6 Tabung Ini Sangat Membantu Di Saat Ekonomi Nazak

6  Tabung Ini Sangat Membantu Di Saat Ekonomi Nazak

Di kala ekonomi kian nazak, hidup makin runcing. Harga barang semua naik. Paling menyedihkan, bila suami balik bercerita, ada kawan-kawan yang sudah diberhentikan kerja. Semakin mencabar bukan?

Saya cuma ingin berkongsi.

Ianya sudah diamalkan oleh ramai orang di luar sana. Beruntunglah mereka yang sudah mempraktikkan sekian lama. Namun, belum terlambat bagi yang baru mahu memulakan. NOW or NEVER !

Teknik ini juga dikenali sebagai 6 Jars Millionaire Mind, ianya telah digunakan oleh beribu-ribu orang di luar sana dan ianya dipelopori  oleh seseorang yang luar biasa bernama T Harv Eker.  Secara peribadinya, saya suka membaca tulisan-tulisan beliau.

Untuk mengaplikasikan teknik ini, langkah pertama  kita perlu menyediakan 6 balang/tong/tabung seperti gambarajah. Lagi besar lagi bagus ! . Sebaiknya balang tersebut haruslah lutsinar (supaya kita dapat melihat duit yang telah berjaya dikumpul, secara psikologinya ia akan menjadikan kita lebih bersemangat.  Boleh juga sebenarnya balang tersebut digantikan dengan akaun bank. Yang penting, catatan mesti ada.

Haa ini dia balang kak..haha, tak lutsinar pun sebab guna tong ESP jeee..Tapi tak apa, better ada daripada tak ada langsung kennn…tengok balang ni semakin membuak-buak nak tambah terutamanya yang bahagian GIVE tu . 5 % je pun, tapi….kalau 5 % daripada jumlah yang banyak , pasti ianya banyak juga. Nak banyakkan 5 % , haruslah banyakkan yang 100 % tu kan.. Faham ke faham ? Ginilah, mana banyak 5 % daripada RM 10 dengan 5 % daripada RM 1,000 000. Haa..mudahkan ?

6 tabung

Siap ada sampul duit tu…Marigold pulak tu. Tuan kedai runcit depan rumah yang bagi..haha..maklumlah  Chinese New Year kan banyak la mereka dapat… kami ambil je, nak guna senang nanti. Sampul tak kisah macam mana kan..Isinya  yang dikisahkan. Ye dak ?

1. FFA – (Financial Freedom Account)
2. LTSS – (Long Term Saving Spending)
3. EDUC – (Education)
4. NEC – (Necessities)
5. PLAY – (Play)
6. GIVE – (Give)

Setiap pendapatan yang kita perolehi secara harian, mingguan atau bulanan akan dimasukkan ke dalam setiap balang tersebut mengikut peratusan yang telah ditetapkan di dalam teknik ini. Contohnya, jika bulan itu gaji kita adalah RM1000, maka bahagikanlah ikut peratus yang ditetapkan. Satu perkara yang perlu kita ingat,  jumlah yang akan dimasukkan tidak penting, tetapi ‘habit’ atau kebiasaan kita untuk memasukkan itu adalah lebih penting, kerana lama-kelamaan tindakan kita ini akan dijadikan rutin harian.

1) FFA – (Financial Freedom Account) – 10%

Akaun bebas kewangan. Sapa tak nak kan ‘money freedom’ ?  Ia merupakan balang yang paling penting  antara balang-balang yang lain, kerana balang inilah yang akan membantu apabila kita bersara suatu hari nanti. Dah tak larat nak kerja, dah tak ada pendapatan tetap, inilah tabungnya. Jangan dibuat main ya ! Ramai yang bersara tanpa tabungan.

Apa gunanya balang ni? Ianya lebih kepada pelaburan jangkamasa panjang. Duit yang dimasukkan di dalam balang ini  boleh digunakan untuk pelaburan. Unit trust contohnya…atau banyak lagi cara yang kita boleh dapatkan passive income. Ingat ! Jangan sedut duit dalam  balang ini walau apa pun yang terjadi.

Beranakkan duit yang ada dalam balang ini sebijak mungkin !

2) LTSS (Long Term Saving Spending) – 10%

Balang yang kedua ini juga penting . Duit dalam balang ini adalah untuk dapatkan sesuatu perkara yang diidamkan. Contohnya, untuk beli rumah, kereta, tanah, travel keliling dunia dan lain-lain. Jadi, boleh guna yang dalam balang ini untuk tujuan tersebut.

