27 Tip Detoks Secara Semulajadi Dan Selamat Untuk Diamalkan

Ramai yang ingin melakukan detoks. Lambakan produk di pasaran juga menawarkan pelbagai cara detoks. Ada yang menawarkan krim sapuan pada nadi yang kononnya boleh membuang toksin dengan cara itu. Ada yang menyarankan sebotol minuman yang berfungsi untuk detoks badan secara keseluruhan. Tidak dinafikan, badan yang sudah tepu dengan toksin, perlukan ‘booster’ atau pemangkin untuk organ-organ detoks berfungsi dengan baik. Namun, adalah perlu kita ambil tahu bagaimana sistem badan itu sendiri bekerja. Kaji terlebih dahulu produk yang ingin digunakan untuk berdetoks. 27 tip detoks secara semulajadi dan selamat ini mungkin boleh membantu anda melakukan detoks dengan lebih berkesan.

27 tips detoks secara semulajadi dan selamat, tips detox, detox, detox semulajadi

1. Menggantikan atau masukkan menu smoothie detoks setiap hari :

Penggantian smoothie detoks dengan menu harian dalam jangkamasa tertentu bukanlah  langkah terlalu ekstrem untuk detoks. Malah ianya juga tidaklah berbahaya. Tujuannya adalah untuk mengangkut bahan tidak perlu dari badan untuk di bawa keluar melalui organ perkumuhan. Smoothie detoks ini boleh melancarkan proses perkumuhan setiap hari. Ianya juga boleh merangsang metabolisma badan untuk meningkatkan fungsinya. Seolah-olah sistem badan diberi rehat daripada makanan berat untuk memberi ruang membersihkan mana yang tidak perlu daripada badan iaitu toksin.

2. Beralih kepada makanan organik jika boleh:

Walaupun anda tidak perlu makan hanya yang organik, ada makanan tertentu di mana ianya adalah satu keperluan. Senarai makanan yang dikenali sebagai “Dirty Dozen” mengandungi bahan racun perosak dan pengawet boleh memasuki badan semasa makan dan proses penghadaman. Satu kemestian umumnya  jika anda makan kulit atau bahagian luar buah-buahan atau sayur-sayuran, maka memilih organik adalah terbaik !. Strawberi, epal, dan tomato adalah contoh makanan yang dimakan bersama kulitnya. Apabila anda memilih makanan organik yang betul, maka anda boleh mengelakkan toksin yang boleh membahayakan kesihatan anda.

3. Urutan dan terapi badan:

Tidak dinafikan, urutan dan terapi badan boleh memberikan rasa relaks kepada minda dan badan. Ianya juga boleh mengendurkan otot-otot yang tegang dan melancarkan peredaran darah. Proses detoksifikasi badan boleh berlaku dengan lebih baik dengan urutan dan terapi.

4. Minum lebih air:

Air boleh membantu mungusir toksin dari sistem badan secara semulajadi. Sepanjang proses detoks, mestilah meminum air yang secukupnya malah lebih daripada biasa supaya toksin boleh diangkut keluar dari badan. Air yang cukup juga menawarkan bantuan yang besar kepada seluruh sistem tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Perlu diingatkan air yang diminum adalah air putih bukannya air yang ditambah perisa dan gula.

5. Gantikan kopi pagi dengan teh hijau: 

Menggantikan kebiasaan minum kopi dengan teh hijau sepanjang proses detoks adalah sangat baik. Ini kerana, kandungan antioksidan di dalam teh hijau boleh membantu proses detoksifikasi.

6. Lakukan senaman dan sentiasa mengeluarkan peluh:

Kita semua tahu bahawa senaman adalah satu bahagian penting dalam gaya hidup yang benar-benar sihat dan  ia membantu penurunan berat badan yang lebih cepat. Apabila anda bersenam, anda bukan sahaja membantu badan untuk mengurangkan berat badan dan membakar lemak yang berlebihan, tetapi anda juga membantu menyingkirkan toksin yang mungkin terbentuk. Peluh yang keluar dari kulit adalah bentuk penyingkiran toksin daripada badan.

7. Cuba akupunktur  dan bekam :

Ianya adalah satu pembersihan segala toksin yang ada di dalam badan. Bekam darah boleh menjadi alternatif untuk kehidupan yang lebih sihat. Akupunktur juga dikatakan membantu membersihkan sebarang sumbatan toksin pada titik tertentu pada badan. Kedua-duanya sudah diamalkan sejak dulu lagi. Bahkan di dalam Islam, berbekam amatlah digalakkan untuk kesihatan.

