26 Masalah Kesihatan Yang Boleh Dicegah Dengan Omega 3

Sebelum kita ambil tahu apakah 26 masalah kesihatan yang boleh dicegah dan dirawat dengan Omega 3, mari berkenalan lebih dekat dengan Omega 3.

Apakah Omega 3 ?

Asid lemak Omega 3 dikenali sebagai asid lemak perlu. Ianya diperlukan oleh badan manusia , tetapi badan manusia tidak boleh menghasilkannya sendiri. Ianya perlu diambil daripada diet harian. Omega 3 boleh didapati daripada sumber ikan seperti salmon, tuna, sesetengah makanan laut, sesetengah tumbuhan seperti kekacang. Juga dikenali sebagai polyunsaturated fatty acids (PUFAs)-asid lemak tidak tepu.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Kajian menunjukkan Omega 3 boleh mengurangkan inflamasi dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung dan kanser, arthritis. Omega 3 juga memainkan peranan penting untuk dan banyak terdapat di dalam otak manusia yang berfungsi untuk kognitif ( brain memory dan performance) dan tingkah laku manusia (behavioral function).

Fakta menarik, bayi yang tidak mendapat Omega 3 yang cukup daripada ibu semasa mengandung mempunyai risiko terhadap pertumbuhan penglihatan dan otak.

Sejarah penemuan Omega 3

Omega 3 dijumpai oleh ahli sains pada tahun 1923, yang pada mulanya disangka sejenis vitamin. Ini kerana, pemerhatian yang dibuat menunjukkan gangguan pada tumbesaran berlaku apabila kurangnya bahan ini. Oleh itu, Omega 3 dinamakan sebagai vitamin F kerana ahli sains mendapati ia adalah nutrien penting (essential nutrient) yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia.

Pada tahun 1930, dua orang saintis, Burr dan Miller telah mengkaji secara mendalam tentang Omega 3 dan telah mengklasifikasikannya semula sebagai asid lemak dan bukannya vitamin F sebagaimana yang telah diandaikan sebelum ini.

Pada tahun 1992, seorang ahli sains bernama William E.M Lands, telah menulis artikel berkenaan Omega 3 dan telah mula menarik minat lebih ramai lagi ahli sains untuk mula mengkaji dengan lebih mendalam tentang Omega 3.

Omega 3 mula menarik minat saintis sejak 20 tahun dahulu kerana pemerhatian mereka mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding dengan masyarakat Eropah dan Amerika. Hasil kajian sains mendapati pemakanan masyarakat Eskimo ini kaya dengan lemak dan minyak ikan, di samping itu mereka amat kurang memakan sayur-sayuran. Setelah kajian lanjut dibuat ke atas fenomena ini, maka ahli sains merumuskan bahawa kandungan makanan orang Eskimo ini sebenarnya amat kaya dengan Omega 3.

Seterusnya, pelbagai pemerhatian dibeberapa tempat didunia dilakukan dan didapati penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat.Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.

Fenomena ini menjadi suatu ‘misteri’ yang amat menarik dan ia seolah-olah ‘menentang arus’ dan berbeza dengan pandangan umum bahawa pemakanan yang tinggi dengan lemak menjadi punca kepada penyakit jantung. Hakikatnya terdapat sejenis lemak yang baik untuk kesihatan jantung iaitu Omega 3.

Antara simptom ketidakcukupan Omega 3 adalah seperti :

  • Keletihan
  • Lemah ingatan
  • Kulit kering
  • Masalah jantung
  • Mood swing atau depresi
  • Peredaran darah yang lemah

26 Masalah Kesihatan Yang Boleh Dicegah Dengan Omega 3

Ini kerana khasiat Omega 3 antaranya adalah seperti berikut :

    1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung.
    2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung.
    3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia).
    4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease).
    5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
    6. Mengurangkan risiko darah beku.
    7. Mengurangkan risiko pembentukan plak (atherosclerosis) pada dinding salur darah menyebabkan salur darah mengeras.
    8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
    9. Mengurangkan kolesterol jahat(Triglycerides dan LDL) serta menaikkan paras kolesterol baik (HDL).
    10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
    11. Mengurangkan risiko strok .
    12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah.
    13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
    14. Mengurangkan radang, bengkak dan inflamasi bagi buasir, gout dan tonsil.
    15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s.
    16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis.
    17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis).
    18. Membantu pesakit Asma.
    19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan masalah kulit yang lain.
    20. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3).
    21. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengurangkan risiko  masalah hiperaktif (ADHD).
    22. Membantu mengekalkan otak yang sihat dan mengurangkan risiko Alzheimer dan Dimentia.
    23. Omega 3 dan Omega 6 penting untuk kestabilan hormon wanita juga mengurangkan masalah depresi.
    24. Mengurangkan sakit-sakit dan radang sendi arhtritis, rheumatoid arthtritis, osteoarthtritis dan sakit sendi biasa.
    25. Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bagi melawan penyakit.
    26. Membantu rembesan prostagladin (sejenis hormon) dgn lebih berkesan bagi menghalang Prostatomegaly (pembesaran kelenjar prostat) dan membuang air kecil yg timbul drp punca andropos (ciri-ciri yang menyamai menopos pada wanita).