Kalau hutang kad kredit, gunakan wang tersebut untuk membayar hutang kad kredit. Ini adalah kerana interest yang dikenakan untuk pemilik kad kredit lebih tinggi dari hutang pinjaman yang lain. Kita boleh bahagikan peratusan simpanan dalam tabungan ini kepada 50/50. Sebagai contoh, 50% simpanan digunakan untuk membayar kredit kad manakala 50% lagi untuk wang pendahuluan rumah. ( kredit kepada yang share =) )

3) EDU (Education) – 10%

Balang ini digunakan untuk tujuan pendidikan. Contohnya, ada yang nak sambung belajar ke kan. Kalau K. Hawa sendiri, balang ini adalah untuk peruntukan beli buku, pergi seminar dan lain-lain untuk peningkatan diri. Gitu.

Tak perlu ? Dah banyak ilmu….err….rasanya tak betul tu kan? Hehe.

 “If you are not growing, you are dying – If you think education is expensive, try ignorance”

Ben Franklin.

Pelaburan untuk dapatkan ilmu akan untung buat selama-lamanya. Percayalah !

4) NEC (Necessities) – 55%

Inilah balang kehidupan harian. Bil elektrik, bil air, barang dapur, makan minum, yuran sekolah anak, yuran taska, tadika, ubat-ubatan, vitamin, pampers anak, bil internet, bil telefon, ansuran kereta, sewa rumah dan segala-galanya lah. 55 % daripada pendapatan adalah untuk keperluan ini. Kalau kira-kira keperluan ini dan income kita, bahagian ini melebihi 55% daripada income? Macam mana nak buat ? Salah satu caranya adalah berjimat. Tapi, jika realitinya keperluan . Keperluan ya, bukan kehendak ! Memang melebihi 55 % gaji .Tak dapat tidak. Apa nak buat ? Solusinya, kurangkan peratus balang lain atau lebih selamat tambahlah pendapatan dengan apa jua cara asalkan tidak bercanggah dengan syariat.

5) PLAY (Play) – 10%

Balang ini digunakan untuk bersukaria. Ceh ! Maknanya, tabungan dalam balang ini boleh digunakan untuk makan-makan, berjalan-jalan, staycation, lari dari kebiasaan rutin harian yang memenatkan. Belanja isteri gelang barang seurat. Hoho. Bawa mak ayah membeli-belah, beli baju baru dan apa sahaja yang difikirkan patut. Boleh buat 2-3 bulan sekali mengikut apa yang ada dalam balang ini. Jangan korek balang lain pula ya ! Haha.

6) GIVE (give) – 5%

Balang untuk memberi. Ingat ! Apa yang menjadi milik kita sbenar adalah apa yang kita beri bukan apa yang kita guna dan miliki di dunia.

Zakat, infaq  dan sedekah mesti dibuat setiap bulan. Mulakan dengan keluarga dan kerabat dahulu. Ibu, ayah dan kerabat. Seterusnya untuk semua yang memerlukan. Semakin banyak yang kita beri semakin banyak yang Allah kurniakan. Sebenarnya peratus yang 5 % untuk balang GIVE ini boleh ditambah menjadi 10 % , 15 % contohnya. Kurangkanlah peratusan balang-balang seperti PLAY, dan NECESSITIES. Terpulang kepada masing-masing punya percaturan.

Kesimpulannya, kalau kita praktikkan teknik 6 balang ini, insyaAllah kewangan lebih terjaga dan sekurang-kurangnya dapat mengelakkan hutang yang tidak patut. Contohnya untuk PLAY, kita cenderung untuk ada duit dahulu baru beli barang-barang bukan keperluan tapi kehendak. Bukannya ambil barang dan berhutang.

Tanpa kita sedar, sebenarnya kita telah sediakan 3 tabung untuk pelaburan dunia dan akhirat (FFA, EDU & GIVE) dan 3 tabung untuk keperluan kita (LTSS, NEC & PLAY).

Untuk EMERGENCY ada ke ? Personally, saya tak wujudkan tabung emergency. Law of attraction orang kata. Kalau letak emergency, asyik emergency yang datang. Apa yang kita fikir, itulah yang akan jadi biasanya. Namun, jika terjadi juga, boleh saja digunakan daripada balang PLAY kan ? Utamakan yang lebih utama.

Semoga bermanfaat. Doakan semoga saya juga istiqamah dengan tabung-tabung ini.

 

January 24, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like