8. Makan lebih banyak serat dalam bentuk yang paling semula jadi:

Cuba untuk memakan lebih banyak serat dalam bentuk yang paling semulajadi. Contohnya sayuran hijau yang tidak dimasak seperti salad. Namun, perlulah ianya dipastikan bebas racun dan dibersihkan dengan teliti. Serat dalam bentuk semulajadi dan tidak dimasak ini lebih berpengaruh ke atas organ perkumuhan terutamanya usus, di mana ianya boleh membantu melawaskan pembuangan najis dan mengangkut bersamanya, toksin untuk dikeluarkan dari badan.

9. Cuba berpuasa sehari atau dua hari:

Hanya berpuasa satu atau dua hari dan menggantikan makanan dengan jus semulajadi yang diperbuat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran benar-benar boleh membantu proses detoks. Apabila anda memberi badan anda peluang untuk berehat , maka ia mempunyai masa untuk pulih dan memberi nafas baru untuk berfungsi dengan lebih efisyen. Organ-organ tidak perlu memberi tumpuan kepada penghadaman dan lambakan toksin yang dibawa masuk. Amalkanlah berpuasa sunat setiap minggu atau hari-hari yang disunatkan berpuasa. Namun perlu diingatkan, setelah berbuka puasa usah memberi kejutan kepada organ-organ anda dengan memakan pelbagai jenis makanan. Makan yang perlu bukan yang mahu.

10. Tidur yang cukup:

Tidur yang cukup membantu sistem badan berfungsi dengan baik terutamanya hati. Membiarkan badan dalam keadaan rehat tanpa aktiviti juga boleh merehatkan organ dan sistem badan. Sama seperti mesin, bahkan mesin manusia lebih kompleks, ianya perlu di ‘off’ seketika dan tidak dibebankan dengan kerja yang berterusan.

11. Elakkan terdedah dengan toksin alam sekitar:

Seboleh-bolehnya, elakkan toksin dari alam sekitar seperti asap kenderaan dan keadaan sesetengah pekerjaan yang melibatkan bahan kimia berbahaya dan sebagainya. Cuba untuk menggunakan PPE (personal protective equipment) sebaiknya.

12. Ambil makanan yang mengandungi probiotik:

28 cara semulajadi dan selamat untuk detoks

Mengambil makanan yang mengandungi probiotik membantu secara semulajadi menghapuskan bakteria tidak baik dalam badan.Makanan prebiotik pula boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria baik . Probiotik seolah-olah askar yang bakal bekerja untuk kita untuk menghapuskan bakteria tidak baik dan juga menyah parasit dari badan. Ianya sangat membatu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik.

13. Bermeditasi :

Senaman dan meditasi adalah bagus untuk menenangkan fikiran dan merangsang toksin keluar dari badan. Mengatur pernafasan yang baik boleh menjadikan badan relaks. Boleh mencuba yoga atau tai chi. Namun, senaman yang paling bagus untuk Muslim adalah solat malam. Setiap rukun dalam solat, jika dilakukan dengan betul dan pernafasan yang betul akan memberi kesan yang paling baik di samping ketenangan secara maknawi dan kedekatan dengan Pencipta.

14. Belajar untuk menggabungkan ‘superfoods‘ ke dalam setiap hidangan: 

Perkara paling bagus berkenaan superfoods ini adalah kandungan nutrien dan antioksidan yang tinggi untuk membantu badan melawan sebarang jangkitan dan toksin yang masuk.

Makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah seperti :

  • Salmon
  • Tuna
  • Avocado
  • Walnuts
  • Badam
  • Minyak zaitun
  • Flax Seeds

Makanan yang kaya dengan antioksidan pula adalah seperti :

  • Blueberi
  • Strawberi
  • Raspberi
  • Mulberi
  • Bayam
  • Kale
  • Terung
  • Tomato
  • Lobak merah
  • Ubi keledek
  • Epal
  • Buah oren
  • Labu

15. Kurangkan karbohidrat ringkas dan makanan bergoreng: 

Sedaya upaya untuk elakkan karbohidrat ringkas seperti gula putih. Boleh gantikannya dengan pemanis seperti stevia. Tambahkan karbohidrat kompleks dalam menu harian seperti oat atau bijirin. Begitu juga dengan makanan bergoreng yang tinggi kandungan LDL yang boleh menyebabkan lambakan lemak tidak baik di dalam badan.

16. Belajar untuk menguruskan tekanan dengan baik:

Tekanan yang tidak terurus boleh menjadi pemicu kebanyakan penyakit dan meningkatkan toksin dalam badan. Uruskan tekanan dengan bijak.

