19 Jenis Makanan Yang Tinggi Kalsium Selain Susu

19 Jenis Makanan Yang Tinggi Kalsium Selain Susu

Tak semua orang suka minum susu kan? Ada yang tak boleh minum susu. Ada yang alergik. Ada yang lactose intolerance ( Contohnya K. Hawa ..haha ).

Tapi, kalsium penting tau !

Terutamanya wanita. Golongan wanita lebih mudah mengalami osteoporosis . Lagi-lagi yang ada anak, menyusu…Moga dijauhkanlah ye.

ostematrix

Apa itu Kalsium (Ca)?

Kalsium adalah makro mineral iaitu mineral yang  sangat diperlukan tubuh lebih dari 100mg sehari. Fungsi utama kalsium adalah untuk  pembentukan tulang dan gigi serta kekuatan tulang dan gigi. Biasanya ornag kan minum susu kan? Tapi, ada banyak lagi makanan yang kaya dengan kalsium.

Berapa banyak kalsium yang diperlukan setiap hari ?

Secara umumnya :

  • 800 mg untuk mereka yang berumur 25 tahun ke atas
  • 1000 mg untuk mereka berumur 50 tahun
  • 1200 mg untuk ibu hamil dan menyusu
  • 400 mg untuk bayi 5 bulan
  • 600 mg untuk bayi 6 bulan hingga 1 tahun
  • 800  mg untuk anak 1-10 tahun
  • 1200 mg untuk mereka yang berumur 11-24

Ada beberapa manfaat kalsium untuk kesihatan, antaranya adalah :

  1. Mengaktifkan saraf
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Melenturkan otot
  4. Menormalkan tekanan darah
  5. Menyeimbangkan asid dalam badan
  6. Menjaga keseimbangan cairan tubuh
  7. Mencegah osteoporosis ( tulang reput )
  8. Mencegah penyakit jantung
  9. Menurunkan risiko kanser usus
  10. Mengatasi cramp, sakit pinggang, buasir, dan reumatik
  11. Mengatasi PMS  dan menopause
  12. Meminimakan penyusutan tulang semasa hamil dan menyusu
  13. Membantu  mencegah pendarahan gusi
  14. Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan
  15. Memulihkan gairah seks yang menurun/melemah
  16. Mengatasi kencing manis (mengaktifkan pankreas)

Kan ? Kalsium bukan untuk tulang dan gigi sahaja.

Ok. Tak suka minum susu. Tak boleh minum susu. Ini dia yang boleh makan.

19 Jenis Makanan Yang Tinggi Kalsium Selain Susu

  1.  Keju
  2. Yogurt
  3. Sayuran hijau seperti brokoli dan bayam
  4. Kacang soya
  5. Ikan Salmon
  6. Buah-buahan kering seperti kismis, kurma dan buah tin.7. Kacang Putih
  7. Kacang putih atau kacang kuda
  8. Lobak
  9. Bijan
  10. Minuman soya
  11. Limau
  12. Oat
  13. Ikan sardin ( bukan yang ditinkan)
  14. Tauhu
  15. Sayur kale
  16. Quinoa
  17. Brokoli
  18. Almond
  19. Pisang

Banyak kan makanan yang boleh dimakan untuk gantikan susu. So, tiada alasan lagi untuk tak jaga kesihatan ya.

Siapakah yang wajib mengambil kalsium?

  1. Wanita (bermula remaja dan sudah baligh-sebaiknya lebih awal kerana setiap kali fasa haid, banyak nutrien dan mineral hilang dari tubuh kita).
  2. Wanita hamil dan menyusu (sekurang-kurangnya 1200 mg/f sepanjang kehamilan untuk menyokong pembentukan tulang, gigi dll anak yang sihat tanpa memberi kesan kekurangan kalsium kepada ibu)
  3. Lelaki juga mesti mengambil kalsium untuk mengelakkan osteoporosis walaupun ianya sering terjadi kepada wanita tetapi seiring usia dan diet yang tidak seimbang, kandungan kalsium akan berkurangan, juga untuk keseimbangan fungsi badan).
  4. Lelaki dan wanita warga emas (untuk memastikan kekuatan tulang yang maksimum dan fungsi badan yang lain baik).

