16 Makanan Anti Kolesterol Untuk Jantung Sihat Dan Elak Penyakit Kronik

Sebelum bercerita tentang 16 makanan anti kolesterol  untuk jantung sihat, jom kita lihat  tips menurunkan berat badan. Di antaranya adalah :

  1. Kurangkan pengambilan makanan berminyak , berlemak dan mengandungi kolesterol yang tinggi.
  2. Melakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari.
  3. Banyakkan mengambil makanan yang boleh menurunkan kadar kolesterol.

Tiga perkara ini jika diamalkan secara istiqamah pasti memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan.

 

Kolesterol, LDL, Makanan anti kolesterol

16 makanan anti kolesterol untuk jantung yang sihat dan elak penyakit kronik.

1. Soya

Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses.

Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis.

Kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (LDL).

2. Kuaci

Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolesterol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolesterol.

3. Buah kering

Antara pelbagai jenis buah kering,limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavonoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavonoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. Epal

Memakan sebiji epal hijau atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan segera kemudian memakan epal atau minum jusnya, sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya timbunan lemak dalam badan.

5. Ikan tuna

Ia termasuk dalam sumber asid lemak omega 3 yang popular , selain salmon dan makarel. Omega 3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL.

6. Kacang tanah

Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E . Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. Mangga

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolesterol LDL dalam tubuh.

8. Kismis

Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8%.

9. Oat

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolesterol anda.

10. Jambu batu

Ia mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan sebanyak 18.8 ℅.Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindakbalas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400 gram sehari, iaitu sebiji setengah selama 4 minggu.

11. Bawang putih

Mengambil bawang putih selama satu bulan mampu menurunkan paras kolesterol sebanyak 9% . Cuma jangan ambil terlalu banyak. Cukuplah sekadar 3 ulas setiap hari.

12. Tempe

Tempe memiliki kandungan niacin yang mampu menurunkan kolesterol. Selain itu, ia juga mengandungi isoflavon yang sudah teruji boleh menurunkan kolesterol.

13. Teh

Teh boleh mencegah percepatan oksidasi kolesterol LDL .

14. Anggur

Selain serat, di dalam buah anggur juga terdapat zat catechin yang sangat baik dalam menurunkan kolesterol.

15. Avokado

Avokado diperkaya dengan lemak . Asid lemak yang ada di dalam buah ini baik untuk menurunkan kolesterol.

16. Blueberry

Buah blueberry dapat dijadikan salah satu alternatif untuk menurunkan kolesterol di tubuh kita.

 

16 makanan anti kolesterol ini bolehlah dimasukkan di dalam diet harian untuk kesihatan berpanjangan.

Mengatur pola pemakanan yang sihat boleh mengelakkan pelbagai penyakit kronik.

September 23, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like