17. Menyesuaikan diri dengan gaya hidup yang benar-benar sihat dan cuba untuk mengelakkan pengambilan ubat jika tidak perlu :

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Betul kan? Amalkanlah gaya hidup sihat setiap hari . Ambil ubatan yang perlu dan dinasihatkan oleh doktor sahaja. Jika tidak perlu, tidak perlulah sentiasa berkepit dengan ubat tahan sakit contohnya. Sakit kepala akibat stres, cuba sedaya upaya untuk uruskan stres dengan baik, melakukan aktiviti yang sihat berbanding mengambil ubat tahan sakit. Satu perkara lagi, jangan terlalu mudah percaya dengan pelbagai produk kesihatan yang menawarkan testimoni yang pelbagai di pasaran, dikhuatiri terdapat bahan-bahan  yang berbahaya untuk kesihatan. Kaji dahulu sebelum guna.

18. Meningkatkan peredaran darah dengan mengurut titik tekanan : 

Sama seperti urutan, tetapi cara ini boleh dibuat sendiri. Namun, terlebih dahulu belajarlah dengan yang pakar supaya ianya dibuat dengan betul. Kaedah ini boleh merangsang peredaran darah dan menggalakkan proses detoksifikasi badan secara semulajadi.

19. Menggalakkan perkumuhan melalui diet yang betul dan penghidratan: 

Pastikan perkumuhan berlaku setiap hari. Diet yang sihat dan seimbang serta air yang cukup membantu proses perkumuhan. Amatlah berbahaya jika perkumuhan tidak berlaku setiap hari kerana toksin akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

21. Amalkan diet dengan makanan bebas pengawet dan perisa tambahan :

Pilihlah makanan yang tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna dan perisa tambahan. Makanan yang mengandungi pengawet, perisa berlebihan ini boleh menambahkan kandungan toksin di dalam badan jika selalu dimakan dalam  jangka masa yang panjang.

22. Hapuskan toksin dari berlebihan pengambilan kafein, merokok dan makanan terproses dan tidak mengambil alkohol:

Usah berlebihan mengambil kafein. Banyak buruk daripada baiknya. Begitu juga merokok, alkohol dan makanan terproses, semua orang sudah tahu keburukannya, namun kadang-kadang masih lagi mengamalkannya walaupun kesedaran itu sudah ada. Perlu sedikit pengorbanan untuk hidup lebih sihat!.

23. Berubah kepada penggunaan bahan semulajadi :

Usahakan untuk menggunakan produk daripada bahan-bahan semulajadi bukan sintetik. Banyak alternatif yang sedia ada, tinggal kita memilihnya untuk kehidupan yang lebih baik. Sebagai contohnya adalah suplemen, bahan pencuci pakaian, pencuci pinggan mangkuk, kosmetik, penjagaan diri, ada yang organik, hanya tinggal memilih. Kesedaran tentang ini perlu dipupuk sejak dari awal usia.

24. Jadi pakar jus dan faham nutrien yang diperlukan oleh badan:

Jadilah pakar jus buah-buahan dan sayuran. Jadikan ia sebagai minuman keluarga. Pelajarilah juga nutrien-nutrien yang ada di dalamnya yang baik untuk kesihatan.

25. Lakukan detoks secara keseluruhan badan minimum tiga bulan sekali:

Detoks secara keseluruhan perlu dilakukan minimum dua atau tiga bulan sekali. Begitu juga medical checkup bukan? Lakukan ia secara berkala. Kunjungi hospital atau mana-mana klinik pilihan walaupun anda belum sakit untuk mengetahui keadaan kesihatan semasa. Usah tunggu sakit dahulu baru mahu bertindak.  Shaklee menyediakan ‘guideline‘ detoks yang terbukti berkesan dan selamat untuk dilakukan beserta ‘coaching‘ daripada mereka yang berpengalaman dan menghadiri kelas penerangan dan panduan detoks. 27 tip detoks secara semulajadi dan selamat ini boleh digunakan sepanjang detoks bersama ‘guidline‘ khas Detox Shaklee Way.

26. Elakkan ‘second hand smoke‘ . Jauhi perokok:

Jauhi perokok. Elakkan daripada menjadi penyedut asap rokok yang dilepaskan ke udara. Asap rokok yang dilepaskan itu mengandungi pelbagai kimia berbahaya untuk kesihatan . Jika boleh memberi amaran keras kepada perokok tegar ini, boleh berbuat demikian demi kesihatan diri dan keluarga. Penulis paling tidak suka jika perokok tegar ini merokok secara terang-terangan terutamanya di kedai-kedai makan !.

27. Belajar memahami sistem badan dan ambil tahu simptom-simptom jika salah satunya tidak berfungsi dengan baik :

Pelajari sistem badan secara asasnya supaya kita boleh memahami jika ada sesuatu yang dirasakan tidak kena dan tidak berfungsi dengan baik. Cepat bertindak !.

Semoga 27 tip detoks secara semulajadi dan selamat ini bermanfaat untuk semua.

Artikel ini ditulis setelah melakukan pembacaan, kajian serta pengalaman detoks peribadi penulis. Ianya merupakan nota untuk penulis yang dikongsi untuk manfaat semua pembaca.

September 24, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like