Selain makanan di atas, boleh juga topup lompang kalsium dengan pil kalsium daripada sumber semulajadi. K. Hawa memang amalkan OSTEMATRIX ni. Lama dah. Memang best, kalau dulu selalu cramp walaupun makan sayur dan lain-lain tu. Tak cukup kot. Maklumlah susu pun tak boleh minum. Ye lah, kadang makan sayur pun lekat celah gigi je kan. Pernah ambil juga beberapa jenama pil kalsium yang dijual di farmasi, tapi yang ini lagi best kesannya. Masalah sembelit, selalu lenguh-lenguh, sakit belakang pun dah tiada. Paling penting ianya daripada sumber semulajadi.

kalsium, ostematrix shaklee

Apa yang istimewanya Ostematrix ni?

  1. Mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium,magnesium,fosforus, dan vitamin D, zinc,kuprum, manganese dan boron.
  2. Kadar penyerapannya adalah 99%
  3. Kesemua nutrien ini diformulasikan secara unik oleh Shaklee kerana ianya perlu diambil secara bersama untuk penyerapan dan menghalang endapan sesetengah mineral.
  4. Terdapat kajian yang menunjukkan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Jisim tulang akan berkembang ke tahap maksima sehingga umur 28 dan akan berkurang setelah itu. Sebab itu kalau kita perhatikan, semakin seorang wanita itu meningkat usianya…ada banyak kes, ketinggiannya semakin berkurang. (badan makin pendek).

ostematrix shaklee

 

Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada suplemen adalah dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas menggunakan suplemen. Penggunaan hanya dua tablet dari ostematrix menyebabkan peningkatan tahap kalsium yang diperlukan oleh badan selama 12 jam.

ostematrix

Bagaimana memilih kalsium premium?

  1. Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium.
  2. Elakkan produk yang dibuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.
  3. Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Apakah manfaat yang boleh di dapati oleh Shaklee Ostematrix?

Menguatkan tulang
Kalsium menghalang osteoporosis,menguatkan kuku,kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, ekzema, kekejangan, dan merangsang kepekatan darah kepada kepekatan darah normal.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
Pengambilan 600 mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit-sakit sendi dan artritis.

Meringankan stress
Membantu mengimbangi tekanan darah,memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf,menggalakkan tidur selesa,memperbaiki jantung berdebar,gementar, mimpi buruk, dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki masalah haid
Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak dapat meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

Pengalkalian tubuh
Kalsium adalah mineral alkali dan ianya berkesan untuk membantu sel-sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.

Memperbaiki hyperaktiviti perut dan sakit gastrik

Menariknya…Vitamin D yang ada di dalamnya mampu :
Merawat penyakit riket dan meningkatkan penyerapan kalsiumdan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka,memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas individu yang berumur 55 tahun wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen vitamin D.

Magnesium yang ada di dalam Ostematrix berfungsi :

  1. Menggalakkan komposisi tulang dan rawan kerana ianya ion positif no 2 dalam tubuh kita.
  2. Juga membantu sistem saraf
  3. Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga
  4. Pengecutan saraf dan otot,menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung
  5. Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus
  6. Menghalang endapan kalsium
  7. Melarut dan mengrangkan formasi batu karang atau batu hempedu

Zink, Boron,Manganese dan kuprum :

Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot,menyusun enzim yang diperlukan untuk menbaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

 

ostematrix

Best kan ? Harga pun murah sangat-sangat dan mampu milik. Khas buat kaum Hawa terutamanya, sangat berbaloi untuk makan Ostematrix ni. Jaga tulang belulang kita, elak osteoporosis.

Berminat untuk makan Ostematrix ? Hubungi K. Hawa 013 9315387 .

February 4, 2017
Previous Post Next Post

2 Comments

  • Reply nikkhazami

    tak tahu plak yang pisang tu ada calsium.. thanks bagi info ni
    nikkhazami recently posted…Harga dan Spesifikasi Oppo R9S MalaysiaMy Profile

    February 5, 2017 at 11:44 am
    • Reply Hawa Hassan

      Ada..tapi tak sebanyak potassium kandungannya tu. =)

      February 8, 2017 at 6:30 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like