15 Makanan yang mengandungi Omega 3 yang tinggi :

Omega 3

  1. Mackerel: 6,982 milligrams in 1 cup cooked (174 precent DV)
  2. Salmon Fish Oil: 4,767 milligrams in 1 tablespoon (119 percent DV)
  3. Cod Liver Oil: 2.664 milligrams in 1 tablespoon (66 percent DV)
  4. Walnuts: 2,664 milligrams in 1/4 cup (66 percent DV)
  5. Chia Seeds: 2,457 milligrams in 1 tablespoon (61 percent DV)
  6. Herring: 1,885 milligrams in 3 ounces (47 percent DV)
  7. Salmon (wild-caught): 1,716 milligrams in 3 ounces (42 percent DV)
  8. Flaxseeds (ground): 1,597 milligrams in 1 tablespoon (39 percent DV)
  9. Tuna: 1,414 milligrams in 3 ounces (35 percent DV)
  10. White Fish: 1,363 milligrams in 3 ounces (34 percent DV)
  11. Sardines: 1,363 milligrams in 1 can/3.75 ounces (34 percent DV)
  12. Hemp Seeds: 1,000 milligrams in 1 tablespoon (25 percent DV)
  13. Anchovies: 951 milligrams in 1 can/2 ounces (23 percent DV)
  14. Natto: 428 milligrams in 1/4 cup (10 percent DV) – sejenis makanan masyarakat Jepun, soya yang diperam dengan menggunakan bakteria  Bacillus subtilis var. natto
  15. Egg Yolks: 240 milligrams in 1/2 cup (6 percent DV)

DV = Daily Value

Sumber : draxe.com

Mengikut kajian keperluan badan terhadap Omega 3 adalah 200-500 mg sehari untuk dewasa. Namun, untuk masalah-masalah tertentu seperti kanser, depresi, ibu hamil dan kesihatan jantung dosnya adalah berbeza.

Masalah utama masyarakat kita adalah diet harian yang kurang seimbang. Buktinya, ramai yang mengalami masalah obesiti. Masalah jantung pula menjadi pembunuh No.1 negara. Punca utamanya adalah diet harian. Jadi, alternatif yang kami ambil untuk mendapatkan Omega 3 yang cukup adalah melalui suplemen OmegaGuard.

 

shaklee-omegaguard

Apakah keistimewaan Omega Guard ini sehingga kami berani untuk amalkannya?

Kebiasannya hati ikan kod diproses untuk mendapatkan minyak hati ikan kod tetapi menjadi keistimewaan Omega Guard Shaklee adalah ianya diekstrak daripada ikan laut air sejuk iaitu sardin,makarel,herring dan anchovies di perairan negara Jepun. Ini menjadikan Omega Guard 3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan minyak hati ikan.

Suplemen Omega 3 dimomokkan dengan kandungan logam berat seperti raksa, plumbum atau bahan kimia industri yang membahayakan kesihatan untuk jangka masa panjang. Bagaimana pula dengan Omega Guard Shaklee?

Omega Guard Shaklee dijamin tidak mengalami logam berat seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium,dioksin dan bahan kimia industri.

The fish oil in OmegaGuard™ undergoes a proprietary triple molecular distillation process to help remove mercury and other heavy metals such as lead and arsenic, potential marine contaminants such as dioxin and PCBs, and to minimize odor and aftertaste.- Sumber : http://www.physicians.shaklee.com.

Jadi, apa yang Shaklee buat adalah menggunakan kaedah penyulingan ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. Kaedah ultratulen ini adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengestrak asid lemak Omega 3 paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (bahan kimia industri yang sangat toksik).

Kandungan Omega 3 di dalam Omega Guard :

Omega Guard Shaklee

Omega Guard mengandungi 540mg EPA dan 360mg DHA = 900mg (EPA + DHA).

Kenapa perlu pilih yang tinggi jumlah EPA dan DHA ? Sebabnya, itu yang kita perlukan untuk badan. Inilah perbezaannya, dos yang tinggi minyak ikannya berbanding yang rendah minyak ikannya. Pilihlah yang berbaloi untuk wang kita.

fish_oil_capsules_comparison_b8e81c3d-4ca7-40d6-b4f2-4f242f4e01ff_2048x2048-1

Bagaimanakah untuk mendapatkan OmegaGuard Shaklee ini?

pertanyaan-pembelian-produk-crop

Semoga dapat membantu yang memerlukan.

Love,

Hawa Hassan

 

Sumber :

draxe.com

healthresource.shaklee.com

Omega 3 Research Studies

 

 

 

October 8, 2016
Previous Post Next Post

5 Comments

  • Reply Ahmad

    saya dengar dengar memang omega 3 ini mempunyai banyak manfaat
    Ahmad recently posted…Jasa Karikatur MurahMy Profile

    November 29, 2016 at 9:53 pm
  • Reply Ashi

    I pernah dengar lemak Omega 3 adalah bagian dari membran sel. Ia menyediakan bekalan Omega 3 yang mencukupi kepada badan dan ia adalah penting untuk menggalakkan dan mengekalkan kesihatan badan kita.
    Ashi recently posted…Cara Untuk Berhenti MerokokMy Profile

    November 12, 2016 at 6:34 pm
  • Reply Khairul Zamri

    Terima kasih suka baca artikel ini penuh dengan pengetahuan yang bermanfaat.
    Khairul Zamri recently posted…Gunung Angsi Hiking Challenge 2016My Profile

    October 19, 2016 at 1:55 pm
  • Reply Uncle Zuan

    omega 3 ni memang penting kan. ramai yang sarankan untuk ambil

    October 11, 2016 at 8:51 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like