6 Makanan Ini Wajib Dimakan Untuk Kulit Bebas Jerawat

” Awak, jerawat awak besar dan bersinar-sinar la. Dari jauh nampak macam spotlight pula. Hehe “. Oh! Sakitnya hati kalau ada yang menegur begini. Ya kan? Jangan tipu. Sedikit sebanyak rasa geram kan kalau ada yang tegur begini. Tambah-tambah lagi kalau yang menegur  itu adalah orang yang rapat atau yang kita sayang. Oh! Tidakkkk….Bagi lelaki mungkin tidak ambil kisah sangat, tapi kalau perempuan, sampai kiamat pun dia ingat tau ! . Jomlah kita tengok apakah 6 makanan untuk mencegah jerawat ini. Makanan ini wajib dimakan jika mahu kulit bebas jerawat. Kalau tak cantik macam Neelofa , heroin drama Suri Hati Mr Pilot tu pun, paling kurang muka kita licin dan tidak berkawah. Nice looking orang kata. Manis dipandang , disentuh jangan.

Kebanyakan pakar kulit berpendapat bahawa kita mampu menghalang masalah kulit jika kita mengamalkan diet sihat.

Apakah kaitannya diet harian dan masalah kulit terutamanya jerawat ?

Jerawat adalah masalah yang berlaku apabila proses penghasilan kulit baru terganggu. Menurut Profesor Maamur yang juga merupakan Pakar Kulit di Hospital Mt. Sinai, masalah ini juga dikenali sebagai ‘kreatinization‘. Gangguan proses ini juga akan mengakibatkan sel kulit mati gagal disingkirkan seterusnya mengakibatkan pori-pori wajah tersumbat dengan sebum ( kandungan minyak semulajadi kulit ). Kata beliau lagi, tubuh memerlukan zat mineral dan nutrisi dalam menjalankan fungsi dengan baik. Jadi, kulit juga memerlukan vitamin dan nutrisi dari makanan untuk memulihara dan membina struktur kulit yang baru.

Dalam masalah jerawat ini, 25 % darinya boleh dibantu dengan makanan sihat, 75 % lagi berkait rapat dengan gangguan hormon. Walaubagaimanapun, hormon yang stabil juga dipengaruhi oleh diet harian di samping kadar tekanan yang tidak dikawal.

^ Makanan cegah jerawat, cara cegah jerawat, jerawat batu, jerawat pasir

6 Makanan Untuk Mencegah Jerawat Ini Wajib Dimakan Untuk Kulit Bebas Jerawat :

1.Makanan yang mengandungi Vitamin A

Vitamin A membantu melancarkan kitaran pertukaran dan penghasilan sel kulit baru. Jika proses ini berjalan lancar, tidak akan ada jerawat yang akan mengakibatkan lapisan protein dan minyak terkumpul.

Makanan yang kaya dengan Vitamin A adalah seperti minyak ikan, ikan salmon, lobak merah, bayam dan brokoli.

Vitamin A dikaitkan dengan kadar toksisiti yang tinggi jika diambil dalam kuantiti yang banyak dna berterusan. Oleh itu, adalah lebih baik untuk diambil dalam bentuk carotene (satu prekursor Vitamin A) , di mana ianya selamat untuk pengambilan yang berterusan. Sebagai contohnya, lobak merah yang kaya dengan kandungan beta-carotene. Pengambilan suplemen yang mengandungi carotene ini juga amatlah digalakkan terutamanya bagi mereka yang anti-sayuran.

2.Makanan yang mengandungi Vitamin E dan C

KAndungan antioksidan yang terkandung di dalam dua jenis vitamin ini mempunyai kesan penenang kepada kulit. Ia mampu mencegah keradangan kulit yang sering mencetuskan jerawat.

Sumber yang kaya Vitamin C adalah seperti oren, lemon, limau gedang, betik dan tomato.

Vitamin E pula banyak terdapat di dalam ubi kentang, kekacang, minyak zaitun, avocado, brokoli dan sayuran hijau.

Sama juga seperti Vitamin A, Vitamin C dan E boleh diambil dalam bnetuk suplemen bagi mereka yang tidak istiqamah menjaga pola pemakanan hariannya.

3.Makanan yang mengandungi Zink

Menurut Profesor Maamur dalam bukunya juga, ada beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai masalah jerawat, mempunyai kandungan zink yang rendah di dalam badannya. Zink membantu mencegah jerawat dengan mewujudkan persekitaran yang tidak sesuai untuk didiami jerawat.

Sumber makanan yang mengandungi zink adalah seperti badam, daging, kacang brazil dan bijian gandum.

4. Makanan yang mengandungi Asid Lemak Omega 3

Ianya berfungsi menghalang penghasilan molekul tertentu yang mencetuskan keradangan kulit yang mampu menimbulkan masalah jerawat. Selain itu, Omega 3 bertindak menyokong penghasilan sel kulit baru.

Sumber makanan yang kaya dengan Omega 3 adalah ikan salmon, ikan sardin ( bukan yang dalam tin), flaxeed oil, kacang walnut, biji bunga matahari, badam dan banyak lagi.

5. Makanan yang mengandungi selenium

Antioksidan tinggi dalam selenium membantu melindungi sel-sel kulit daripada radikal bebas. Pengambilan selenium yang digabungkan dengan Vitamin E mampu memulihkan jerawat secara semulajadi.

Makanan yang tinggi kandungan selenium adalah seperti bijian gandum, ikan tuna, salmon, bawang putih, kacang brazil, telur dan beras perang.

6. Air

Tidak dapat dinafikan, air merupakan keperluan sel-sel untuk hidup dengan sihat. Kurangnya air di dalam badan boleh membantutkan segala aktiviti sel termasuklah proses pembuangan toksin dari sel-sel tersebut. Toksin yang terkumpul di dalam sel menjadikan masalah kulit lebih parah. Kurang meminum air putih punca terjadinya penuaan awal, kulit kusam dan tidak bermaya malah berjerawat.

Semoga info ini bermanfaat.

October 14, 2016
Previous Post Next Post

4 Comments

  • Reply Mek ila Jual Vitamin

    Betul, pemakanan kena jaga. Kalau tidak , jerawat mudah bertandang. Lepas ni boleh ambil lebih makanan di atas tu.
    Mek ila Jual Vitamin recently posted…Nikmati Pizza dengan Set Jimat Pizza Hut Delivery Yang Memang Berbaloi!My Profile

    October 19, 2016 at 1:41 pm
  • Reply Afif Rayyan

    Perkongsian yang amat bagus.. Boleh cuba amalkan nie
    Afif Rayyan recently posted…Permohonan UTHM Semester 2 Sesi 2016/2017 OnlineMy Profile

    October 18, 2016 at 2:37 am
  • Reply Hairul HIssam

    Bagus info nie.. kena byk kan makanan yg disenaraikan tu…
    saya pun suka makan lobak merah dan kekacang
    Hairul HIssam recently posted…Ubat Cirit Birit Tradisional Terbaik & Testimonial Jual Sebiji Murtabak Berharga 10 Dollar Di SydneyMy Profile

    October 16, 2016 at 6:51 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like