Nak buat ibadah pun gagah sikit kan kalau badan sihat ni. tak buat juga tu, tak bersyukur namanya. Hehe.

Ok . 7 Jenis Buah-Buahan Yang Biasa Dijumpai Tapi Mempunyai Khasiat Luar Biasa .

  • Belimbing – membantu pesakit kencing manis

Belimbing adalah salah satu jeis buah-buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan buat jus.

Nama sainsnya ialah ‘ Averhoa crambola’. Pengidapkencing manis boleh berikhtiar untuk menurunkan gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap tekanan darah tinggi , gingivitis dan radang gusi. Kandungan Vitamin C dalam belimbing juga tinggi.

  • Buah Pala – melegakan kembung perut

Ianya merupakan penawar bagi kembung perut, menghilangkan rasa loya , pening-pening atau tanda-tanda lain berkaitan dengan pitam. Ianya juga dikatakan boleh merangsang nafsu syahwat. Bijinya mengandungi sejenis minyak yang boleh digunakan sebagai ramuan untuk membuat minyak panas bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

  • Nenas – membantu pesakit batu karang

Nenas adalah sejenis buah tropika yang dikenali dengan nam saintifiknya ‘Ananas cosomos’ berasal dari keluarga ‘Bromeliaceae’ dan mengandungi kandungan gula yang tinggi serta kaya dengan Vitamin A, B dan C. Jus nenas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan terutamanya bagi mengatasi kekeringan di bahagian bibir dan kulit muka. Ianya juga membantu melancarkan haid, membantu masalah pencernaan, pundi kencing, kecacingan dan kelesuan badan. Paling utama ianya boleh membantu mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nenas ternyata boleh membantu masalah kencing tidak lawas.

  • Lemon – berkesan merawat tonsillitis

Tonsilitis atau penyakit radang tonsil di bahagian kerongkong berpunca daripada serangan bakteria streptococcus. Ia dapat dirawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum. Nama saintifiknya ‘ Citrus Lemon’. Lemon kaya dengan Vitamin C, Zat besi, potassium, kalsium dan fosforus berkesan merangsang system imun untuk kekebalan tubuh badan.

  • Pisang – merawat kudis dan luka

Ia kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C, niasin, dan mineral seperti kalsium, fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium , sejenis bahan yang merangsang aktiviti enzim dalam metabolism glukos yang penting untuk membekalkan tenaga.Itu buahnya..Kulit pisang biasanya disapu ke bahagian berparut untuk menghilangkan parut. Getah pisang pula digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis. Dengan menyapu getah pisang pada bahagian luka, darah cepat berhenti dan luka cepat baik. Ini petua orang-orang lama. Zaman dulu-dulu tiada plaster, guna bahan alami untuk menyelesaikan masalah. Namun ternyata khasiat bahan alami ini boleh membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Back to Nature !

  • Delima – hilangkan masalah cacing

Cacing atau nama glemernya parasit memang ada menghuni badan manusia. Masuknya ke dalam badan manusia dengan pelbagai cara. Telur-telurnya yang super mini saiznya, tanpa kita sedari boleh memasuki badan melalui kulit kaki , liang-liang kulit di kaki kita yang berjalan di atas tanah itu. Tanpa sedar juga kita termakan makanan yang terinfected dengan parasit. Mana nak nampak pada salad Nasi Ayam tu ada telur cacing ke tidak !!!! Eww!

Jadi, antara khasiat delima adalah untuk menyahcacing seperti cacing kerawit, cacing gelang. Delima mengandungi asid tannin, zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium , Vitamin A dan Vitamin C.

Di beberapa kawasan di Iran dan Iraq , air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah bau mulut. Ianya juga mujarab digunakan untuk buasir kerana airnya boleh bertindak sebagai astringen. Jadi, makanlah buah delima banyak-banyak. Jika mahu beli jus delima, pastikan yang no sugar (100% pure , no sugar ) Biasanya agak mahal. Sebab kebanyakannya dipekatkan dengan sirap gula. Ianya kurang bagus untuk kesihatan jangka masa panjang. Kena diabetes pulak kang!

  • Kurma – hindar gangguan usus

Kurma mampu membantu gangguan usus yang diakibatkan masalh pencernaan, alahan gluten dan sembelit. Ianya mengandungi sejenis protein yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus.

Jus kurma juga sangat berkhasiat mengatasi masalah batuk, kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun. Terlalu banyak sebenarnya khasiat kurma ini. Kopi biji kurma juga sangat sedap dan berkhasiat. Saya biasanya makan yogurt plain yang dicampur dengan kurma kisar. Sedap dan bagus untuk kesihatan usus. Boleh cuba.

Sentiasalah makan buah-buahan ya. Selalunya kalau ada yang datang mengadu masalah sembelit, saya akan tanya :

  • Air minum cukup tak?
  • Sayur makan cukup tak?
  • Buah makan cukup tak ?

Sayuran dan buah-buahan sepatutnya 1/2 food plate kita setiap hari.

Sekian. Semoga bermanfaat.

January 11, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like